Pembelajaran Aktif

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pembelajaran Aktif (Active Learning)? Satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mendorong pelajar untuk terlibat secara aktif dalam proses dan aktiviti pembelajaran melalui penulisan, perbincangan, penyelesaian masalah atau refleksi.
  2. Kenapa elemen Pembelajaran Aktif perlu dimasukkan dalam PdP? Pelajar mampu mencerap pembelajaran dengan lebih baik apabila mereka terlibat secara langsung dan aktif dalam proses pembelajaran, berbanding dengan kaedah konvesional seperti mendengar syarahan dan mengambil nota. Ia juga dapat mengoptimumkan potensi dan motivasi pelajar dan pembelajaran; di samping memberikan kebebasan kepada pelajar untuk berfikiran kritikal dan kreatif.
  3. cone-of-learningApakah strategi-strategi untuk Pembelajaran Aktif? Antaranya ialah:
    1. Think-Pair-Share – Perbincangan dan perkongsian dengan rakan sebelah ataupun dalam kumpulan kecil dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kesedaran bahawa rakan-rakan juga boleh menjadi sumber pembelajaran.
    2. Latihan pemikiran kritis secara berkumpulan
    3. Kajian Kes
    4. Debat
    5. Pembelajaran Berasaskan Masalah
    6. Peer Instruction
    7. Pre reading/Pre quiz
    8. Klip Video
    9. One minute paper, eg. Apakah konsep penting yang anda pelajari hari ini?
    10. Soalan-soalan terkumpul daripada pelajar di penghujung kelas
    11. Web 2.0
    12. Brainstorming
    13.  One Minute Mystery, teka teki, teka silangkata (www.puzzlemaker.com)

 

Ramadan Bukan Sekadar Puasa (1)

Ramadan

Ramadan sudah hampir tiba. Justeru perbanyakkanlah doa Allahumma ballighna Ramadan, moga-moga Allah mengurniakan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadan dan dipermudahkan untuk beribadah dengan penuh ikhlas bagi menggapai redha-Nya.

Pada doa ini ada pengajaran yang signifikan berkaitan kehidupan dan kematian. Bukan semua orang berpeluang untuk menikmati Ramadan setiap tahun. Lantaran itulah, setiap kali Ramadan datang, kita dianjurkan untuk menyambutnya dengan penuh gembira dan memaksimumkan aktiviti ibadah seolah-olah itulah Ramadan terakhir untuk kita.

Insaf, apabila asyik mendapat berita kematian demi kematian yang tidak dijangka menjelang hampirnya Ramadan. Sungguh nyawa bukan milik kita..Sihat, muda, pangkat dan kaya bukan jaminan untuk hidup.

Allahumma ballighna Ramadan, wa a’inna fihi ‘ala al-siyam wa’l-qiyam wa’l-Qur’an

Teaching and Learning Workshop with Assoc. Prof. Dr. Sufyan Hussin

Gambar Kursus Telegram dalam PdP

Date: 6-10 March 2016

Venue: Dewan al-Marbawiy, Computer Lab Faculty of Islamic Civilization

  1. Blended Learning
  2. Flipped Classroom
  3. Interactive Lecture
  4. Web 2.0 for Teaching and Learning
  5. WordPress for T&L
  6. Effective Communication in T&L: Interpersonal Communication in T&L, Lecturing Styles
  7. Open Learning MOOC
  8. Mock Teaching
  9. Mobile Learning Apps  & Communication Apps for T&L

Sila rujuk Bahan Kursus

 

A Trip to Pulau Penyengat

Pulau Penyengat was once a centre of  the Johor-Riau Sultanate, located in the province of Riau, Indonesia. The journey from Tanjung Pinang Jetty will take you about 8 minutes to the island. The common transport used by the locals and tourist is a small passenger boat called pompong.

Welcome 2016

The highest reward for man’s toil is not what he gets for it but what he becomes by it

Indeed there is no such thing as a bad experience but instead only valuable and precious moments. You take each experience as an opportunity to learn. Get ready to open yourself for challenges and new experiences that come your way..Develop yourself  further, and achieve more and more in life.

May Allah bless us all with iman, success and happiness.

Refleksi Simulasi Ibadah Haji Cilik (5)

Pertama sekali, sebelum program berlangsung, kami telah diberi taklimat tentang tentatif dan perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang fasilatator dalam Program Simulasi Haji anjuran Persatuan Tadika Islam Johor. Saya dapat mengenal pasti perkara yang perlu dilakukan semasa menjadi fasilatator dengan baik supaya program berjalan dengan lancer dan sempurna. Fasilatator hendaklah berupaya untuk mengendalikan sesebuah tadika yang mempunyai ramai murid-murid dan dibantu oleh kalangan guru yang mengajar tadika tersebut. Para fasilatator hendaklah mempunyai kemahiran asas dalam mengendalikan murid-murid tadika yang berumur dari 4 tahun hingga 6 tahun. Fasilatator juga perlu mempunyai ilmu asas tentang haji supaya lebih mudah untuk menunjukkan simulasi sebenar haji kepada murid-murid. Fasilatatr juga perlu mengajukan soalan kepada pihak penganjur sekiranya masalah berlaku sebelum dan semasa program berlangsung. Fasilatator juga perlu minta bantuan daripada guru-guru tadika sekiranya perlu untuk mengendalikan murid-murid tadika yang jumlahnya sangat ramai.

Setelah program tersebut berakhir, saya dapat mengenal pasti dan dapat tahu tentang kelebihan dan kelemahan semasa menjadi fasilatator dan mengendalikan murid-murid tadika yang umurnya sangat muda. Kelebihan dalam mengendalikan program tersebut ialah saya telah mempelajar haji lenbih awal lagi dan senang untuk memahami apa itu simulasi haji yang sebenar. Kelemahan saya ialah kurangnya pengalaman dalam mengendalikan murid-murid tadika kerana mereka sangat berbeza perangai dan tingkahlaku berbanding murid-murid sekolah rendah dan menengah. Yang menarik perhatian saya ialah, ada diantara rakan saya yang dapat mengendalikan atau menyusun strategi yang terbaik semasa berkomunikasi dan berinteraksi dengan murid-murid tadika. Saya dapat memahami apa itu peranan guru yang patut membimbing pelajar-pelajarnya.

Dalam sebuah komuniti yang berteraskan pendidikan formal, semua murid-murid telah cerdik akal dan tahu tentang baik dan buruknya sesuatu perkara. Oleh itu, saya hendaklah menceburkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan untuk memerhatikan dan membantu dalam pelbagai aspek kehidupan. Saya beranggapan bahawa menceburkan diri dalam sesebuah aktiviti kemasyarakatan adalah sesuatu yang susah dilakukan tetapi setelah melakukan saya dapat melakukan denagn baik denagn bantuan sekeliling. Saya sangat tertarik dan suka program tersebut dan ia hendaklah berterusan dari semasa ke semasa. Program ini sangat memberi impak terhadap komuniti tadika dan saya dalam pembangunan insaniah seseorang pelajar.

Seterusnya, impak program ini kepada murid-murid, masyarakat dan saya ialah dapat membimbing saya dalam kemahiran insaniah yang dapat dipupuk dari awal lagi. Murid- murid tadika sepatutnya didedahkan tentang haji kerana haji adalah fardhu ain yang patut ditunaikan sekiranaya berkemampuan. Selepas ini saya dapat mengaplikasikan pengalan tersebut dalam pendidikan dan pengajaran pada masa hadapan. Saya telah menyumbang ilmu dan pengalaman kepada para guru-guru dan murid-tadika yang dikendalikan oleh saya. Para murid dapat menjadikan program simulasi haji ini sebagai satu loncatan untuk menunaikan umrah atau haji pada masa hadapan.

Akhir sekali, saya dapat melihat atau memerhatikan tentang kelemahan dan kelebihan semasa berinteraksi denagn pihak penganjur, guru, murid dan rakan semasa menjadi seorang fasilatator dalam program ini. Kemahiran kerja pasukan saya dapat dinilai oleh saya dan rakan-rakan dan dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.Kemahiran kepimpinan juga dapat dipupuk dengan menjalankan aktiviti atau program sebegini keran saya bakal menjadi cikgu yang dapat memimpin pelajar kea rah kecemerlangan di dunia dan akhirat.

 

~Hashim~

Refleksi Simulasi Ibadah Haji Cilik (3)

 

Program simulasi Haji ini diadakan untuk pelajar sekolah tadika yang memberikan mereka sedikit ilmu pengetahuan tentang ibadah haji dan dibuat secara pratikkan ajar murid – murid ini dapat memahami dengan lebih jelas. Program sebegini dapat memberi manfaat kerana ilmu yang diberikan boleh digunakan pada masa akan datang. Program ini akan mencapai objektif yang telah dibuat setelah kesemua aktiviti telah dijalankan dengan sempurna. Saya bersama rakan yang lain diberi kepercayaan dari pihak lain untuk membantu menjayakan program ilmu ini bersama.

Sebelum program ini berlangsung kami berbincang tentang segala aktiviti yang akan dijalankan bersama pelajar tersebut. Perancangan yang telah dibincangkan di praktikan semasa program ini berlangsung bagi memudahkan kepada semua pihak. Bagi pemulaan yang tiada pengalaman untuk mengendalikan program sebegini mungkin beranggapan sukar melakukannya, akan tetapi dengan segala taklimat dan tunjuk ajar yang diberikan dapat sedikit ilmu yang akan digunakan semasa program berlangsung. Kami bertanya beberapa soalan kepada penganjur tentang apakah yang kami boleh buat dan aktiviti yang akan dijalankan.

Dengan program ini kita dapat mengenali diri kita yang sebenar tentang ilmu keagamaan dimana kita dapat menambah ilmu pengetahuan dengan lebih banyak.

 

 

 

 

Semasa program berlangsung, terdapat pelbagai sekolah yang hadir untuk menyertai program simulasi ibadah haji ini. Pertamanya saya belajar untuk berkomunikasi dengan baik bersama pelajar – pelajar ini untuk memberi penerangan ringkas tentang kesemua aktiviti yang akan dibuat. Pelajar yang terlibat adalah pelajar sekolah tadika dan memerlukan saya untuk menggunakan ayat yang akan menarik minat pelar untuk mendengar. Dengan cara ini saya belajar mengeluarkan idea untuk bercakap bersama mereka.

Segala aktiviti dapat dijalankan dengan baik bersama mereka kerana dilakukan dengan arahan yang baik dan tidak kelam kabut. Program yang melibatkan ramai orang memerlukan semangat kerjasama dan tolong menolong mengendalikan program ini dengan baik. Merasakan semangat kerjasama atau berpasukan dalam program ini juga dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang lebih baik kerana ini dapat melahirkan sifat dalam diri untuk membantu diantara sama lain.

Apabila dibahagikan kumpulan kecil untuk membawa anak – anak ini untuk melakukan aktiviti disetiap point, kita sebagai ketua atau pemimpin sementara perlu bertanggungjawab dan memikul amanah yang telah diberikan. Hal ini kerana, kemahiran kepimpinan dan proaktif perlu ada dalam diri dan digunakan semasa dalam aktiviti ini. Ketika berlaku masalah  Pemikiran yang baik dan idea yang datang untuk menyelesaikan masalah digunakan agar masalah ketika itu diselesaikan dengan cepat, sebagai contoh sesuatu aktiviti itu ramai yang menunggu untuk melakukan, akan tetapi kita mengambil inisiatif dimana kita mempercepatkan dan melakukan aktiviti lain dahulu dengan persetujuan dari guru pengiring atas komunikasi yang baik.

Semasa program simulasi ibadah haji ini juga, saya  belajar nilai etika dan integriti dimana kita menghormati diantara satu sama lain. Sifat dalam diri ini perlu ada bagi seperti menjaga tingkah laku dan adab bersama pelajar dan guru pengiring untuk menjayakan aktiviti ini. Saya percaya setiap tingkah laku yang baik kepada pelajar semua ini akan menjadi ikutan kepada mereka jika menunjukkan contoh teladan yang baik.

Semasa program ini berlangsung juga, saya dapat merasakan sikap mahu mengetahui ilmu yang disampaikan dan memberi manfaat yang berguna dalam diri. Ini kerana penyebaran maklumat yang tepat dan dijadikan panduan serta pembelajaran berterusan kepada anak – anak cilik yang mneyertai program simulasi haji ini.

 

Selepas program ini berakhir dengan baik dengan izin ALLAH, banyak kebaikan dan juga saya dapati serta objektif yang telah ditetapkan Berjaya dilaksanakan. Kerjasama dari semua pihak dapat membantu menjayakan program ilmuan ini. Walaupun pada mulanya tanggapan awal kurang mahir untuk mengikuti program ini, sebaliknya memberi kesan positf semasa berlangsung program tersebut kerana segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik.

Segala ilmu yang saya dapat setelah program berakhir, ilmu yang disampaikan dapat menjadi pendorong atau pembelajaran berterusan pada masa akan datang. Dengan ilmu ini juga dapat kita bersama – sama berkongsi ilmu kepada orang lain dengan mengajar apa yang kita ketahui. Pengajaran yang baik perlu dikongsi dan dimanfaatkan dan sifat ingin belajar lebih dalam akan sesuatu pekara dapat dipupuk.

Selain itu juga, program ini memupuk semangat masyarakat dimana bekerjasama dengan pelajar dan juga guru dengan nilai murni antara satu sama lain. Program ilmu ini seharusnya sentiasa diadakan bagi menarik minat lapisan muda untuk mendalami ilmu pengetahuan. Pelbagai inisiatif boleh diambil dalam program ini untuk menjelaskan dengan lebih terperinci pada mereka.

Apa yang dapat dipelajari dalam program ini, saya mendapat kebaikan dan kelebihan pengetahuan yang ada dan boleh dimanfaat. Saya boleh mengajar pada mereka yang lain akan ilmu pengetahuan yang saya ada. Mereka yang mengikut program ini juga dapat menggunakan pengetahuan yang ada disebarkan. Saya percaya program dan aktiviti yang menarik dapat menarik minat seperti saya untuk menyertai dan turut serta.

Dengan program ilmuan sebegini yang memberikan pandangan yang positif, kita sebenarnya boleh melakukan ditempat lain dan dapat menyebarkan pengetahuan yang baik dikalangan kanak  kanak sehingga ke peringka dewasa dan mengadakan pameran ilmuan dari sudut pandangan saya yang banyak memberikan ilmu yang cukup berguna.

Sekian terima kasih.

~Shobah~

 

Refleksi Simulasi Ibadah Haji Cilik (4)

 

Bersempena dengan musim haji tahun 1436 hijjrah (2015), Persatuan Tadika Negeri Johor bersama-sama Masjid Negeri Kota Iskandar, Kolej Pengajian Islam Johor  dan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah membawa anak-anak kecil dari tadika-tadika islam sekitar Johor melakukan simulasi haji di Masjid Negeri Kota Islandar, Nusajaya Johor pada 15 September 2015. Program simulasi haji cilik merupakan satu inisiatif yang amat bijak bagi mengajar anak-anak kecil ini mencintai Rukun Islam ke-lima pada umur yang sangat muda. Moga-moga tersemat dalam hati mereka dan menyimpan impian besar  untuk ke Tanah Suci Mekah kelak.

 

Sehari sebelum itu, pada 14 September 2015 telah berlangsung satu khusus khas program Simulasi Haji Cilik 2 ini bagi para mutawif dan mutawiffah seramai 29 orang mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia yang terdiri daripada pelajar Fakuti Pendidikan (SPPR dan SPPQ). Penerangan tentang program ini telah diberikan oleh Encik Hazman Bin Sapawi selaku setiausaha Persatuan Tadika Johor merangkap Exco Persatuan Tadika Islam Malaysia hampir selama satu jam setengah. Pengisian khusus adalah berkenaan dengan pengenalan mengenai program tersebut yang mana ianya merupakan julung-julung kali diadakan di Johor  bersama-sama 33 buah tadika islam seluruh  Johor. Program ini juga  dilakukan serentak dengan program simulasi haji di Shah Alam. Menurut beliau, program ini telah mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa kerana banyak memberi impak positif dalam perkembangan minda dan pengetahuan anak-anak mereka mengenai ibadah haji.

 

Selain itu, dalam sesi penerangan tersebut beliau telah menyatakan hal-hal berkenaan pengurusan program yang mana terdapat lebih kurang  “ tujuh check point” yang mesti dilalui oleh para peserta ini sebelum bergelar “Haji Cilik”.  Seterusnya beliau turut menyentuh hal berkenaan cara-cara mengawal dan mendapatkan perhatian para peserta. Hal ini penting kerana tahap tumpuan kanak-kanak adalah lebih rendah berbanding orang dewasa yang mana mereka mudah berasa bosan. Walaubagaimanapun, kanak-kanak amat peka dengan persekitaran mereka. Justeru, kami para mutawif mesti menggunakan pelbagai teknik termasuk menggunakan persekitaran mereka untuk menarik minat para peserta agar memberi tumpuan dengan apa yang kami sampaikan dan apa yang mereka lakukan. Berikutnya beliau telah berkongsi tentang cara-cara melakukan ibadah haji. Perkongsian ini amat penting dan berguna agar objektif program ini tercapai.

 

Program bermula setelah ketibaan para peserta pertama. Mereka telah dibekalkan dengan “passport” yang akan di cop setelah selesai menjalankan setiap rukun haji dan beg sandang selain lengkap berpakain ihram. Setiap tadika di kawal atau di ketuai oleh dua orang mutawif. Pertama sekali mereka akan melakukan niat ihram sebaik sahaja turun daripada bas (setelah selesai pendaftaran). Kemudian disusuli dengan wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah, melontar tiga Jamrah, bertahalul, Sa’I, dan tawaf  Wada’. Setiap pergerakan mereka dari satu “check point” ke “check point” yang lain akan diselangi dengan laungan takbir. Di setiap “check point” juga disediakan alat bantu yang menyerupai keadaan di tanah suci. Alat bantu itu seperti tiga jamrah (aqobah, wusta dan u’la), batu kerikil, gunting bagi slot bertahalul, kawasan sai’ dari safa ke marwah dan replika Qaabah untuk slot tawaf.

 

Program tersebut berakhir hampir pada jam 11.00 pagi. Apa yang menariknya, saya dapat  melihat pelbagai ragam dan gelagat para peserta dan turut juga para pengiring mereka yang terdiri daripada guru-guru tadika berkenaan sepanjang program itu berlangsung. Para peserta kelihatan letih tetapi masih bersemangat melakukan aktiviti di setiap “check point”. Amalan bantu membantu dalam kalangan guru-guru juga terserlah apabila mutawif tidak dapat mengawal para peserta. Hal ini sangat membantu dalam kelancaran program berkenaan. Ada juga di antara guru-guru ini bersifat pentingkan diri dimana mereka cuba untuk menyelesaikan setiap aktiviti segera dengan memotong giliran tanpa memikirkan perasaan orang lain. Hal ini jelas menunjukkan bahawa ia merupakan teladan yang tidak baik khususnya kepada anak-anak kecil kerana mereka adalah guru yang menjadi role model kepada anak-anak didik. Setiap perbuatan yang ditunjukkan akan dilihat dan ditiru oleh mereka.

 

Impak daripada program berkenaan dapat dilihat daripada reaksi para peserta yang kelihatan seronok dan gembira semasa dan selepas program berlangsung. Hal ini menggambarkan penerimaan mereka terhadap apa yang dilakukan benar-benar memberi kesan terhadap perkembangan pengetahuan dan pengalaman mereka. Walaupun masih ada segelintir mereka yang masih tidak memahami apa yang dilakukan, sekurang-kurangnya ruang lingkup pengalaman mereka telah membangun dan meluas. Pengetahuan tentang ibadah haji bukan sahaja teori semata-mata tetapi dilakukan secara praktikal malahan diterapkan sejak dari kecil. Tidak mustahil kelak, mereka menjadi seorang yang berjiwa besar dengan memasang niat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama-sama orang-orang yang disayangi. Cerita sejarah yang turut diselitkan setiap kali melakukan aktiviti di “check point-check point” secara tidak langsung juga membentuk mereka bersemangat dan berjiwa kental dalam menghadapi cabaran hidup pada masa akan datang hasil daripada nilai-nilai murni dan pengajaran yang sememangnya terselit di dalam setiap rukun haji berkenaan. Program ini bukan sahaja memberi impak kepada para peserta malahan kepada semua yang mengikuti program tersebut termasuklah kami para mutawif dan guru-guru pengiring.

 

Berkenaan dengan nilai insaniah yang diperolehi hasil penglibatan dalam program ini pula, ia telah membantu dalam mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi antara saya bersama komunita kecil dan juga komuniti dewasa. Kedua-dua komuniti ini mempunyai kemahiran komunikasi yang berbeza. Bagi komuniti kecil, komunikasi antara kami lebih kepada interaksi satu hala tetapi untuk mendapatkan perhatian daripada mereka memerlukan kemahiran yang lain. Kemahiran tersebut berbentuk perkara atau arahan yang memberi keseronokan kepada mereka justeru reaksi yang diberikan akan lebih cepat dan berkesan. Manakala komunikasi antara saya bersama komuniti dewasa tertumpu kepada interaksi dua hala yakni perbincangan dalam menyelesaikan masalah yang berlaku berkaitan pengurusan waktu dan aktiviti untuk memastikan kelancaran program.

 

Selain itu, program ini telah dapat membangunkan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan maslah.   Antara masalah yang berlaku berkenaan dengan pengurusan waktu dimana masa yang ditetapkan untuk melakukakan tawaf perdana adalah pada jam 9.00 pagi tetapi diakibatkan oleh salah faham dan kekurangan mutawif, tawaf perdana tersebut tidak dapat berlangsung dengan lancar. Kekurangan para mutawif dalam menyelia sesebuah tadika juga antara masalah yang berlaku. Walaubagaimanapun, kami tetap berusaha untuk menyelesaikan tugas sebagai seorang mutawif walaupun terdapat sedikit perasaan malu dan janggal ketika menguruskan jemaah haji cilik itu. Saya dapat belajar untuk berusaha menyesuaikan diri dalam situasi yang tidak dijangkakan dan menjadikan saya lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah yang berlaku. Kami turut mengadakan perbincangan ringkas antara para mutawif untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Hal ini secara tidak langsung menguji kemahiran kerja bersepasukan antara kami para mutawif. Kekurangan para mutawif diselesaikan dengan setiap mutawif akan menguruskan setiap tadika berseorangan bagi mengatasi kekurangan mutawif akibat kehadiran para peserta yang serentak pada satu-satu masa berbeza dengan perancangan awal dimana setiap tadika akan diuruskan oleh dua orang mutawif.

 

Seterusnya, program ini juga telah memberi ruang kepada saya untuk melatih kemahiran kepimpinan dan proaktif dalam melakukan sesuatu perkara. Saya telah mengetuai (mutawif) bagi sebuah tadika sehingga proses ibadah haji cilik tersebut lengkap  termasukklah beberapa buah tadika lain yang ketiadaan mutawif dan berlaku beberapa masalah dalaman. Bagi memimpin sebuah komuniti itu amatlah berat tanggungjawabnya terutama dari segi menyampaikan maklumat dan menyelesaikan masalah. Hal ini berjaya dilakukan hasil daripada bantuan guru-guru pengiring dan tunjuk ajar rakan-rakan yang turut bersama-sama menjayakan program berkenaan. Nilai etika dan integriti turut diperolehi semasa program ini berlangsung. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan tanggungjawab yang diberikan kepada orang lain. Hal ini kerana tanggungjawab yang diberikan sebagai seorang mutawif  itu merupakan amanah yang harus dipikul tak kira apa sahaja masalah yang melanda. Selain itu, kita juga tidak seharusnya mementingkan diri sendiri dalam sesuatu tindakan yang akibatnya akan melibatkan orang lain. Contohnya, terdapat segelintir guru-guru pengiring yang tidak mengendahkan matlamat utama yang ingin dicapai dalam program ini dengan sanggup memotong barisan dan tidak melengkapkan rukun haji yang ditetapkan demi menyelesaikan program ini dengan segera. Hal ini menunjukkan nilai integriti seorang guru yang boleh dipersoalkan dan tidak professional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

 

Sebagai kesimpulannya, program ini telah banyak membantu dalam menigkatkan ilmu pengetahuan dan membuka luas lingkup pengalaman saya dalam menjadi seorang mahasiswa yang berkualiti dan berkebolehan tinggi. Selain meningkatkan kemahiran diri, program ini juga telah beraya membantu menigkatkan nilai kerohanian yang jarang-jarang diperolehi di dunia luar. Semoga usaha-usaha seperti ini berterusan dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat agar lahir generasi yang berpotensi tinggi dalam membangunkan masyarakat dan negara dan seimbang dari segi rohani dan jasmani.

~Shobah~

Refleksi Simulasi Ibadah Haji Cilik (2)

Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya program simulasi haji cilik 2 berjalan dengan lancar dan baik.Program ini berlangsung pada tarikh 15 september 2015 bersamaan dengan 1 zulhijjah 1436H bersamaan dengan hari selasa yang lalu.Program ini diadakan di sekitar Masjid Negeri Kota Iskandar di bawah anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia.Pada hari tersebut saya telah diamanahkan untuk menggalas tugas sebagai mutawif (fasililator) kepada peserta-peserta simulasi haji cilik 2.Program ini disertai oleh semua tadika di negeri Johor.Sebanyak kira-kira 300 peserta yang menyertai program ini.

Sehari sebelum program berlangsung kami diberi taklimat tentang tugas-tugas mutawif di bawah kelolaan En. Hazman ketua persatuan tadika Johor.Dari taklimat tersebut kami dapati bahawa setiap fasililator harus mempunyai pengetahuan tentang cara menunaikan ibadah haji dengan betul supaya dapat menjawab persoalan daripada adik-adik tentang ibadah haji.Seterusya,memudahkan lagi perjalanan program tersebut.Seawal 7 pagi kami bertolak dari UTM ke Masjid Kota Iskandar,semasa dalam perjalanan alunan takbir dilaungkan untuk menghidupkan suasana mengerjakan ibadah haji yang sebenar.Ianya secara tidak langsung menaikkan semangat saya dan rakan-rakan untuk membantu adik-adik tersebut .

Setibanya di sekitar kawasan Masjid saya melihat terdapat replika yang dibuat oleh pihak penganjur yang seperti keadaan di Tanah suci Kota Mekkah.Selain itu,terdapat juga ‘check point’ yang menandakan peringkat-peringkat ibadah haji.Hal ini,memudahkan lagi fasililator untuk mengendali dan mengeiringi peserta.Perasaan teruja dan keyakin diri mula meningkat dengan suasana persekitaran yang tenang dan perancangan yang lancar dan bijak oleh pihak penganjur.Setelah sarapan kami diberi taklimat ringkas dan doa yang perlu dibaca semasa mengiringi mereka.

Setibanya peserta-peserta di perkerangan kawasan masjid itu, mereka sudah pun siap mengenekan pakaian ihram bagi pelajar lelaki dan telekung bagi pelajar perempuan.Selain itu,mereka juga dibekalkan beg sandang yang berisik passport untuk menghidupkan suasana mengerjakan haji yang sebenar.Mereka juga diiringi dengan guru tadika masing-masing untuk memudahkan lagi program berjalan.Perasaan saya pada ketika itu sungguh terharu dan berbangga dengan kesungguhan adik-adik yang sungguh bersemangat untuk menimba ilmu dan pengalaman baru dalam program ini walaupun cuaca yang agak panas dan keadaan yang sesak.

Setelah pendaftaran dibuat di Check point yang pertama, setiap fasililator akan menunggu giliran untuk mengambil kumpulan tadika yang hendak diiring.Pada permulaannya saya dan seorang lagi fasililator dipilih untuk mengiringi dan membantu  satu kumpulan/tadika.Perasaan pada masa itu agak gugup dan kekok kerana tidak biasa untuk memberi arahan kepada orang ramai.Namun perasaan itu dapat ditangani dan saya berjaya mengiring kumpulan tersebut hingga ‘check point’ terakhir.Akibat kepesatan dan kesesakan kaunter pendaftaran setiap tadika hanyalah untuk satu fasililator mengiring.

Setelah selesai dengan kumpulan pertama saya terus mengiringgi kumpulan yang baru.Alhamdulillah saya dapat berkomunikasi dengan baik dan tidak lagi berasa gugup.Setiap peserta juga memberikan kerjasama yang baik.Guru-guru dari tadika turut membantu bagi menghadapi setiap ‘check point’ haji seperti wukuf ,Melontar jumroh aqobah,tahallul awal ,tawaf, dan sa’i haji.Melalui program ini saya dapat pelajari tentang kecekalan dan keazaman yang di tunjukkan oleh haji cilik menghabisakan setiap ‘check point’ walaupun dalam keadaan yang sesak dan panas.Program disudahi dengan tawaf perdana yang dilakukan beramai-ramai.

Sepanjang program ini berlangsung pelbagai ilmu dan pengalaman yang saya dapat.Antaranya ialah,kita seharusnya bertanggungjawab dalam menggalas tugas yang diberi agar program berjalan dengan lancar.Selain itu,kita juga harus bersabar dalam menempuh segala liku-liku dalam kehidupan.Kerjasama juga amat penting dalam sesebuah organisasi untuk memudahkan dan melancarkan kerja.Saya juga berasa bangga dengan keluarga setiap peserta haji cilik yang datang memberi sokongan kepada anak-anak mereka.

Sehubungan dengan itu,saya pengalaman menjadi seorang fasililator mendewasakan saya lagi dalam cara berkomunikasi dengan orang ramai dan juga meningkatkan keyakinan diri.Selain itu,setiap soalan yang ditanya oleh adik-adik cilik ini sedikit sebanyak menyedarkan saya tentang kekurangan diri dalam ilmu agama.Oleh itu,kita haruslah memperbanyakkan membaca dan membuat kajian untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Seterusnya,menyentuh kepada realiti kehidupan masyarakat,kebanyakkan dari mereka tidak pernah terfikir untuk membuat program seperti ini kerana kebanyakkan masyarakat berpendapat ilmu seperti menunaikan ibadah haji ini boleh dibelajar dengan membaca buku atau di sekolah.Namun hakikatnya dengan kaedah yang dipanggil simulasi ini dapat mempercepatkan lagi kefahaman orang ramai terutamanya kanak-kanak tadika.Disini kita dapat melihat proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.Justeru itu,program ini sememangnya memberikan inspirasi kepada saya yang bakal menjadi seorang pendidik untuk lebih berfikiran terbuka dan menyumbang idea yang boleh membantu generasi muda masa depan untuk berjaya.

Dari segi pengalaman pula,memandangkan ini merupakan program komuniti yang pertama.Perasaan pada awalnya agak gemuruh dan kekok,tetapi lama kelamaan perasaan tersebut berasa gembira dan teruja.Melihat kepada tentatif program yang memerlukan saya mengawal dan memberikan arahan kepada satu kumpulan kanak-kanak tadika merisaukan saya.Namun dengan bantuan rakan-rakan dan guru pengiring saya mula berasa selesa.Oleh itu,program ini memang memberikan saya pengalaman yang banyak dan peluang kepada saya untuk berkomunikasi serta berkongsi ilmu pengetahuan.

Melalui program ini juga dapat membuka mata masyarakat tentang kepentingan ilmu dunia dan juga akhirat.Selain itu,dengan khidmat masyarakat ini juga dapat melatih mahasiswa/mahasiswi untuk meningkatkan keyakinan,jati diri dan keperibadian.Seterusnya,membuka mata pihak tertentu untuk memperbanyakkan aktiviti komuniti seperti ini.Mendengar kuliah sahaja tidak mencukupi untuk melahirkan graduan yang hebat.Oleh itu,mahasiswa/mahasiswi harus terlibat dalam program ini untuk memperluaskan idea dan pegalaman mereka.

Akhir kata,kemahiran insaniah yang saya dapat semasa penglibatan dalam program simulai haji cilik 2 ini ialah kemahiran komunikasi.Komunikasi adalah penting untuk menjadi seorang pendidik.Jadi program ini banyak meningkatkan keyakinan saya untuk berkomuikasi dengan baik.Selain itu kemahiran kerja berpasukan,kerana pada awal program ini dua fasililator ditugaskan untuk mengiring satu kumpulan adik tadika.Jadi dari situ saya dapat merangka satu kerja kumpulan dimana setiap individu mempunyai tugas dan peranan masing-masing.Tambahan lagi,pemikiran kritis dan kemahiran meyelesaikan masalah berlaku semasa situasi sesak di ‘check point’ tertentu yang mendorong saya megambil langkah untuk membuat ‘check point’ yang lain dahulu untuk mempercepatkan dan meredekan kesesakan.Namun setiap haji cilik diberi penerangan tentang turutan yang betul dalam ibadah haji untuk mengelakkan mereka keliru.Kemahiran kepimpinan dan proaktif juga dapat digilap di dalam program ini kerana setiap fasililator menjadi pengiring yang ditugaskan untuk memberi penerangan yang jelas dan juga menyelesaikan sebarang masalah yang boleh membantut perjalanan program.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr.Akmaliza Binti Abdullah kerana memberi saya peluang untuk merasa sendiri pengalaman menjadi fasililator dalam program komuniti ini.Banyak pengalaman dan kenangan yang tidak dapat dilupakan.Terima kasih juga kepada Persatuan Tadika Islam Malaysia kerana membuat program yang bermanfaat kepada semua.Semoga program seperti ini berterusan dan dipelbagaikan supaya dapat menarik minat semua pihak.

 

~AHMAD ZAINAL ABIDIN BIN MOHD YUSOF~

 

 

 

Refleksi Simulasi Ibadah Haji Cilik (1)

 

Pada 15 September 2015, kami telah menjadi sukarelawan sebagai mutawif untuk kanak-kanak seluruh tadika di Johor bertempat di Masjid Sultan Iskandar. Sebelum itu, kami diberi penerangan mengenai Simulasi Haji Cilik 2 dan menggambarkan keadaan ketika berlangsungnya simulasi haji ini. Kesemua tadika di Johor terlibat dengan Simulasi Haji Cilik 2 ini. Pada hari tersebut, ramai kanak-kanak tadika yang tiba sebelum simulasi haji ini dilakukan. Setiap seorang mutawif akan mengurus sebuah tadika bersama-sama guru pengiring tadika tersebut. Saya mengendalikan sebuah tadika yang mempunyai bilangan murid 10 orang sahaja. Ketika melakukan simulasi haji, pada awalnya mereka seperti seronok ingin melakukan simulasi haji ini. Sesetengah antara mereka banyak menyoalkan mengenai simulasi haji yang sedang mereka lakukan pada ketika itu.

Setelah selesai keenam-enam rukun haji mereka lakukan, saya beralih ke sekolah tadika seterusnya. Sekolah tadika kali ini mempunyai bilangan anak murid yang agak ramai iaitu seramai 30 orang dan diiringi dengan beberapa guru bagi tadika tersebut. Bilangan murid yang ramai agak sukar untuk dikawal dan saya bernasib baik kerana guru pengiring bagi tadika ini agak ramai sedikit. Mereka kelihatan gembira dan tidak sabar-sabar untuk melakukan simulasi haji ini. Tetapi oleh kerana keadaan pada waktu itu sesak kanak-kanak tadika yang ramai, cuaca yang agak panas menyebabkan tumpuan dan semangat mereka untuk melakukan simulasi ini berkurangan dan mereka ingin pulang dengan cepat.

Alhamdulillah, simulasi haji ini berjalan dengan lancar diatas usaha mutawif-mutawif  dalam melakukan tugas-tugas mereka dan guru-guru pengiring bagi setiap tadika tidak berputus asa untuk memberi semangat kepada anak-anak murid mereka agar terus melakukan simulasi sehingga keenam-enam rukun haji dilakukan oleh mereka.

Ibadah haji adalah merupakan salah satu ibadah dan perintah yang terpenting daripada Allah kepada umat Islam, ini adalah kerana ibadah haji itu sendiri adalah merupakan salah satu daripada lima rukun Islam. Sebagaimana yang kita maklum solat itu tidak akan sempurna jika tanpa rukun yang lengkap, begitu jugalah Islam tidak akan sempurna tanpa ibadah haji ini. Oleh itu, adalah sangat perlu dititik beratkan amalan ibadah haji ini dapat dilakukan mengikut tertib atau sunnah yang betul agar ianya diterima oleh Allah s.w.t. dan hendaklah dititik beratkan sejak kecil lagi.

Saya suka melakukan sukarelawan sebagai mutawif kerana dengan melihat pelajar-pelajar tadika ini melakukan haji, saya rasa seolah-olah sedang melakukan haji di Mekah dengan cara pemakaian mereka seperti menunaikan haji menggunakan ihram bagi lelaki dan telekung bagi perempuan. Tujuan simulasi haji cilik ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar mengenai suasana sebelum dan ketika menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan haji bagi yang berkemampuan kepada pelajar-pelajar tadika untuk memberi pengetahuan dan praktikal mengenai haji. Selain itu, memastikan mereka memahami mengenai konsep sebenar rukun Islam kelima itu.

Sesetengah pelajar mempunyai sifat ingin tahu mengenai perkara yang sedang mereka lakukan. Dalam masa itu juga, kita boleh mengimbas kembali mengenai kefahaman kita mengenai haji ini dan memberi keterangan kepada mereka mengenai rukun-rukun semasa menunaikan haji. Ketika mengendali kanak-kanak tadika ia merupakan satu cabaran bagi saya kerana sikap mereka yang masih keanak-anakkan malahan pada masa itu juga keadaan cuaca yang panas membuatkan mereka tidak tahan lagi untuk melakukannya tetapi oleh disebabkan cikgu-cikgu bagi tadika masing-masing memainkan peranan mereka sehingga kanak-kanak tersebut bertahan untuk  menyelesaikan rukun haji sehingga rukun haji yang terakhir. Bagi saya, program ini antara latihan praktikal yang amat berguna kepada kanak-kanak kerana mereka pastinya akan mengingati setiap latihan yang diajar dan pernah dilakukan sewaktu mereka kecil jika mereka ingin menunaikan haji pada suatu masa nanti. Semua orang  mengharapkan  inisiatif kecil ini dapat membentuk generasi ummah yang bersatu padu tanpa mengira darjat dan bangsa dan menjadikan Islam sebagai pegangan hidup mereka dan inisiatif ini akan terus dijalankan setahun sekali untuk melahirkan kanak-kanak yang memahami rukun-rukan haji dan menarik minat mereka untuk menunaikan haji yang sebenar di Tanah Suci Mekah.

Berdasarkan pengalaman saya dengan menjadi sukarelawan sebagai mutawif bagi  Simulasi Haji Cilik 2 ini, pengajaran yang saya dapati adalah ibu bapa hendaklah mendedahkan anak-anak mereka mengenai hal-hal agama dan membenarkan mereka mengikuti aktiviti-aktiviti seperti Simulasi Haji Cilik 2 ini agar mereka mengingati cara-cara melakukan haji ketika mereka membesar nanti dan ingin ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji bersama orang yang mereka sayangi. Di samping itu, saya berkongsi pengetahuan dengan kanak-kanak tadika tersebut mengenai cerita Nabi Ibrahim menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail kerana Beliau pernah mengatakan beliau akan melakukan apa sahaja untuk mendekatkan dirinya kepada Allah termasuk menyembelih anak sendiri. Ketika beliau berada di Baitul Muqoddas, beliau memohon kepada Allah agar dikaruniakan seorang anak. Kemudian Allah pun mengabulkan permohonan beliau lalu beliau dikarunia seorang putra yang tampan dan sholeh bernama Ismail dari isetri beliau Hajar. Pada umur Nabi Ismail 9 tahun, Nabi Ismail disembelih oleh ayahnya Nabi Ibrahim tetapi dengan kuasa Allah, pisau yang digunakan untuk menyembelih Nabi Ismail tidak dapt memotong leher Nabi Ismail. Hal ini kerana, ia merupakan satu ujian yang Allah berikan kepada Nabi Ibrahim.

Antara aspek kemahiran insaniah yang dapat pertingkatkan melalui program Simulasi Haji Cilik 2 ini ialah kemahiran kerja berkumpulan. Kemahiran ini mempertingkatkan tahap kerja sama sepasukan. Pada mulanya, saya bersama ahli kumpulan saya memegang satu tadika untuk melakukan simulasi haji bersama mereka. Setelah kanak-kanak tadika ini selesai melaksanakan kesemua rukun-rukun haji, kami bekerjasama dengan setiap seorang memegang sebuah tadika untuk melakukan program simulasi ini. Hal ini kerana, bilangan sukarelawan sebagai mutawif tidak mencukupi jika dua orang mutawif mengendali sebuah tadika. Hal ini boleh menyebabkan program ini akan lewat berakhir daripada masa yang ditentukan. Oleh itu, kami pecahkan kepada seorang mutawif mengendalikan sebuah tadika bersama guru-guru yang mengiringi anak murid mereka sendiri agar program ini berjalan dengan waktu yang pantas dan anak murid mereka mengetahui apa yang sedang mereka lakukan ketika itu. Melalui kemahiran ini, saya dapat mempertingkatkan sikap kerjasama sepasukan dan sikap toleransi antara satu dengan yang lain agar program dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu, kemahiran berkomunikasi merupakan salah satu aspek kemahiran insaniah. Dengan kemahiran ini, saya dapat mempertingkatkan cara saya berkomunikasi kerana dahulu saya kurang berkomunikasi dengan orang luar. Ketika berkomunikasi dengan guru-guru pengiring bagi setiap tadika, saya agak kaku untuk berkomunikasi tetapi saya mencuba untuk memberanikan diri berkomunikasi dengan mereka dan anak-anak murid mereka. Oleh kerana itu, saya dapat mempertingkatkan keyakinan diri saya ketika berkomunikasi dengan orang lain lagi-lagi kursus yang sedang saya pelajari lebih banyak akan berurusan dengan orang luar. Melalui program seperti ini lah dapat meyakinkan diri untuk berhadapan dengan orang luar.

 

~Ezzati~

UTM Open Day