

Usuluddin, Islamic Civilization, Malay World and Civilization, Women Studies, Islamic Tourism
Lumrah manusia biasa melakukan dosa. Kita bukan para nabi yang ma’sum, terpelihara daripada berbuat dosa. Yang penting kita mempunyai hati yang hidup. Yang ada rasa gementar, ada rasa takut, ada rasa bersalah jika berdosa. Sama ada dosa yang sengaja atau tidak sengaja, yang zahir atau yang batin, yang diketahui atau yang tidak diketahui. Yang penting kita segera dan sentiasa beristighfar. Bertaubat dengan sebenar-benar tekad untuk tidak mengulanginya. Mengharap dengan sebenar-benar harap daripada Yang Maha Pengampun.
Walaupun hari ini masih dalam mood cuti Tahun Baru Cina dan agak sibuk dengan tugas menyiapkan markah pelajar, saya tidak melepaskan peluang untuk mendaftar dan menyertai Webminar Kaunseling: Bengkel Asas Kaunseling anjuran Persatuan Kaunseling Syarie (PAKSI). Hasrat untuk belajar kaunseling secara formal memang dah lama ada, kalau boleh nak ambik masters dalam bidang kaunseling. Cuma belum kesampaian. Almaklum sebagai ustazah, menerima panggilan meminta khidmat nasihat, jadi tempat mengadu masalah adalah perkara biasa. Dengan skil kaunseling, setidak-tidaknya ada panduan sistematik yang boleh diikut.
Tambahan pula apabila ada Ketua Research Group memasukkan nama sebagai salah seorang fasilitator KSK Care Zon Selatan. Kemahiran kaunseling secara formal saya nil. Cuma masa sekolah menengah dulu terlibat dalam Kelab Bimbingan Kaunseling dan pada peringkat masters berpeluang berguru ilmu psikologi Islam dengan almarhum Prof. Malik Badri. Yang lain-lain tu pengetahuan hasil pembacaan bahan-bahan berkaitan psikologi dan kaunseling yang menjadi antara minat saya.
Dalam siri pertama tadi, alhamdulillah saya dan peserta lain didedahkan dengan pengenalan prinsip asas Kaunseling Islam, Konsep Islam dan Manusia, Proses Kaunseling Model al-Ghazali, Kemahiran Asas Kaunseling Islam dan Kemahiran Menyoal dalam Kaunseling Islam. Antara penceramah ialah Dr Md Nor dari UPSI dan Ustaz Syukri.
Mudah-mudahan saya berpeluang untuk mengikuti siri pertengahan dan lanjutan serta seterusnya ke peringkat Sijil Profesional Kaunseling Syarie. Walaupun tidak memiliki lesen sebagai kaunselor, setidak-tidaknya ada sedikit ilmu untuk menjadi pembimbing.
Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini sewaktu berkongsi tentang smiletemplates.com, terdapat banyak pilihan untuk mendapatkan templat infografik yang menarik bagi penyediaan slide power point, google slides atau keynote.
Paling mudah, jika sanggup untuk subscribe. Ribuan template yang cantik2 tersedia untuk diguna dengan harga dan diskaun yang pelbagai.
Nak jimat, boleh dapat yang percuma. Walaupun terhad pilihannya, bolehlah.. Dah namanya free kan.
Antara yang juga pernah saya guna ialah PresentationGo. Ini linknya https://www.presentationgo.com/


“(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.(Az-Zumar 39:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.(Az-Zumar 39:10) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Katakanlah lagi (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya;(Az-Zumar 39:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
“Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada Allah)”.(Az-Zumar 39:12) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Katakanlah lagi: “Sesungguhnya aku takut – jika aku menderhaka kepada Tuhanku – akan azab hari yang besar (soal jawabnya)”.(Az-Zumar 39:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Katakanlah lagi: “Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya.
Kalau dah namanya belajar falsafah, perkataan EPISTEMOLOGI pasti menjelma kat depan mata. Sebab epistemologi adalah salah satu cabang utama perbahasan falsafah.
Okay, what is epistemology? Macam biasalah, dah falsafah ni berasal dari Greek maka asal usul perkataan epistemologi ni dah tentu-tentu dari Greek lah juga. Epistemologi berasal dari dua perkataan Greek iaitu Episteme dan Logos. Episteme is knowledge or understanding. Logos/Logia is science or study or reason. Secara mudah epistemologi adalah teori/kajian tentang ilmu.
Antara persoalan epistemologi ialah: Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu? Bagaimana seseorang itu tahu tentang sesuatu perkara? Apakah asas kepada ilmu yang benar (true knowledge)?
Perbahasan epistemologi Plato contohnya adalah untuk memahami what it was to know, bagaimana ilmu itu dikatakan baik untuk orang yang mengetahui. Epistemologi Locke pula cuba untuk memahami bagaimana seseorang manusia memahami sesuatu perkara. As a rationalist. Descartes believed that reason is the ultimate source of knowledge where as John Locke as an empiricist believed that the source of knowledge is experience. Dengan kata lain, Locke berpandangan manusia dapat memahami sesuatu perkara menerusi pengalaman.
Berbalik kepada persoalan asas epistemologi – apakah itu ILMU? Contoh paling mudah, kita ambil definisi berikut: Knowledge is JUSTIFIED TRUE BELIEF. Ada tiga elemen di sini untuk mengesahkan sesuatu itu adalah ilmu.
Contoh pernyataan: Bumi berbentuk sfera.
2. Is the claim TRUE? Of course it is true. We’ve already justified it with evidence and fact.
3. Is it believable? Yes, of course it is. To see is to believe.
Harap penjelasan ringkas ini dapat membantu memahami konsep epistemologi dengan mudah.
Untuk pengukuhan, boleh cuba jawab kuiz di sini https://quizizz.com/admin/quiz/5e9d147d5faf40001bb5aab8
Paling banyak rakaat solat fardu cumalah empat
Tapi yang dua rakaat pun terasa berat
Bangun mengambil wuduk pun terasa liat
Dah hampar sejadah pun masih tak solat-solat
Sekadar seruan untuk muhasabah diri. Kenapa solat yang terpenting dalam hidup kita sebagai Muslim kadang-kadang terasa sukar dan selalu dilengah-lengahkan? Solat yang sepatutnya mudah terasa payah. Sedangkan latihan fizikal yang mengambil masa, perlu dibayar yurannya dan yang berganda-ganda meletihkan tidak terasa seberat seperti mana hendak mendirikan solat.
Patutlah, Allah menyebut di dalam al-Quran mafhumnya, “sesungguhnya ia (solat) itu berat, kecuali untuk orang-orang yang khusyu’.”
Untuk menjadikan sesuatu yang berat itu ringan, perlu dibiasa-biasakan. Bak kata pepatah Melayu, alah bisa tegal biasa. Jom usaha untuk sama-sama jadikan amalan solat sebati dengan diri. Apabila telah menjadi kebiasaan, bukan sahaja yang susah jadi mudah malah kita akan rasa canggung apabila tidak melakukannya. Apabila tak buat sesuatu yang dah jadi kebiasaan, dengan sendirinya timbul perasaan masih ada yang tidak sempurna, masih ada yang belum selesai.
Jika anda pengguna tegar power point untuk kegunaan kuliah atau pembentangan, pastinya anda acap kali rasa bosan dengan limitasi yang ada pada smart arts yang tersedia. Nak buat sendiri guna illustration function selain daripada smart arts pastinya memakan masa. Nak guna layout biasa tu lagilah bosan dan membosankan. Nanti power point slides penuh dengan tulisan.
Antara pilihan yang kita ada ialah memasukkan INFOGRAPHICS ke dalam power point slides. Berasal dari dua perkataan iaitu information dan graphic, ia menggabungkan imej dan carta dengan teks yang minimal. Penggunaan kedua elemen ini memudahkan lagi penyampaian untuk cepat difahami dengan jelas. Penggunaan elemen visual dengan pilihan warna dan bentuk-bentuk yang bersesuaian sudah tentu lebih menarik di pandangan mata.
Sebenarnya ada banyak pilihan infographic templates untuk power point yang boleh kita dapati secara mudah di internet. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Antara yang percuma dan senang diguna ialah Smile Templates. Ni URLnya: https://www.smiletemplates.com/most-popular/powerpoint-diagrams-charts/0.html.
Di bawah ini, contoh templates yang free. Nak yang lagi cantik, kena bayarlah.. Apa yang perlu anda buat? Pilih aje yang berkenan di hati dan download. Kemudian open file power point yang di muat turun tadi. Copy slide dan paste ke fail power point yang kita sedang sediakan. Mudah je.. Selamat mencuba.
I got the link from my old friend, Prof. Dr. Mesut Idriz. National Emergency Library is another digital library in the world. With the prolonged pandemic and restriction of movement extends longer, digital library in no longer an option. It’s a must.
Please click this link and you may be amazed with a large amount of books and other resources available. https://archive.org/details/nationalemergencylibrary?and%5B%5D=&sin=

And the example of those who spend their wealth seeking means to the approval of Allah and assuring [reward for] themselves is like the garden on high ground which is hit by a downpour. So it yields its fruits in double. And even if it is not hit by a downpour, then a drizzle [is sufficient]. And Allah, of what you do is Seeing (Surah al-Baqarah 2:265)
Facebook | Printerest | Twitter