Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (17)

Sebelum mulanya gerak kerja kami telah berbincang bersama-sama pensyarah di dalam kelas untuk kerangka program dan penerangan mengenai objektif program khidmat masyarakat ini untuk dilaksanakan. Perlantikan ahli-ahli jawatankuasa untuk melaksanakan program ini dilakukan pada hari yang sama.

Semasa gerak kerja, saya telah ditugaskan untuk menjadi salah seorang ahli dalam unit aktiviti yang dianggotai oleh 4 ahli yang lain. Kami membahagikan tugas mengikut slot-slot yang dikendalikan. Kassim Siedik , Farah Adibah dan saya sendiri bertanggungjawab untuk slot “Senaman Pagi” . Namun begitu , di pertengahan gerak kerja setiusaha program terpaksa mengundur diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan diganti oleh saudari Farah Adibah Binti Mohd Ezanee. Saya dan Kassim telah meneruskan perancangan slot pagi dengan membuat sedikit cendaramata (origami) untuk diberikan kepada penghuni yang terlibat pada hari kejadian. Sebanyak dua pertemuan antara kami telah dijalankan untuk menyediakan cenderamata(origami baju) untuk dihadiahkan kepada penghuni Rumah Nur Ehsan yang ‘sporting’ . Origami itu telah diberikan kepada beberapa orang penghuni Rumah Nur Ehsan yang terlibat dalam aktiviti melukis , menyanyi dan membuat origami paling cantik.

 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana program khidmat masyarakat ini , berjalan dengan jayanya atas kerjasama dari semua mahasiswa- mahasiswa yang terlibat. Gambar hari kejadian telah diedarkan kepada mahasiswa yang terlibat sebagai tanda kenang-kenangan.

Knowing the unknown

Apa yang boleh saya pelajari dari penglibatan dalam program khidmat komuniti seperti ini , ialah di mana saya sedar bahawa interaksi saya antara golongan warga emas kurang menyerlah berbanding orang lain . Hal ini kerana , pada hari kejadian saya tidak mampu menjenguk penghuni yang terlantar sakit di dalam rumah kerana saya khuatir saya tidak dapat mengawal keadaan yang mungkin terjadi kepada penghuni tersebut. Sebagai contoh , seorang siswi yang hadir pada hari kejadian telah memberi makan bubur nasi yang disediakan kepada penghuni yang terlantar dan perkara ini tidak dapat dilakukan oleh saya sendiri.

 

 Realiti kehidupan masyarakat

Bagi pendapat saya, realiti kehidupan masyarakat ada pelbagai lapisan masyarakat di mana kebanyakkan penghuni yang berada di Rumah Nur Ehsan datang dari latar belakang keluarga yang senang. Pengalaman yang dialami dan tanggapan awal tidak begitu berbeza. Kerana saya telah pergi ke Rumah Nur Ehsan sebelum itu. Komuniti yang tinggal di rumah ini , ada yang dihantar oleh anak-anak untuk jagaan harian da nada yang dibuang keluarga. Pengalam paling menyedihkan yang masih mekar dalam ingatan saya apabila, seorang penghuni ini dibuang anak pada hari pagi raya apabila anaknya tidak mahu mengambil ibunya untuk sama-sama menyambut sambutan hari raya. Secara keseluruhannya saya amat menyukai pengalaman yang saya alami semasa di Rumah Nur Ehsan kerana ini kali pertama saya berinteraksi dengan golongan yang lebih berumur dan lanjut usianya. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan ketika berinteraksi dengan orang lebih lanjut usianya kerana mereka ini hati mudah terguris. Alhamdulillah aktiviti yang dijalankan secara kesuluruhan diterima baik oleh penghuni-penghuni dan juga pengurus yang terlibat menjaga mereka.

 

Impak pengalaman yang dapat dirumuskan terhadap diri saya ialah, dapat belajar cara bergaul dengan golongan yang lebih tua dan juga bekerja secara berkumpulan walaupun kebanyakkan mahasiswa yang terlibat termasuk saya lokek ilmu dan pengalaman dalam aktiviti berkomuniti seperti ini. Punca yang boleh wujudnya komuniti orang-orang tua yang ditempatkan di rumah orang tua kadangkala bermula apabila anak-anak mereka terlalu sibuk mengurus kerjaya masing-masing. Komitmen kepada kerja dan keluarga perlu dibahagikan namun sebahagian besar individu-individu yang mengahadapi situasi begini tidak mampu memberi komitmen yang sebaiknya kepada keluarga mereka. Pengajaran yang boleh saya dapati juga dari hasil pengalaman sepanjang mengikuti program komuniti ini, saya haruslah berfikir lebih jauh sebelum menceburi sesuatu bidang pekerjaan di masa akan datang. Hal ini demikian kerana, komitmen saya sebagai seorang anak tidak seharusnya saya abaikan. Jika bagi saya, pengalaman dilalui oleh setiap penghuni ingin sekali saya ketahui tetapi kekangan masa dan beberapa factor lain menyebabkan niat saya untuk bertanya lebih lanjut itu hanya disimpan dan tidak mampu diluahkan. Hasil dari pengalaman ini, dapat saya kongsikan kepada orang lain jenis aktiviti yang sesuai dilakukan bersama golongan lebih tua dan cara berinteraksi dan berbual dengan mereka tidak seperti kita berbual dengan orang biasa. Ini kerana sebahagian dari mereka mempunyai kecatatan akal dan lupa. Bentuk sumbangan yang boleh disalurkan kepada mereka bukan sahaja dalam bentuk kewangan, pakaian, dan keperluan harian malah kasih saying yang ikhlas mampu memberi aura positif kepada inidividu yang kita cuba dekati ini. Impak positif program ini dijalankan dapat menjadi teladan kepada masyarakat sekeliling kita agar tidak mengabaikan orang yang lebih tua dan memberi fokus kepada orang muda. Kerana tanpa orang yang lebih tua siapalah kita pada hari ini. Pengalaman dan bakti mereka serta pengorbanan yang mereka lalui telah memberi tempat kepada siapa kita di hari ini.

Aspek kemahiran insaniah yang dapat diperoleh dari program ini ialah kemahiran berkomunikasi. Seperti saya huraikan sebelum ini , program ini banyak membantu saya dan juga mahasiswa lain untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan golongan yang lebih lanjut usianya. Tambahan pula, melalui program ini juga, telah mengajar saya cara membuat perbincangan dengan pihak yang terlibat dan juga ahli-ahli jawatankuasa yang turut terlibat menjayakan program ini. Selain itu , kemahiran dari segi pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah juga termasuk sepanjang program ini berlangsung. Hal ini demikian kerana, pada hari kejadian pihak kami tidak dikhabarkan bahawa terdapat pertindihan program di antara Universiti Teknologi Malaysia dan sebuah organisasi lain. Pada masa ini, setiap mahasiswa perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan setiap slot dalam masa yang diperuntukan kepada kami. Dalam keadaan ini juga mengajar kami erti kemahiran kerja secara berpasukan. Ketua haruslah mengeluarkan arahan yang jelas supaya tindakan lanjut dapat dilaksanakan oleh anak-anak buahnya.

Refleksi Khidmat Komuniti NurEhsan (16)

 

 Saya sebagai ajk makanan,merancang pemilihan makanan untuk komuniti dan kami yang terlibatat. Pada mulanya terdapat persilisihan paham antara kami ajk makanana dalam memilih menu serta memilih catering yang bersesuai. Komuniti yang di maksudkan di sini ialah warga emas.

Berakhirnya program ini saya mendapati sesuatu perlu dilakukan pada diri saya ketika ini, agar apa yang berlaku pada warga emas tersebut tidak berlaku pada ibu bapa saya mahupun keluarga saya amnya. Didikan anak-anak perlu diberikan dengan sempurna pentingnya kasih sayang antara ibu bapa dengan anak-anak. Anak-anak akan merasakan diri mereka disayangi lalu mereka akan melakukan pekara yang sama terhadap ibu bapa mereka ketika mereka tua. Ketika anak-anak masih kecil lagi ibu bapa harus mengingatkan kepada anak-anak mereka bahawa mengabaikan tanggungjawap menjaga ibu bapa ketika mereka tua adalah satu dosa yang amat besar malah dimurkai Allah.

 Kehidupan masyarakat ketika ini adalah tidak mengambil kesah pada hal sekeliling mereka. Tanggapan awal saya amat tepat malah lebih dasyat. Isu medesak yang sering menjadi hangat ditingalkan anak-anak, mengabaikan tanggungjawap mereka malah ada pula yang datang semata mata mahu mengambil bank akaun ibu bapa mereka.

Pengalaman ini benar-benar mengajar saya erti tanggungjawap. Amat terkesan dalam diri ini , malah saya sering diperingat oleh kedua dua orang tua saya tentang pekara seperti ini. Aktiviti yang dijalankan oleh kami tidak terlalu menyentuh isu  ni kerana kami tidak mahu menambahkan lagi luka mereka. Kami sangat mengerti persaan mereka kerana pada tanggapan mereka yang hadir adalah anak mereka tetapi kami yang datang. Sedikit hiburan memadai menghiburkan hati mereka yang lara.

Pada saya puncanya bermula dari ibu bapa itu sendiri. Kemungkinan didikan yang diberikan oleh ibu bapa mereka tidak memadai malah munggkin juga ibu bapa ini mengabaikan tanggungjawap mendidik anak. Pengajaran yang diperoleh ialah didikan yang sempurna serta peringatan mengenai tanggungjawap anak kepada ibu bapa dan tanggungjawap ibu bapa kepada anak-anak. Berdasarkan cerita yang diperolehi dari komuniti ini jadi saya sentiasa menghargai kedua ibu bapa saya . dan merasakan tidak sanggup rasanya saya menghantar ibu bapa saya ke situ berat mata saya menglihatnya.

Cerita-cerita yang diperolehi dari mereka dapat saya sebarkan kepada anak-anak muda pentingnya jaga kedua ibu bapa kita kerean redha  dan berkat ada pada ibu bapa kita.

Tidak banyak yang mampu saya berikan kepada mereka hanyalah ememinta doa dari mereka agar saya tidak melakukan pekara yang sama anak mereka lakukan. 

Aspek yang dapat saya pertingkatkan ialah kemahiran berkomunikasi dengan orang yang lebih berusia dari saya. Tidak mudah menjadikan minda kita berada di tahap mereka dalam memastikan perbualan menjadi tidak hambar.

Selain itu kemahiran ushawan dapat diterapkan dalam diri saya , ini kereana saya terpaksa berurusan dengan pihak luar untuk menempah makanan. Tetapi terlalu rumit pada diri saya. Jadi alhamdulilah saya mendapat pertolongan dari ibu saya untuk menempah makanan. saya berunding harga dengan ibu saya mengenai harga yang sesuai untuk dibayar.

 

~MOHAMAD SHAFRI AMIR BIN MOD SHARIF~

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (14)

 

Saya Amar Rusydi Bin Ismail memegang jawatan sebagai timbalan pengarah semasa mengendalikan program lawatan ke rumah warga emas Nur Ehsan.  Saya juga merupakan wakil pelajar yang menghubungi pihak rumah warga emas Nur Ehsan. Komuniti yang bekerja bersama-sama saya bagi menjayakan program ini merupakan rakan-rakan seksyen. Berdasarkan pemerhatian saya sebagai timbalan pengarah, rakan-rakan yang lain tidak mengetahui bidang tugas masing-masing. Walaupun organisasi jawatankuasa telah dilengkapkan, rakan-rakan saya seperti tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan. Ada segelintir sahaja yang bertanya apa yang perlu dilakukan. Saya juga mengaku bahawa saya juga yang bertanggungjawab atas kelewatan membuat persiapan. Isu yang timbul semasa dan selepas program ialah kepentingan perjumpaan atau meeting. Berdasarkan pemerhatian saya juga rakan-rakan tidak memberikan kerjasama yang penuh bagi menghadiri perjumpaan. Semasa perjumpaan juga terdapat segelintir rakan yang bermain-main dan tidak serius. Saya juga mendapati pengarah juga jarang memberi arahan kepada rakan-rakan yang lain serta kurang jelas penerangannya mengenai program tersebut. Tambahan pula, rakan-rakan juga kurang cakna dengan apa yang dibahaskan semasa perjumpaan dan gemar bertnya serta mengulangi isu yang telah dibincangkan. Sebagai contoh, pada perjumpaan yang terakhir sudah dibincangkan pakaian semasa lawatan, tetapi ada beberapa orang rakan saya telah bertanya soalan yang sama selepas bersurai. Bagi perancangan yang telah dibincangkan bersama, kami telah merancang beberapa aktiviti seperti senaman ringan, aktiviti ice breaking, aktiviti dalam kumpulan dan melukis mural. Tetapi ada beberapa aktiviti yang tidak dapat dijalankan disebabkan masalah teknikal. Saya juga mendapati bahawa keadaan rumah warga emas tersebut juga tidak dapat dijangka kerana semasa survey saya telah pergi ke rumah warga emas yang berbeza. Pada hari kejadian pula, alhamdulillah program telah berjalan dengan lancar walaupun kurang persiapan. Setelah tiba berlaku sedikit masalah apabila rumah warga emas tersebut tidak mempunyai ruang yang cukup untuk melakukan aktiviti. Pada waktu tersebut, bedasarkan pemerhatian saya rakan-rakan bersungguh-sungguh mengendalikan program tersebut dan saya melihat semua berganding bahu bagi menjayakan program tersebut.

 

Selepas program tersebut, saya menyedari bahawa tidak mudah bagi mengendali mahupun menjayakan program. Saya telah mempelajari pelbagai ilmu yang tidak saya ketahui sebelum ini. Nasihat saya kepada diri saya sendiri dan juga rakan-rakan yang ingin mengendalikan program selepas ini ialah perancangan awal. Perancangan awal penting bagi merangka dan juga bagi mendapatkan gambaran program yang akan dijalankan. Kerjasama bersama ahli yang lain juga penting bagi menjayakan program seperti ini.

 

Pada pendapat saya, program seperti ini sangat bagus dan juga telah memberi impak yang sangat besar didalam diri saya. Terdapat banyak pengajaran yang saya perolehi selepas program tersebut. Kebanyakan masyarakat yang telah menghantar ibu dan bapa mereka ke rumah warga emas tersebut merupakan masyarakat yang berpendidikan dan juga yang berkerjaya. Pada pendapat saya, anak-anak mereka tidak mempunyai masa bagi menguruskan orang tua mereka kerana terlalu sibuk dengan kerja. Terdapat juga segelintir warga rumah tersebut murung dan tidak mahu makan kerana ingin bertemu anak-anak mereka. Tetapi apakan daya, warga rumah tersebut hanya mampu berdoa dan menunggu kedatangan anak-anak mereka. Pada pendapat saya tidak salah jika ingin menghantar ibu bapa ke rumah jagaan warga emas tetapi kalau boleh janganlah menjadikan rumah jagaan tersebut sebagai rumah untuk orang tua kita. Mungkin kita sibuk dengan pekerjaan, tetapi jika difikirkan semula ibu bapa kita juga ketika kita kecil juga sibuk dengan pekerjaan.

 

 

Semasa mengendalikan program, terdapat pelbagai kemahiran yang dapat diterapkan serta dapat dipertingkatkan. Pertama ialah kemahiran komunikasi dimana setiap pelajar perlu berkomunikasi dengan warga pusat jagaan. Selain itu juga kemahiran penyelesaian masalah juga dapat dipertingkatkan. Hal ini demikian kerana kami perlu mengubah rancangan aktiviti kerana gambaran yang kami dapati berbeza dengan keadaan sebenar semasa hari kejadian. Kemahiran berpasukan juga merupakan elemen penting bagi menjayakan program ini. Jika tidak bekerja secara berpasukan sudah pasti program ini akan gagal.

 

Rumusan yang dapat saya lakukan terhadapt program ini ialah kerja berpasukan merupakan tiang utama bagi menjayakan sesebuah program. Pada mulanya saya sangat memntigkan diri sendiri dan tidak membahagikan tugas bersama pengarah program sehingglah pada minggu akhir persiapan sebelum berlangsungnya program tersebut. Saya mendapati setiap perkara tidak di selia dengan baik .

 

~Amar Rusydi~

Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (13)

Saya pelajari untuk menyayangi kedua orang tua dan menjaga mereka ketika tua.Selain itu, saya mempelajari untuk melatih diri agar bersabar dalam melayan warga emas.Saya sedar saya mampu berkomunikasi dengan baik dengan warga emas di rumah kebajikan tersebut. Saya rasa sungguh menarik kerana pada mulanya saya begitu risau untuk berkomunikasi dengan orang tua.

Realiti masyarakat sekarang lebih mengejarkan duit dan sanggup meninggalkan ibu bapa mereka di rumah warga emas dengan alasan sibuk bekerja mencari wang. Sedangkan kita patut menjaga mereka kerana mereka ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan kita. Malah,tiada lagi yang dapat menjadi pengganti ibu bapa melainkan yang sedia ada.

 

Pengalaman yang dilalui berbeza dengan tanggapan awal saya. Saya fikirkan rumah kebajikan itu besar seperti balai raya. Namun sangkaan saya meleset,apabila rumah warga emas itu kecil dan terletak di dalam jauh daripada jalan utama.

 

Saya suka melawat rumah warga emas itu kerana saya dapat kenal mereka serta telatah mereka dengan lebih mendalam. Bagi saya ia adalah satu pengalaman yang sangat menarik.

 

Isu yang mendesak dalam komuniti tersebut ialah anak-anak mereka lebih rela meninggalkan ibu bapa mereka di rumah tersebut dan sanggup bayar berapa sahaja yuran yang perlu dibayar untuk ibu bapa mereka menetap di sana. Menurut pengurus rumah tersebut,ada segelintir daripada warga emas di situ dibiarkan terabai di hospital dan ada segelintir yang dibuang oleh anak mereka sendiri sehinggakan menjelang hari raya adilfitri sendiri mereka tidak menjenguk langsung ibu bapa yang mereka tinggalkan di rumah kebajikan tersebut.

 

Aktiviti yang kami jalankan ketika program ada menyentuh isu tersebut. Salah satunya ialah aktiviti ice breaking. Daripada situ saya dan rakan-rakann yang lain mengetahui kisah pahit warga emas yang sudah lama menetap di situ.

 

  1. Impak pengalaman tersebut pada masa hadapan terhadap :
  • Diri : Saya dapat kesedaran untuk menjaga ibu bapa saya sehingga mereka tua dan melatih diri untuk bersabar melayan orang tua kerana sifat mereka yang akan kembali seperti kanak-kanak, sensitif,mudah terasa,dan inginkan perhatian.

 

  • Komuniti : Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan orang tua di rumah kebajikan tersebut.

 

Andaian terhadap punca isu tersebut :

  • Kurang didikan agama
  • Terlalu mengejarkan wang sehingga sanggup menghantar ibu bapa ke rumah orang tua

 

Pengajaran yang saya perolehi daripada pengalaman tersebut :

  • Sentiasa mementingkan ibu bapa dan keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun.
  • Tidak mengabaikan dan melupakan ibu bapa apabila sudah berjaya dan mempunyai kerjaya sendiri.
  • Melayan orang tua dengan sabar dan sopan.

 

Saya mengaplikasikan pengajaran yang saya perolehi terhadap ibu bapa saya. Walaupun sibuk belajar, saya tidak lupa untuk sentiasa menelefon mereka dan pulang ke rumah ketika cuti pertengahan sem, cuti sem atau cuti perayaan.

 

Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut di mana anak-anak yang meninggalkan ibu bapa mereka tanpa berita dan tidak pernah menjenguk sekalipun ibu bapa mereka di rumah warga emas tersebut.

 

Maklumat yang saya boleh kongsikan dengan orang lain adalah tentang keadaan orang tua di rumah warga emas tersebut serta keadaan rumah warga emas yang kecil. Mungkin saya serta rakan-rakan yang lain dapat membantu dengan memberi sumbangan kepada warga rumah orang tua tersebut.

 

Sumbangan yang telah kami berikan pada hari itu adalah beberapa guni beras,tiga kotak pampers,tuala serta tasbih. Pada masa akan datang, mungkin dapat memberikan sumbangan dalam bentuk wang serta pampers untuk mereka.

Sumbangan ini dapat memberikan impak positif kepada masyarakat dengan meringankan beban mereka bukan sahaja dari segi kewangan malah masa dan tenaga pengurus rumah warga emas tersebut.

 

  1. i) kemahiran komunikasi :

 

Program ini dapat mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi ini dengan rakan-rakan, orang tua serta orang luar seperti pengurus rumah warga emas tersebut.

 

  1. ii) Pemikiran kritis dan Kemahiran menyelesaikan masalah :

 

Dapat menyelesaikan masalah secara langsung. Contohnya, ketika di rumah warga emas tersebut, ada beberapa aktiviti tidak dapat dijalankan akibat kekangan masa. Maka dari situ kami membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah ini kerana terdapat perubahan yang perlu dilakukan pada tentatif program.

 

iii) Kemahiran kerja berpasukan :

 

Ahli program dapat menguasai kemahiran kerja berpasukan apabila seluruh ahli program bersatu padu bagi menjayakan program tersebut melalui sikap kerjasama dan toleransi dalam sesuatu unit.

 

  1. vi) Kemahiran kepimpinan dan proaktif :

 

Program ini dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan dengan menubuhkan struktur organisasi dan mengagihkan tugas yang telah ditetapkan. Contohnya selaku pengarah dan ahli jawatankuasa pelaksana program, perlulah bersikap tegas dan proaktif bagi menjayakan sesebuah program.

~Farah Adibah~

 

Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (11)

Pada 21 November 2015 pensyarah dan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS) telah mengadakan satu Projek Komuniti di Rumah Nur Ehsan yang terletak di Kempas, Johor.Penghuni-penghuni Rumah Nur. Ehsan kebanyakkannya terdiri daripada warga emas dan juga orang kelainan upaya(OKU).Pertama sekali saya ingin memanjat kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana saya telah diberi peluang untuk melibatkan diri secara langsung dalam menjayakan Projek Komuniti di Rumah Nur Ehsan. Saya telah diberikan tanggungjawab oleh pengarah projek untuk menjadi ahli jawatankuasa bagi unit makanan. Ini merupakan kali pertama saya diberikan amanah untuk mengendalikan unit makanan dan saya tidak mempunyai sebarang pengalaman sebelum ini. Alhamdulillah setelah mendapat sedikit bimbingan daripada Dr. Akmaliza yang merupakan pensyarah bagi subjek Titas saya dan beberapa rakan yang terlibat dalam unit makanan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul sepanjang mengendalikan unit makanan.

Berikut merupakan laporan yang berkaitan dengan unit makanan.

  1. Sebelum projek dijalankan.

Secara jujurnya tidak banyak tugas yang dilaksanakan sebelum projek dijalankan . Hal ini kerana saya tidak mempunyai sebarang pengalaman  dalam menempah mana-mana katering dan Dr. Akmaliza telah membantu saya dan rakan-rakan lain dengan memberikan contact no. sebuah katering yang berdekatan dengan kawasan di sekitar Kempas.Selepas mendapat maklumat tentang katering tersebut saya terus menghubungi katering tersebut melalui Whatapps  untuk menempah bubur berserta dengan air. Tempahan juga dilakukan dalam tempoh seminggu sebelum projek dijalankan. Selain itu, rakan setugas saya iaitu Amir telah bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan ibunya bagi menyediakan makanan tengahari bagi pensyarah dan juga para pelajar yang terlibat bagi projek komuniti ini. Saya juga telah membuat tempahan sarapan pagi dan juga minuman bagi makan tengahari di Kafe Mak Ngah, Kolej Tun Dr. Ismail(KTDI).

  1. Semasa projek dijalankan.

Antara tugas-tugas yang dilaksanakan semasa projek dijalankan ialah saya berserta        rakan-rakan yang lain telah mengagihkan bubur berserta dengan air kepada penghuni  Rumah Nur Ehsan.

 

  1. Selepas projek dijalankan.

 

Sebelum meninggalkan Rumah Nur Ehsan saya dan ahli jawatankuasa bagi unit makanan telah membersihkan segala sampah-sampah dan juga memastikan persekitaran rumah tersebut berada dalam keadaan bersih dan kemas.Saya juga telah menyerah segala resit-resit yang berkaitan dengan unit makanan kepada bendahari yang bertugas.

Setelah projek komuniti ini berakhir pelbagai pengalaman yang berharga saya dapati. Hal ini disebabkan, saya tidak pernah menyertai apa-apa program yang berkaitan dengan khidmat masyarakat dan saya sangat bersyukur kerana berpeluang untuk melibatkan diri dalam projek komuniti ini. Melalui projek komuniti saya telah membuka mata hati untuk lebih menghargai ibu bapa saya yang telah banyak berkorban masa, keringat dan juga wang ringgit. Kasih sayang meraka curahkan kepada saya sejak saya dilahirkan, sangat besar nilainya dan saya tidak akan mampu untuk membalas jaya meraka. Perasan dan tanggapan pertama apabila saya sampai di Rumah Nur Ehsan ternyata berbeza dengan apa yang saya bayangkan. Saya tidak menyangka yang di sekitar kawasan perumahan di kawasan Kempas terdapat sebuah rumah yang menempatkan warga emas dan juga orang yang tidak sempurna sifatnya. Hati saya sangat tersentuh apabila pengurus Rumah Nur Ehsan menceritakan serba sedikit tentang latar belakang penghuni-penghuni disitu, bagaimana tergamaknya seorang anak meninggalkan ibu kandungnya pada hari raya di rumah tersebut. Terdapat juga segelintir anak-anaknya yang rela membayar upah untuk menjaga ibu mereka akibat kesibukan kerja.

Berdasarkan kisah-kisah yang diceritakan oleh pengurus tersebut dan juga pemerhatian saya, antara pengajaran yang saya dapat teladani ialah hargai dan sayangi ibu bapa kita selagi meraka masih hidup dan sangat rugi jika kita mensia-siakan meraka kerana apabila meraka sudah tiada apa yang kita lakukan sudah tidak bermakna lagi. Bagi yang beragama Islam, restu ibu bapa kita sangat penting supaya hidup kita sentiasa diberkati Allah.

Sepanjang saya melibatkan diri dalam projek komuniti, terdapat beberapa kemahiran yang telah saya pelajari secara tidak langsung antaranya ialah kemahiran kerja berpasukan. Saya telah belajar cara-cara untuk berkerja secara berkumpulan dan membuat keputusan berdasarkan kata sepakat daripada ahli kumpulan.Saya juga harus bersikap sabar dan bertolenrasi antara ahli kumpulan jika terdapat sebarang percanggahan pendapat. Selain itu, saya juga dapat memantapkan kemahiran komunikasi saya. Hal ini kerana, saya perlu berhubung dengan orang luar selain daripada rakan saya semasa membuat tempahan makanan. Melalui projek komuniti ini juga saya dapat berkomunikasi secara langsung dengan rakan sekelas saya yang saya tidak pernah tegur apabila di kelas. Akhir kata, saya berharap saya berpeluang untuk melibatkan diri secara langsung dalam program-program yang berkaitan dengan khidmat masyarakat kerana saya dapat keluar daripada zon selesa dan juga dapat membuka minda saya supaya berfikir diluar kotak.

 

~Nurul Syuhada Imani~ 

 

 

Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (10)

Saya merupakan Ajk dan ditugaskan sebagai pengara majlis sebelum dan selepas aktiviti khidmat komuniti yang telah dijalankan di Rumah Warga Emas Nur Ehsan. Sebelum bermula program ini, saya tidak mempunyai banyak kerja namun saya telah ditugaskan menyediakan skrip untuk pengacara majlis rasmi iaitu diri saya dan pengarah iaitu saudara zarif. Saya juga telah menghadiri semua perjumpaan yang dilakukan sebelum program yang dijalan untuk mendengar aktiviti yang patut dilakukan semasa program tersebut dijalankan. Semasa waktu program berjalankan saya telah bertugas sebagai pengacara majlis rasmi sahaja. Disebabkan kekangan masa dan ketiadaan penyelia iaitu En Salleh namun, majlis tersebut dapat berjalan dengan lancar dengan ucapan yang diberikan oleh pengarah program dan pembantu penyelia iaitu Pn Hanim. Selepas majlis pembukaan dijalankan, aktiviti sua kenal berjalan. Namun, aktiviti itu berjalankan tidak mendapat sambutan disebabkan keganjilan yang diwujudkan di antara pelajar dengan warga emas di sana. Namun, aktiviti seterusnya iaitu aktiviti membuat origami telah mendapat sambutan baik dan dapat melihat warga emas kelihatan ceria ketika membuat origami.

Selepas berakhirnya lawatan ke Rumah Warga Emas Nur Ehsan, saya telah memperolehi banyak pengalaman yang baru. Hal ini kerana lawatan merupakan anjakan yang pertama bagi saya melawat ke rumah warga emas. Banyak perkara yang telah saya pelajari ketika menjalankan khidmat komuniti ini. Warga emas di Rumah Warga Emas Nur Ehsan telah banyak berkongsi pengalaman mereka terhadap saya. Mereka sememangnya mempunyai banyak pengalaman yang banyak berbanding diri saya. Segala dugaan dan cubaan dunia ini banyak mereka kongsikan bersama saya dan ahli rakan yang lain. Semasa lawatan tersebut, saya dapat menyedari tentang diri saya yang tidak sedar. Antaranya ialah saya dapat bercakap dengan mereka tanpa rasa segan silu. Hal ini kerana sebelum bermulanya aktiviti sua kenal, saya telah diberi tugas sebagai pengacara majlis. Namun, saya tidak dapat berbicara dengan lancar ketika berlangsung majlis. Semasa lawatan tersebut, saya mendapati banyak perkara yang menarik perhatian saya dan juga menyebabkan saya gembira melihat telatah warga emas di sana bergembira ketika waktu acara pertandingan ‘origami’ yang di anjurkan oleh saudara kassim dan juga telatah pengacara Haris yang membuat suasana menjadi meriah.

‘Apakah perlu kita meninggalkan orang tua ke rumah warga emas untuk mengelakkan tanggungjawab kita menjaga mereka?’ persoalan ini telah saya banyak soalkan terhadap diri saya apabila saya melawat rumah warga emas tersebut. Banyak warga emas menetap disana telah ditinggalkan oleh anak-anak mereka. ‘Tidakkah mereka walaupun seskali ingin menjaga orang tua mereka?’

 

Program ini telah menyedarkan saya agar lebih menyayangi ibu bapa kita semasa mereka sudah tidak berdaya lagi. Apabila saya sudah mempunyai pekerjaan, saya akan berusaha untuk tidak mengabaikan ibu bapa saya dan menjaga mereka. Mereka patut dibalas dengan penuh kasih sayang kerana merekalah saya dapat berdiri di posisi ini. Ibu bapa merupakan tanggungjawab kita sendiri.

Terhadap komuniti, ingatlah siapa yang menjaga kamu semasa kamu kecil. Sudah pasti ibu bapa yang menjaga kamu. Salah ke? Kalau kita sendiri yang membalas jasa mereka dengan menjaga mereka sepenuhnya ketika mereka sudah tidak bermaya. Kita harus fikir perasaan ibu bapa kita sendiri sebelum membuat keputusan untuk menghantar ker rumah orang tua.

 

  1. ASPEK KEMAHIRAN INSANIAH YANG SAYA DAPAT PERTINGKATKAN
  2. Kemahiran Komunikasi

Melalui program ini, saya dapat mempertingkatkan lagi keberanian bercakap di depan orang ramai. Tugas sebagai pengacara majlis banyak memberi saya pengalaman mengenai keberanian dan keyakinan ketika bercakap di depan orang ramai.

 

  1. Kemahiran Kerja Berpasukan

Sebelum bermula aktiviti, kerja berpasukan agak kurang kerana ketidakpuasan ramai pihak. Namun, semasa program, kerjasama antara pelajar nampak semakin meningkat kerana kami ingin memberikan pengalaman yang manis buat warga emas di sana.

 

  1. Etika Dan Integriti

Program ini banyak mengajar saya menghormati orang lebih tua dan bersabar menghadapi kerenah orang.

 

~Muhammad Shahrul Nizam~

Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (8)

 

  1. GERAKAN KERJA SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS

Gerakan kerja sebelum kami tidak berjalan seperti apa yang diharapkan. Semua jawatankuasa masih lagi terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya sendiri sebagai jawatankuasa tugas-tugas khas juga tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana ketua jawatankuasa tugas-tugas khas Muhamad Luqman bin Nizam menarik diri daripada program ini atas hal tertentu. Selepas penambahan ahli baru dalam jawatankuasa tugas-tugas khas , barulah saya tahu tugas apa yang perlu saya lakukan. Tugas saya sewaktu sebelum program tersebut adalah mendapatkan kamera DSLR. Saya cuba dapat kan kamera tersebut daripada persatuan-persatuan dan rakan-rakan namun gagal.

Sewaktu program itu berlangsung, kami dalam tidak tahu apa yang dilakukan kerana keadaan di rumah orang tua tersebut tidak seperti yang dijangkakan. Namun, kami jalankan tugas-tugas yang perlu dilakukan seperti yang dirancang. Kami juga mengalami masalah lain iaitu kamera yang dipinjam perlu dicaj baterinya kerana bateri kamera tersebut dalam keadaan lemah. Kami berjaya  menyelasaikan masalah tersebut dengan sebaik mungkin. Tugas kami pada hari tersebut adalah menangkap gambar, menyediakan montaj dan membantu jawatankuasa lain yang memerlukan bantuan dalam melakukan tugas-tugas mereka. Gerakan sewaktu program itu berlangsung berjalan dengan lancer.

Selepas selesai program tersebut,tugas kami adalah mengembalikan alatan yang dipinjam daripada fakulti tamadun islam. Alatan-alatan tersebut berjaya dikembalikan seperti sewaktu dipinjam dan tiada kerosakan pada alatan-alatan tersebut.

 

 

  1. APA YANG SAYA PELAJARI DAN SEDARI TENTANG DIRI SENDIRI

Apa yang telah saya pelajari daripada program ini adalah banyakkan bersabar dalam menghadapi apa jua situasi yang mendatang. Dalam program ini, saya perlu bersabar dengan karenah sesetengah  ahli jawatankuasa lain yang mementingkan diri sendiri. Saya juga perlu bersabar melayan karenah orang tua kerana sesetang daripada mereka sudah nyanyuk dan tidak mahu bercakap. Seterusnya, daripada program ini saya sedar bekerja dalam berkumpulan jauh lebih baik berbanding bekerja sendiri.

 

 

  1. APA YANG SAYA BELAJAR MENGENAI REALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT

Apa yang saya pelajari mengenai reality kehidupan masyarakat  daripada progam ini adalah rumah orang tua bukanlah tempat bagi orang tua yang ditinggalkan oleh anak-anak mereka dan tempat bagi orang tua yang tiada pergantungan hidup, namun sesetengah daripada orang tua disitu ditinggalkan sementara di rumah orang tua tersebut kerana pergi bekerja. Sesetengah masyarakat meninggalkan ibu bapa mereka di rumah orang tua sewaktu pergi bekerja dan mengambil kembali pada waktu petang dan membayar sedikit yuran untuk menjaga makan minum ibu bapa sewaktu di sana. Tindakan ini jauh lebih baik berbanding meninggalkan ibu bapa bersendirian di rumah sewaktu anak-anak pergi bekerja yang tidak terjamin keselamatan dan makan minum mereka.

Namun , ada sesetengah masyarakat yang tidak mengenang jasa pengorbanan ibu bapa mereka dengan meninggalkan ibu bapa mereka di pusat jagaan orang tua. Sikap ini perlu dihalang agar ianya tidak menjadi kebiasaan dalam kehidupan masyarakat.

 

  1. IMPAK PENGALAMAN TERSEBUT PADA MASA HADAPAN TERHADAP DIRI DAN KOMUNITI

Apa yang saya dapat ialah saya lebih menghargai kedua ibu bapa saya dan saya tidak mahu kedua ibu bapa saya berada disitu. Saya akan berusaha untuk mencari jalan untuk menjaga mereka sendiri walaupun saya sibuk bekerja. Walaupun tidak semua orang tua disitu dipaksa untuk masuk disitu, tetapi hampir kesemuanya merasa disisihkan dan tidak mendapat kasih sayang yang sepenuhnya oleh anak mereka.

Harapan saya bagi masyarakat komuniti adalah saya berharap masyrakat dapat memberi sedikit sumbangan kepada rumah-rumah orang tua di Malaysia kerana mereka memerlukan bantuan kewangan yang banyak. Saya juga berharap program seperti ini dapat dilakukan lagi kerana ianya dapat memberi impak kepada diri sendiri dan kepada orang tua yang dilawati.

 

 


 

  1. ASPEK KEMAHIRAN INSANIAH YANG SAYA DAPAT PERTINGKATKAN

 

 

  • Kemahiran komunikasi

 

-melalui program ini saya dapat berintaksi dengan masyarakat dengan lebih lancar walaupun sebelum ini saya sedikit malu-malu jika berhadapan dengan orang yang tidak dikenali.

-program ini juga mengajar saya komunikasi amat penting dalam sesebuah program.

 

 

  • Kemahiran kerja berpasukan

 

-apabila sesebuah program dijalankan, kerja berpasukan amat penting supaya semua kerja dilakukan berjalan dengan lancar. Melalui program ini, saya dan peserta-peserta lain dapat tingkatkan kemahiran kerja berpasukan kerana pada awalnya program ini akan gagal kerana kerja berpasukan antara peserta amat teruk. Namun ,setelah beberapa kali diadakan mesyuarat , sikap kerja berpasukan itu dapat ditingkatkan.

 

  • Etika dan integriti

-Pengalaman ini juga mengajar saya untuk menghormat orang yang lebih tua daripada saya. Kisah kisah yang mereka ceritakan kepada kami juga dapat memberikan pengajaran kepada kami supaya sentiasa menghormati dan menyayangi kedua ibu bapa kita. Kita sebagai anak juga perlu menjalankan tanggungjawab kepada mereka walaupun sesibuk mana kita sekalipun. Jangan pernah menyakiti hati mereka kerana mereka lah yang telah menjaga kita daripada kecil hinggalah besar.

 

~Muhammad Asyraf Awa

Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (5)

Pada 21 November 2015, kami pelajar dari seksyen 37 Tamadun Islam dan Asia Tenggara UICI1012 telah mengadakan program amal Helping Hands UTM-Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan.

Saya memainkan peranan sebagai AJK aktiviti bagi aktiviti “Ice Breaking” dengan tujuan untuk memastikan perjalanan program yang melibatkan pelajar bersama penghuni rumah jagaan tersebut berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah dari segi komunikasi, pergaulan, dan kerjasama serta tanpa wujud rasa janggal antara pelajar dan warga emas semasa melakukan aktiviti bersama. Bagi gerakerja sebelum, saya bersama rakan saya yang turut berperanan sebagai AJK aktivi bagi aktiviti “Ice Breaking” telah membincangkan beberapa aktiviti sesi berkenalan dalam kumpulan yang melibatkan aktiviti sampingan yang menarik seperti melilitkan benang pada jari ahli kumpulan yang sedang memperkenalkan diri dan benang tersebut akan bergerak kepada ahli kumpulan yang bertentangan dimana hasilnya akan membentuk “web” yang menarik dan aktiviti yang melibatkan beberapa jenis warna gula-gula dimana ahli kumpulan akan memperkenalkan diri dari segi tertentu seperti nama, umur, tempat asal, hobi, dan sebagainya berdasarkan warna gula-gula yang diberikan.

Memandangkan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan terdiri daripada warga emas dan bekas penghuni Hospital Bahagia Tampoi, maka kami merancang pembahagian dibuat berdasaPembahagian kumpulan sepatutnya melibatkan pelajar dan warga emas dari jantina yang sama atas nasihat daripada Dr. Akmaliza.        Walaubagaimanapun, pembahagian kumpulan tidak dapat dilakukan sebelum aktiviti kerana usaha kami untuk medapatkan senarai nama mereka yang terlibat gagal. Kemudian, saya bercadang untuk membahagikan kumpulan semasa aktiviti kerana aktiviti ini tidak melibatkan kumpulan yang besar. Bagi gerakerja semasa, masalah besar timbul yang melibatkan pembahagian kumpulan dimana warga emas yang terlibat dalam program ini kesemuanya adalah golongan wanita, tetapi pembahagian kumpulan tetap dijalankan mengikut keadaan dan kedudukan kumpulan warga emas di situ. Aktiviti bagi slot “Ice Breaking” pula tidak dapat dijalankan kerana kesuntukan masa. Gerakerja selepas tidak melibatkan banyak aktiviti dan kami dari pihak AJK aktiviti hanya membantu dari segi tenaga kerja seperti mengangkat barang.

Selepas program berakhir, saya tidak pelajari apa-apa perkara baru atau menarik mengenai diri saya. Saya cuma yakin bahawa saya telah memberikan komitmen saya kepada program ini dan menjalankan tanggungjawab saya.

Saya tidak pelajari banyak mengenai realiti kehidupan masyarakat melalui program ini kerana sifat manusia yang tidak menghargai akan manusia sekitarnya yang telah banyak berkorban untuknya adalah sering berlaku lebih-lebih lagi apabila mereka tidak lagi memerlukan pertolongan daripada golongan tersebut tidak kiralah ibubapa atau adik-beradik. Walaubagaimanapun, pengalaman yang saya dapat dari program ini adalah amat bernilai.

Budaya meletakkan ibubapa di bawah jagaan rumah warga tua ini  berlaku kerana manusia ini merupakan golongan yang mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kesenangan dan keselesaan hidup di dunia sehingga lupa akan asas kehidupan sebagai seorang manusia iaitu sifat berperikemanusiaan. Memang benar menajaga golongan yang tua itu susah dan payah apatah lagi apabila mereka berpenyakit, tetapi sifat berperikemanusiaan dalam diri itulah yang menentukan si anak akan terus menjaga ibubapanya yang tua atau tidak menjaga mereka. Bagi saya, sebagai seorang anak, kita haruslah menjaga ibubapa kita sehinggalah meraka tua lebih-lebih lagi apabila meraka dalam keadaan yang tidak mampu. Pada umur mereka dan keadaan mereka yang bergitu, kebarangkalian untuk dipanggil oleh Allah itu adalah tinggi. Sebagai seorang anak, lalukanlah pengorbanan yang terakhir untuk menjaga mereka supaya mereka tidak menyesal hidup di muka bumi ini pada umur mereka dan keadaan mereka yang bergitu. Pada pendapat saya, lupakan atau ketepikan kesengan dunia itu buat sementara waktu demi memberi laluan kepada ibubapa kita lebih-lebih lagi yang sedang tenat supaya sisa-sisa hidup mereka dihabiskan bersama anak-anak.

Aspek kemahiran yang saya dapat pertingkatkan ialah dari segi pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah kerana saya berjaya menyelesaikan masalah pembahagian kumpulan semasa program tersebut berjalan walaupon pembahagian kumpulan ini merupakan asas atau permulaan supaya program tersebut dapat berjalan ke peringkat atau slot yang seterusnya tanpa sebarang senarai nama atau bantuan dari pihak jagaan tersebut.

 

~Ikmal~

Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (3)

Sebelum gerakerja,saya sebagai ahli jawatankuasa dokumentasi dan tugas khas dan ahli jawatankusasa lain telah mewakili section kami untuk mengkaji dan melawat rumah warga emas .Kajian ini turut diikuti oleh pensyarah kami, Dr Akmaliza. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji dan mengenal rumah warga emas sebelum merancang lawatan. Dalam kajian, kami telah menjumpai pengurus rumah warga emas, Pak Leh. Kami telah berbincang dan meminta kebenaran untuk mengadakan lawatan ini. Pak Leh telah mengenalkan kami situasi rumah warga Emas Nur Ehsan. Kami turut berbincang perkara yang sesuai dan tidak sesuai untuk warga emas. Sebagai contoh, makanan yang disediakan adalah lembut dan senaman lebih baik dijalankan di atas kerusi sahaja. Kami turut mengenal pasti peralatan yang perlu kami membawa sendiri. Pak Leh turut berkongsi kami banyak kisah dan cerita yang berkaitan dengan warga emas. Pak Leh telah  mengajar kami jangan terlupa jasa ibu bapa dan jangan  membuang mereka atas alasan kerja. Saya juga berasa kami harus menghargai jasa ibu bapa.

Selepas kajian,kami membawa bahan-bahan yanng diperolehi ke kelas untuk merancang lawatan dengan teliti. Selepas perbincangan,tugasan saya adalah bergambar dan menyediakan mortaj sebelum tamat program pada hari itu. Saya jaga bertugas untuk meminjam peralatan yang diperlukan dari Fakulti Tamadun Islam dan Asia. Dengan ini, saya dapat mempelajari cara dan prosedure yang formal untuk meminjam peralatan.Saya dapat meminjam peralatan yang deperlukan dalam masa seminggu dan berjaya berkoordinate dengan pengurus IT dengan bantuan dari pensyarah. Barang dan peralatan juga dapat disediakan sebelum bertolak dari universiti pada hari itu. Tetapi tidak disangkakan, kamera yang dipinjam tidak mempunyai bateri yang cukup dan keadaan yang amat risau sebelum bertolak.

Pada hari lawatan, saya bertugas bergambar semua aktiviti yang dijalankan. Dari pemerhatian, kebanyakkan warga emas tidak aktif dan pendiam pada mulanya.Tetapi,semua warga memberi kerjasama yang tinggi semasa aktiviti. Mereka suka berkongsi kisah mereka dengan kami tanpa ketakutan. Dari sesi sharing moment, saya dapat mendapati sebenarnya mereka bukan tiada anak, malahan ada sesetengah warga emas mempunyai anak yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Kerana kesibukan, anak mereka meletakkan mereka di warga emas ini. Semua warga emas. Dengan itu, kami dapat mengetahui keadaan masyarakat yang mementing kerjaya dan sampai mengabaikan ibu bapa yang membawa mereka sampai berjaya.Nilai murni yang didapati adalah semua orang tidak harus mentingkan kepentingan diri dan bersikap tidak nilai murni. Walaubagaimana pun, terdapat juga warga emas yang pendiam sepanjang program. Kemungkinan mereka berasa tidak disayangi oleh anak dan seterusnya bersikap pendiam. Tetapi semua warga bersenyum dan gembira sebelum kami bertinggal.Oleh itu, masyarakat hari ini sepatutnya sentiasa meluangkan masa untuk bersama ibu bapa. Masyarakat juga perlu menjalankan banyak aktiviti kasih sayang untuk memberi kasih sayang kepada warga masyarakat yang diperlukan.

Selepas gerakerja, kami telah berkumpul semula untuk menjalankan refleksi program helping hand rumah warga emas Nur Ehsan.Refleksi merupakan sesuatu prosedure yang penting walaupun program telah dijalankan. Kami berkongsi semua pengalaman yang diperolehi dalam program ini. Kami turut mengenalkan pasti kelemahan kami dalam program ini dan konflik yang dilakukan. Kami turut memberi cadangan yang baik untuk mempertingkatan lagi jika mengadakan program pada masa depan.

 

Selepas program ini, saya telah menjadi lebih mementingkan perhubungan dengan ibu bapa. Walau saya sibuk dengan akademik, tetapi saya meluangkan masa untuk menelefon mereka. Ibu bapa sangat berkasih sayang dengan kami, kami harus sentiasa berkasih sayang mereka.Selain itu, saya turut mengetahui masyarakat ini perlu kami memberi kasih sayang dengan program ini.Tambahan pula,saya turut belajar bersabar dan bekerjasama dalam pasukan. Program akan berjaya hanya kerjasama dan tolok ansur antara semua ahli.

Dengan program ini, saya dapat mengenai masyarakat hari ini terlalu mementingkan materialistik dan kurang menjaga hubungan antara ibu bapa. Sikap mereka yang membuang ibu bapa suka hati atas alasan kesibukan telah menyebabkan masyarakat tidak kasih sayang pada hari ini. Sebelum program ini, saya menganggap masyarakat malaysia tidak terlalu mengabaikan ibu bapa.Tetapi amat sedih terdapat banyak warga emas yang tinggal di rumah warga emas dan bilangan masih meningkat. Saya amat menghargai pensyarah Dr Akmaliza merancang program ini dan saya dapat belajar banyak nilai murni.Program ini menyentuh isu course TITAS, iaitu hubungan antara masyarakat.

 

~Jung Ho Zhao~

Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (2)

Pada 21 November 2015, TITAS seksyen 37 telah mengadakan lawatan ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan.

 

Untuk menjayakan program ini, ahli-ahli seksyen 37 telah memainkan peranan masing-masing dengan sepenuh hati. Saya dan Han Xin Hui bertanggungjawab untuk menyediakan cenderahati untuk warga-warga emas. Walaupun saya mempunyai pengalaman dalam menyediakan cenderahati untuk program-program sewaktu sekolah menengah, tetapi untuk kali ini, saya dan ahli unit saya, Han turut tidak memandang ringan tanggungjawab ini. Ini disebabkan rumah warga emas yang akan kami melawat adalah rumah warga emas muslim. Kami perlu mempertimbangkan banyak aspek semasa penyediaan. Kami perlu memikir cenderahati yang sesuai untuk warga emas dan turut harga cenderahati yang dalam bajet unit kami. Akhirnya kami mengambil keputusan membeli tuala kecil untuk warga emas. Kami mencari maklumat dari internet bersama-sama. Untuk mendapat harga yang lebih rendah, kami mengambil keputusan untuk membeli tuala kecil daripada pemborong. Beberapa hari sebelum lawatan, akibat budjet yang mencukupi, kami menerima cadangan ahli-ahli yang lain untuk membeli tasbih untuk warga-warga emas sebagai cenderahati lawatan ini juga. Dua hari sebelum lawatan, saya dan Han telah bertolak untuk membeli cenderahati. Kami pergi ke kedai yang menawarkan perkhidmatan membuat plakat yang terletak di Taman Universiti untuk menempah plakat. Selepas itu, kami pergi ke kedai Mr.DIY dalam U-Mall untuk membanding harga tuala kecil yang dijual di situ dengan harga yang ditawarkan oleh pemborong. Selepas mengenalpasti harga pemborong lebih murah, kami terus mencari tasbih yang dijual dalam U-Mall. Akibat harga tasbih yang dijual oleh kedai-kedai U-Mall telah melebihi budjet kami, kami mengambil keputusan bertolak ke Syarikat Perniagaan Tong Seng yang terletak Bandar Baru Permas Jaya. Selepas membeli tuala kecil, kami pergi ke Mydin yang terletak di Taman Rinting untuk membeli tasbih. Proses membeli tasbih merupakan pengalaman yang amat istimewa bagi saya dan Han. Untuk menjimat masa, kami terus tanya pekerja hypermarket Mydin lokasi meletak tasbih. Selepas itu, kami telah menggunakan masa yang panjang untuk memilih tasbih. Akibat perbezaan agama dan kepelbagaian jenis tasbih di depan kami, kami tidak tahu tasbih yang mana patut kami beli. Oleh itu, kami tanya pendapatan pensyarah kami supaya dapat membeli tasbih yang sesuai untuk waarga emas. Semasa memilih tasbih, kewujudan kami telah manarik perhatian pekerja-pekerja di situ kerana agama kami. Seorang pekerja lebih berumur pula menjeling kami semasa kami sedang memilih tasbih, kemungkinan dia anggap kami menganggap tasbih sebagai barang hiasan. Walau bagaimanapun, pengalaman ini menyebabkan kami memahami kegunaan tasbih. Selepas itu, kami mengira budget yang tinggal dan mengambil keputusan untuk membeli kotak-kotak kecil untuk memasukkan tuala kecil dan beg kecil untuk memasukkan tasbih.

 

Pada 21 November pagi, ahli-ahli seksyen 37 termasuklah pensyarah kami berkumpul di Mak Ngah. Selepas makan sarapan pagi, kami bertolak ke Rumah Warga Emas Nur Ehsan dengan menaik bas. Apabila tiba di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, saya berasa terkejut apabila melihat keadaan dan sekililing Nur Ehsan. Persekitaran Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan amat berbeza dengan rumah orang tua yang pernah saya lawati. Ahli-ahli seksyen 37 dan pensyarah memberi salam kepada warga-warga emas. Aktiviti ice-breaking telah bermula, ahli-ahli seksyen 37 telah dibahagikan kepada beberapa kelompok untuk berbual-bual dengan warga-warga emas. Saya, Izyan dan Liyana berbual dengan seorang warga emas yang berbaring. Selepas itu, Kassim telah memimpin semua orang menjalankan aktiviti senamrobik. Senamrobik yang disediakan adalah mudah dan tidak memerlukan tenaga yang banyak atas pertimbangan kebanyakan warga emas tidak berdaya dan telah uzur. Ahli-ahli seksyen 37 telah menyediakan aktiviti melukis atas kertas-kertas warna dan melipat origami. Ahli-ahli seksyen 37 mengajar warga-warga emas melipat origami. Semua orang menjalankan aktiviti-aktiviti sambil berbual-bual. Warga-warga emas turut berpantun dan mereka yang berpantun dan melukis dengan baik diberi hadiah. Mereka yang mendapat hadiah senyum dengan gembira seperti kanak-kanak yang mendapat gula-gula. Bubur ayam turut disediakan untuk warga-warga emas. Saya berasa puas hati gembira melihat warga-warga emas makan dengan gembira. Beberapa ahli seksyen 37 menyuap warga emas yang tidak berdaya dengan prihatin. Selepas itu ialah sesi memberi cenderahati, ahli-ahli seksyen mengagihkan cenderahati kepada warga-warga emas. Semua orang menghayati video pendek yang merekod detik-detik ahli-ahli seksyen 37 dengan warga-warga emas yang disediakan oleh Ryan. Sebelum meninggal Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, semua orang menangkap gambar bersama-sama sebagai kenangan. Program ini diakhiri pada kira-kira pukul 12 tengah hari. Selepas balik ke UTM, ahli-ahli seksyen 37 mendapat bungkusan makanan sebagai tengah hari.

 

Sebenarnya semasa mengetahui seksyen 37 mengambil keputusan untuk mengadakan lawatan ke Rumah Warga Emas Nur Ehsan, perasaan saya pada masa itu agak keliru. Dalam satu tangan, saya berasa gembira kerana dapat menyumbang kepada komuniti yang memerlukan kasih sayang tetapi pada masa yang sama dalam hati saya mempunyai kebimbangan. Saya bimbang bahawa aktiviti seperti ini bukan mendatangkan perasaan kasih sayang kepada orang tua sebaliknya lebih kepada mendatang perasaan belas kasihan kepada warga-warga emas. Belas kasihan daripada orang lain cuma akan melemahkan keadaan mental mereka dengan rasa dirinya tidak berguna lagi atau menanam perasaan rendah diri dalam hati. Saya membimbangkan bahawa warga-warga emas akan menganggap kedatangan kami cuma kerana mempunyai perasaan belas kasihan terhadap mereka dan ini akan menyinggung perasaan mereka atau menimbul perasaan ketidakselesaan. Saya turut bimbang bahawa lawatan kami cuma akan membawa perasaan gembira yang sementara kepada mereka dan perasaan kecewaan yang dalam akan menganti perasaan gembira yang sementara itu selepas kami balik. Jadi, mungkin lawatan ini akan membawa perasaan kekecewaan kepada mereka secara tidak langsung.

 

Selepas lawatan ini, saya telah mengubah fikiran saya. Apabila saya melihat senyuman yang meliputi air muka warga-warga emas yang sunyi itu, saya menyedari kebimbangan saya adalah lebih. Walaupun lawatan kami akan membawa kecewaan kepada mereka, tetapi kegembiraan yang pernah mereka merasai kerana kedatangan kami tidak akan lenyap bersama ketinggalan kami. Perasaan kesunyian yang mereka alami dapatlah disembuhkan dengan lawatan kami yang mengingatkan mereka bahawa mereka bukan golongan yang dipinggir dan dilupai oleh masyarakat tetapi golongan masih diambilberat. Senyuman yang berhinggap pada muka mereka sehingga ke ketamatan lawatan ini telah membuktikan lawatan kami telah membawa kegembiraan kepada mereka. Bagi saya, ini merupakan objektif utama lawatan ini diadakan.

 

Semasa tingkatan enam, saya merupakan ahli pembimbing rakan sebaya dari unit bimbingan kaunselling. Saya pernah menyertai Program Bersamamu Warga Emas yang melawat ke Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor. Persekitaran and kemudahan Rumah Seri Kenangan Cheras amat selesa dan sempurna. Kawasan Rumah Seri Kenangan Cheras turut amat luas. Warga-warga emas di situ kebanyakan masih aktif. Rumah warga Emas Nur Ehsan pula tidak mempunyai kemudahan yang sempurna dan sekitar yang baik, keadaan warga emas di situ lebih uzur dan tidak berdaya. Pengalaman melawat ke Rumah Seri Kenangan Cheras amat berbeza dengan pengalaman melawat ke Rumah Warga Emas Nur Ehsan. Terdapat kejurangan yang amat besar antara kedua-dua rumah orang tua ini.   Menghantar ibu-bapa ke pusat jagaan telah semakin menjadi “trend” masa kini. Fenomena ini amat menyedihkan. Isu ini haruslah dipandang berat oleh masyarakat hari ini. Ibu bapa telah membesarkan anak dengan bersusah payah. Mereka memberi segala yang terbaik kepada anak-anak mereka tetapi akhirnya mendapat anak menghantar mereka ke pusat jagaan semasa mereka telah uzur sebagai balasan. Lawatan ke pusat jagaan diharapkan dapat menyedarkan pemuda-pemuda hari ini supaya tidak melayan ibu bapa begini masa depan. Pekerja-pekerja yang bekerja di pusat jagaan dan sukarela yang rela menyumbang kepada warga emas tanpa mngharapkan balasan amat dikagumi. Mereka yang menjaga warga-warga emas dengan teliti, prihatin dan memberi kesabaran sepanjang masa haruslah dihargai dan mendapat penghormatan dari masyarakat kerana mereka seolah-olahnya memikul tanggungjawab yang seharusnya dijalankan oleh anak warga-warga emas.

 

Antara aspek-aspek kemahiran insaniah yang saya dapat pertingkatkan melalui program ini ialah kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran kerja berpasukan. Sepanjang masa penyediaan, saya dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan seksyen 37 dengan kerap. Untuk menjayakan program ini semua unit kerap berkomunikasi dan mengadakan mesyuarat. Bukan itu sahaja, unit cenderahati turut perlu berkomunikasi dengan unit aktiviti untuk mengambil keputusan apa perlu dibeli. Unit cenderahati juga berkomunikasi unit yang lain untuk menetapkan masa pengedaran cenderahati. Selain itu, program ini telah pertingkatkan  pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Saya dan Han telah mengambil keputusan untuk membeli tuala yang letak dalam bekas yang berbentuk “love” semasa melayari laman web pemborong tuala tersebut tetapi pada hari membeli cenderahati, pihak pemborong memberitahu kami bahawa tuala dan bekas itu tidak dijual lagi. Untuk mengatasi masalah ini, saya dan Han berbincang dan mengambil keputusan untuk memilih tuala lain yang tanpa bekas. Kemudian, kami membelikan kotak kecil untuk memasukkan tuala-tuala. Akhir sekali ialah kemahiran kerja berpasukan. Saya dan Han telah meluangkan masa untuk merancang dan mencari maklumat bersama-sama. Sebelum membuat keputusan kami akan berbincang dengan satu sama lain untuk mengeluarkan keputusan yang terbaik. Kami turut mengagihkan kerja-kerja yang perlu dibuatkan.

~Chik Wen Xin~

UTM Open Day