Kerajaan Digital

Pada awal 2020, dunia digegarkan wabak COVID-19 dengan Malaysia antara negara yang turut menerima penularan pandemik itu. Sebagai kerajaan prihatin terhadap keselamatan rakyat dan negara, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan bermula 18 Mac hingga 31 Disember ini demi mengekang penularan pandemik itu.

PKP memberikan impak besar kepada ekonomi negara dan kelancaran sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Negara mengalami penyusutan ekonomi dengan anggaran RM2 bilion sehari.

Malah, hidup rakyat turut terkesan lebih-lebih lagi apabila perlu mengadaptasi kebiasaan baharu dan mematuhi pelbagai prosedur operasi standard (SOP).

Secara umumnya, sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan membabitkan perkhidmatan disediakan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk agensi masing-masing.

Mengimbas kembali sejarah usaha kerajaan meningkatkan penyampaian perkhidmatan, inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC) dilancarkan pada 1996.

Kerajaan elektronik disenaraikan sebagai antara tujuh aplikasi perdana perlu dilaksanakan bertujuan meningkatkan produktiviti dan daya saing negara serta kecekapan dan keberkesanan jentera pentadbiran negara dengan memanfaatkan teknologi komunikasi dan komputer (ICT) secara intensif serta komprehensif.

Sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan terus diperkasakan dengan memperkenalkan inisiatif kerajaan digital pada 2015 yang menekankan pendekatan baharu penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Matlamat utama pelaksanaan agenda ini supaya harapan rakyat dapat dipenuhi seiring landskap semasa era digital masa kini. Dalam erti kata lain, pelaksanaan kerajaan digital bertunjangkan penyampaian perkhidmatan kerajaan mengutamakan elemen digital, sekali gus kekal memfokuskan rakyat.

Usaha ke arah merealisasikan hasrat ini menyumbang kepada kedudukan Malaysia dalam E-Government Development Index (EGDI) yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia bertujuan mengukur kemampuan dan kesediaan negara memanfaatkan penggunaan ICT dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan kekerapan penilaian setiap dua tahun.

Pada 2020, kedudukan negara kita meningkat ke tangga 47 dalam kalangan 193 negara berbanding tangga ke-48 pada 2018.

Satu daripada tiga subkomponen yang menyumbang pengukuran kedudukan sesebuah negara dalam EGDI ialah Online Services Index (OSI). Ia digunakan untuk mengukur kemampuan dan kesediaan sesebuah negara menyediakan perkhidmatan secara dalam talian dan berinteraksi dengan rakyat secara digital.

Dari segi pencapaian pada peringkat global, kedudukan OSI Malaysia meningkat ke tangga ke-24 pada 2020 berbanding tangga ke-27 pada 2018. Peningkatan ini meletakkan Malaysia di tangga ke-9 di Asia dan kedua tertinggi di Asia Tenggara.

Perdana Menteri dalam temu bual khas Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro Awani pada 24 April lalu, menyatakan hanya 30 hingga 40 peratus perkhidmatan sektor awam dilaksanakan secara elektronik (data ketika itu).

Ini menimbulkan kebimbangan kepada beliau kerana dalam persekitaran kebiasaan baharu dialami negara ketika ini, sesuatu perlu dilakukan bagi memudahkan urusan rakyat.

Malah, ketika program perjumpaan dengan penjawat awam di Sabah pada 30 Ogos lalu, Perdana Menteri menzahirkan aspirasinya supaya agenda e-Kerajaan ataupun kerajaan elektronik (juga merujuk kerajaan digital) disegerakan supaya sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dapat ditingkatkan.

Sejajar dengan itu, dalam memperkasakan lagi agenda kerajaan digital, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) merangka serta menyelaras strategi penyampaian perkhidmatan kerajaan pasca-COVID-19.

Fokus diberikan kepada pendigitalan penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan memanfaatkan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang menjurus kepada perkhidmatan dalam talian berbentuk hujung ke hujung (E2E).

Melalui kaedah ini, rakyat tidak perlu lagi hadir ke agensi kerajaan dan perkhidmatan boleh diperoleh secara dalam talian sepenuhnya dari mula hingga akhir proses, boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana saja.

Data sehingga Julai lalu menunjukkan lebih separuh atau 52.7 peratus bilangan perkhidmatan Kerajaan Persekutuan disediakan secara E2E.

Usaha kerajaan meningkatkan perkhidmatan E2E itu akan terus dilaksanakan walaupun beberapa cabaran perlu dihadapi. Antara cabaran dikenal pasti, keengganan untuk berubah, kekangan akta, pekeliling, peraturan dan garis panduan sedia ada yang tidak seiring dengan aspirasi pendigitalan penyampaian perkhidmatan.

Begitu juga penyediaan prasarana ICT dan pemilikan peranti tidak menyeluruh khususnya di luar bandar serta kekangan peruntukan dalam meningkatkan pendigitalan sistem penyampaian.

Oleh itu, adalah penting semua agensi kerajaan menyediakan pelan strategik pendigitalan secara holistik merangkumi keselamatan rangkaian siber, penyediaan prasarana ICT menyeluruh serta mengkaji semula perundangan dan peraturan bagi meningkatkan tadbir urus pengurusan serta perkongsian data kerajaan.

Kepercayaan rakyat kepada perkhidmatan disediakan kerajaan secara dalam talian dari segi keselamatan siber akan dapat meningkatkan penggunaan sistem dengan lebih meluas.

Perubahan minda daripada amalan konvensional yang masih memerlukan rakyat berkunjung ke kaunter agensi kerajaan wajar diubah kepada kebiasaan baharu dengan memperkasakan penggunaan sistem secara dalam talian.

Ini secara tidak langsung akan memudahkan urusan rakyat. Mereka bukan saja tidak perlu lagi berpusu-pusu ke agensi kerajaan dan beratur panjang serta mengambil masa lama untuk mendapatkan satu perkhidmatan, malah dapat mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Kejayaan pelaksanaan e-Filing oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) wajar dicontohi. Rakyat dididik pada mulanya menggunakan komputer di pejabat LHDN dan akhirnya tidak perlu lagi mengunjungi pejabat LHDN untuk membayar cukai.

Ini contoh sistem penyampaian perkhidmatan secara E2E yang berjaya dilaksanakan untuk kemudahan rakyat.

Oleh itu, agensi barisan hadapan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) wajar memberikan fokus bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan secara E2E.

Dengan adanya perkhidmatan secara E2E, rakyat tidak perlu lagi beratur memperbaharui lesen kenderaan dan cukai jalan, mendapatkan kad pengenalan serta memperbaharui pasport.

Segala-galanya akan menjadi lebih mudah dengan teknologi di hujung jari. Pada masa sama, operasi di perkhidmatan kaunter boleh dikurangkan dan kakitangan sedia ada boleh ditempatkan di perkhidmatan lebih memerlukan.

IoT trend terkini pengguna

PERUBAHAN teknologi yang semakin pesat kini membuka ruang kepada pelbagai kategori peranti pintar untuk digunakan secara optimum, malah pengguna kini lebih tertarik dengan perkakasan pintar.

Perkakasan perumahan pintar bukan saja dibangunkan dengan ciri jimat tenaga yang sangat baik, tetapi ia juga memudahkan pengguna apabila kebanyakan tugasan rutin diambil alih komputer yang dilengkapi dengan Kecerdasan Buatan (AI).

Tahun ini, pemain industri utama menjangkakan akan berlaku perubahan besar dalam segmen jaringan Internet memandangkan kebanyakan negara dunia bakal melancarkan spektrum teknologi 5G mereka sendiri.

Pelancaran spektrum secara pesat dan komersial itu bukan saja membuka ruang kepada industri untuk menerima manfaat sebaliknya pengguna akan menikmati faedah yang sangat baik selain daripada jaringan Internet kelajuan tinggi.

Spektrum 5G berkenaan juga membuka ruang lebih luas kepada perkakasan pintar terutama berasaskan Internet Kebendaan (IoT) dan pengguna hari ini sudah mula mahukan persekitaran yang lebih pintar.

Menuju ke arah dunia digital yang semakin berkembang pesat, satu daripada cabangnya adalah memiliki sistem rumah pintar dan semua peranti atau perkakasan boleh dihubungkan menggunakan aplikasi.

Namun, wujud persepsi memiliki sistem rumah pintar memerlukan kos sangat tinggi kerana setiap perkakasan perlu menggunakan ekosistem yang sama sedangkan perkembangan teknologi yang pantas membolehkan peranti pintar didapati dengan harga yang rendah berbanding tahun lalu.

Trend pengguna hari ini akan memberi fokus kepada kelengkapan IoT dan mereka akan melakukan migrasi teknologi berkenaan secara lebih luas menjelang tahun depan apabila semua fasa pengujian spektrum 5G selesai.

Beberapa syarikat elektronik gergasi seperti Samsung, Huawei dan beberapa lagi pastinya akan mempergiatkan pengeluaran peranti IoT mereka untuk memberi lebih banyak penawaran kepada pengguna.

Pengguna akan memilih ekosistem pintar untuk perkongsian fail dan tidak memerlukan pengguna memuat turun terlebih dulu sesuatu fail tetapi ia boleh dikongsi seisi keluarga menjadikan tugas harian lebih mudah untuk dikongsi.

Bagaimanapun, migrasi besar-besaran pengguna untuk IoT membuka sisi gelap apabila penggodam akan cuba sedaya upaya untuk menceroboh masuk memandangkan kebanyakan pengguna akan menyimpan semua data peribadi mereka di dalam perkakasan pintar di rumah.

Contohnya, bil transaksi kad kredit, wajah biometrik, identiti pengguna dan beberapa maklumat sensitif lain akan disimpan secara awanan menerusi perkakasan pintar mereka.

Keadaan itu membuka lebih banyak ruang kepada penggodam untuk melakukan manipulasi maklumat dan perkara itu menjadi ancaman terbaharu.

Setiap perubahan teknologi datang dengan pelbagai kebaikan namun ia juga mempunyai kelemahan yang wajar ditambah baik setiap masa memandangkan trend penggodam tidak sama walaupun dalam tempoh 24 jam.

POSITIVE COVID

Tempoh kuarantin bagi kes positif

Kes positif COVID-19 diwajibkan untuk kuarantin selama 7 hari dari hari keputusan ujian positif diterima.

18/12/2022

Rasa badan tak sihat dari hari Ahad. Pergi kerja jugak. Tapi dah selsema yg agak teruk. Makan ubat jannah bagi …terus tido…Makan macam biasa. Malam rasa makin teruk pulak..tekak sakit…

19/12/2022

Rasa makin teruk pulak selsema ngan sakit tekak nie..kepala pun pening jugak….so decide nak buat test

So…keputusannya Positive. First time kena….memang sakit. Tapi Alhamdulillah sebab dah vaksin….takder lah teruk sangat. Simptom pun macam demam biasa… kepala duk pikir kerja banyak…

Anak2 membesar…Dah masuk Matrikulasi….UiTM

Assalamualaikum…

Sajer nak tulis something….Anak yang no 2, Husna Humairah dapat matrikulasi Kuala Pilah, Negeri 9. sama macam abang dia dulu. First time duduk jauh. Macam2 hal..ialah..makan dengan duit sendiri…terasa mahal katanya. Sebelum nie nak makan semua mak yg bayar..Bila bayar sendiri…baru terasa….

 

Anak yg sulong…Muhammad Afnan Muaz dapat UITM Shah Alam…Hantar dia pun adik2 tak ikut sebab semua sekolah. Belajar berdikari..Harap2 semua dapat jadi anak yang berjaya dunia dan Akhirat.

Komunikasi Berkesan

PENGENALAN

Hubungan manusia didasari oleh komunikasi yang baik dan berkesan. Melalui komunikasi kita dapat memahami diri kita sendiri dan diri orang lain. Sebagai usaha untuk membangunkan dan mengembangkan potensi diri kita mesti berkomunikasi. Aktiviti berkomunikasi dapat menjadikan diri kita sebagai manusia yang konstruktif dan membantu orang lain. Komunikasi adalah mengenai membina pertalian dengan manusia lain.

DEFINISI

  • Proses pertukaran maklumat di antara penyampai dan penerima maklumat di kalangan pelbagai pihak.
  • Merupakan satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu / sekumpulan individu yang lain.
  • Komunikasi berasal dari perkataan Inggeris iaitu ‘comunication’ yang berasal dari perkataan Latin iaitu ”communicare” yang bermaksud ‘to make common’ iaitu mewujudkan    persamaan.

Komunikasi 

bolehlah ditakrifkan sebagai “satu proses perpindahan maklumatperasaanidea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain”.

KOMUNIKASI INTERPERSONAL
Proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu). proses komunikasi diantara seseorang dengan seseorang yang lain atau antara manusia. Proses komunikasi ini sangat berkesan kerana ia melibatkan unsur maklum balas serta berdasarkan lapangan yang sama.

KOMUNIKASI INTRAPERSONAL
Kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan), meditasi (bercakap dengan diri sendiri),monolog.

CIRI-CIRI KOMUNIKASI BERKESAN
Dalam komunikasi ini, terdapat tujuh ciri asas yang digunakan untuk menyampaikan maklumat terhadap dua belah pihak. Antara ciri tersebut yang menjadi asas dalam komunikasi ialah:

Sapaan ataupun salam. 
Apabila seseorang individu atau diri kita sendiri berjumpa dengan orang yang lain, kita perlulah membuat sapaan atau salam yang akan mewujudkan komunikasi di antara dua pihak. Dengan sapaan dan salam seperti ucapan selamat pagi, dengan secara tidak langsung akan membolehkan dua belah pihak dapat berkomunikasi. Dalam masa yang sama, proses memberi dan menerima maklumat juga telah berlaku dengan bermulanya salam dan sapaan terhadap seseorang.

Sikap ikhlas dan jujur dalam diri individu juga akan membentuk komunikasi. 

Jika diri kita tidak jujur dan ikhlas, maka sesuatu komunikasi mungkin tidak akan terjadi kerana tiada siapa yang akan mempercayai seseorang individu jika tidak jujur. Jadi untuk melepasi halangan ini, sifat jujur dan ikhlas sememangnya penting dalam diri setiap individu. Bagaimanakah komunikasi akan wujud jika jujur dan ikhlas tidak ada pada seseorang individu? Jadi, untuk mewujudkan sesuatu komunikasi diantara dua pihak, sifat jujur dan ikhlas perlu ada pada masyarakat masa kini supaya komunikasi dapat diwujudkan dan akan akan mengeratkan silaturahim dikalangan masyarakat.

Mendengar dengan aktif.

kita perlulah menjadi seorang pendengar yang baik. Bukan setakat itu, kita juag mesti menjadi pendengar yang aktif supaya apa yang telah diterima akan dapat diaplikasikan dalam diri. Kalau seseorang individu berkomunikasi dengan orang lain tetapi tidak mendengar dengan aktif, maka komunikasi itu akan terhalang kerana pihak yang menerima maklumat itu tidak mengambil perhatian dan mendengar dengan baik. Ini akan menyebabkan penerima maklumat akan mendapat maklumat yang kurang jelas kerana tidak mendengar dengan aktif dan juga boleh menyalah tafsirkan sesuatu maklumat.

Mengemukakan soalan yang disukai oleh pihak yang lain.
Dengan mengemukan soalan yang yang disukai, maka komunikasi ini akan menjadi sesuatu yang lebih menarik. Ia juga akan menjadikan sesuatu perbincangan menjadi lebih bermakna dan kedua-dua pihak yang sedang berkomunikasi akan memahami sesuatu maklumat yang diberi dan diterima daripada kedua-dua belah pihak. Dengan adanya soalan yang dikemukakan, ini akan membolehkan sesuatu masalah akan dapat diselesaikan dengan mudah seterusnya mewujudkan komunikasi secara tidak langsung dalam kehidupan seharian kita.

Senyuman dan mimik air muka.

Ia juga boleh mewujudkan komunikasi di antara dua pihak. Misalnya dengan memberikan senyuman kepada seseorang akan menunjukkan kita menghormati orang lain dan juga menunjukkan budaya kita. Dengan senyuman dan menunjukkan mimik air muka terhadap seseorang, orang itu akan memahami sesuatu masalah yang kita hadapi. Jadi dengan keadaan ini, tentu pihak itu akan menegur dan menanya terhadap diri kita, maka terjadilah komunikasi dengan langsungnya. Komunikasi akan juga terjadi kerana senyuman menjadikan seseorang itu membuat sapaan tehadap diri kita. 


HALANGAN KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI
Komunikasi dalam organisasi mempunyai tiga tahap dan mempunyai halangan-halangan iaitu:(a)   Pihak atasan ke pihak bawahan.(b)    Pihak bawahan ke pihak atasan(c)    Komunikasi Mendatar.Pada peringkat atas ke bawah adalah bertujuan untuk memberi arahan tugas, proses kerja dan maklum balas kepad pihak bawahan. Namun terdapat beberapa halangan yang menghalang terjadinya komunikasi ini. Antaranya ialah perbezaan status yang akan menyebabkan maklum balas daripada pihak bawahan. Ini kerana status yang lebih tinggi dimiliki oleh pihak atas yang menyebabkan terhalangnya komunikasi dalam organisasi. Selain itu, faktor persekitaran dan sifat peribadi yan negatif terhadap sesuatu pihak juga kan menghalang komunikasi di antara pihak atasan dan bawahan. Dengan sifat yang dimiliki ini, wujudnya salah faham dan prasangka yang timbul daripada kedua-dua belah pihak.Pada peringkat kedua iaitu dari pihak bawahan ke pihak atasan. Tujuannya ialah membuat maklumat tugas dan memberi pandangan atau pendapat kepada pihak yang tinggi. Namum, tidak semudah itu kerana maklum balas diterima baik sahaja dan ketua tidak bersedia menerima subordinat dari pihak bawahan. Halangan yang terjadi dalam komunikasi ini adalah kerana perasaan takut dan fobia untuk memaklumkan sesuatu perkara kepada pihak atasan. Selain itu, ketua tidak minat untuk mendengar masalah daripada pihak bawahan. Selain itu, segala pelaksanaan yang dilakukan tidak mendapat pengiktirafan daripada pihak atas serta ketua yang sukar untuk ditemui oleh orang bawahannya menyebabkan halangan dalam komunikasi telah berlaku dalam sesebuah organisasi.Di peringkat ketiga komunikasi dalam organisasi ialah mendatar. Tujuan komunikasi mendatar ini adalah untuk meningkatkan kerjasama di antara dua pihak. Selain itu, aliran pengurusan maklumat yang cepat dan pencapaian ke arah matlamat dapat dilaksanakan dengan mudah. Tetapi terdapat juga halangan dalam peringkat ini . Antara halangan yang menghalang komunikasi diperingkat ini ialah buah mulut dan gosip yang boleh menjadikan perkara yang kecil menjadi lebih serius dan akan menyebabkan pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak. Bukan itu sahaja, perkara-perkara yang buruk seperti gangguan juga akan menghalang komunikasi ini. Contohnya ialah seperti khabar angin, menerima mesej yang tidak baik dan salah faham di antara kedua belah pihak yang akan menjejaskan prestasi sesebuah organisasi tersebut. Faktor persekitaran yang kurang baik juga menyumbang kepada halangan komunikasi ini.


TIPS KOMUNIKASI BERKESAN

1.      Anda sendiri perlu jelas dengan idea yang mahu disampaikan.
2.      Anda perlu mengambil kira setting ( Sosial, Budaya,Fizikal ).
3.      Anda gunakan body language  yang sesuai mengikut setting yang betul.
4.      Anda gunakan kemahiran gerakan badan seperti kontek mata, tunduk, ke depan, anggukan kepala.
5.      Anda jadilah pendengar yang baik. Tumpuan sepenuhnya apa yang dibincangkan.
6.       Anda perlu elakkan memonopoli perbualan.


HALANGAN-HALANGAN KEPADA KOMUNIKASI BERKESAN

Di peringkat ketiga komunikasi dalam organisasi ialah mendatar. Tujuan komunikasi mendatar ini adalah untuk meningkatkan kerjasama diantara dua pihak. Selain itu, aliran pengurusan maklumat yang cepat dan pencapaian ke arah matlamat dapat dilaksanakan dengan mudah. Tetapi terdapat juga dalam peringkat ini . Antara halangan yang menghalang komunikasi diperingkat ini ialah buah mulut dan gosip yang boleh menjadikan perkara yang kecil menjadi lebih serius dan akan menyebabkan pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak. Bukan itu sahaja, perkara-perkara yang buruk seperti gangguan juga akan menghalang komunikasi ini. Contohnya ialah seperti khabar angin, menerima mesej yang tidak baik dan salah faham diantara kedua belah pihak akan menjejaskan prestasi sesebuah organisasi tersebut. ini kerana fikiran yang kondusif serta faktor persekitaran yang kurang baik yang juga menyumbang menghalang komunikasi ini.Dalam kehidupan seharian, komunikasi adalah sesuatu perkara yang penting. Ini kerana tanpa komunikasi, tidak akan wujud masyarakat yang aman dan harmoni. Selain itu, komunikasi dapat mengeratkan hubungan diantara dua belah pihak dengan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi semasa berkomunikasi didalam kehidupan sehari-harI.

Lebih sesuai kawalan bersasar daripada PKP seluruh negara?

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
PKP balik….rasanya mamang kena sebab banyak kes setiap hari. Actually wfh pun ok….buat kerja jugak…nie untuk keselamatan semua….yang penting doa banyak2 pada Allah…Allah yang akan tentukan segala-galanya…

Tindakan kawalan bersasar lebih bersesuaian daripada pelaksanaan sekatan seluruh negara bagi mengawal peningkatan kes Covid-19 yang memasuki gelombang keempat pada masa ini.

Pakar Epidemiologi dan Ketua Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Rohaizat Hassan berkata, tidak wajar jika negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti Mac lalu berikutan terlalu besar kesannya terutama kepada ekonomi.

“Sudah tentu dapat kurangkan bilangan kes Covid-19 (jika PKP diadakan), tetapi memberi kesan kepada ekonomi dan sosial dengan peningkatan isu keluarga dan sosial, sektor pendidikan dan lain-lain sektor lagi.

“Senario gelombang pertama Covid-19 dan sekarang berbeza kerana dulu lebih kepada peringkat permulaan kerana itu PKP seluruh Malaysia dikenakan tetapi sekarang Covid-19 ini sudah berada dalam komuniti kita,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, kini tindakan perlu difokuskan kepada kawalan lebih bersasar untuk mengekang penularan Covid-19 dalam negara.

“Kalau hendak kawal buat lebih bersasar di kawasan tertentu saja dengan elakkan pergerakan keluar masuk daripada zon merah ke kawasan hijau misalnya di pantai timur seperti Pahang dan Terengganu asalnya zon hijau tetapi disebabkan kes import daripada zon merah, menyebabkan kawasan itu jadi kuning dan merah.

“Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh dibuat tetapi yang sekarang masih lagi longgar pada saya kerana hanya tutup kawasan kecil saja contohnya, kawasan perumahan atau kilang terkesan berbanding PKP.

“Jika benar ura-ura PKP diadakan semula, adalah lebih baik bukan satu negara hanya bersasar mungkin di satu mukim, daerah atau satu negeri yang berisiko dan berlaku peningkatan kes mendadak dan banyak.

“Namun ia memerlukan penelitian termasuk aspek undang-undang dan pertimbangan tidak dilakukan untuk seluruh Malaysia serta jangan terlalu ketat sampai menjejaskan ekonomi negara.

“Perkara itu antara faktor penting juga untuk kawalan Covid-19 ini bukan sekadar aspek kesihatan saja dititik beratkan,” katanya.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam Dr Hanafiah Bashirun berpandangan PKPD bersasar adalah lebih baik, namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mempunyai satu garis panduan.

“Apa yang saya nampak keputusan membuat PKPD sekarang lambat contoh kes di kilang Top Glove yang memang daripada awal kes naik kenapa ambil masa seminggu atau dua minggu baru hendak buat PKPD?

“Sepatutnya PKPD diadakan lebih awal apabila kita nampak peningkatan kes dalam sehari itu contohnya mencecah 40 kes dalam sesuatu komuniti itu terus saja buat PKPD.

“Justeru, KKM perlu sediakan garis panduan misalnya berapa bilangan kes untuk kenakan PKPD di sesuatu kawasan supaya tindakan pantas dapat dilakukan jangan tunggu lama macam kes Sivagangga sampai merebak seluruh Kedah,” katanya.

Katanya, lebih baik kerajaan menutup komuniti kecil yang terjejas saja berbanding satu negara kerana memberikan kesan lebih besar kepada ekonomi Malaysia.

“Kalau hendak kata pilih yang mana, kebanyakan doktor kerajaan memang suka (kerajaan) buat PKP kerana mudah hendak kawal kes tetapi ekonomi pula akan terkesan.

“Jadi bagi saya, PKPD bersasar lebih baik kerana tumpuan diberikan hanya kepada tempat yang menunjukkan peningkatan kes dalam komuniti tertentu saja,” katanya.

Kebelakangan ini, tular di media sosial mendakwa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju melaksanakan semula PKP susulan peningkatan kes mendadak dalam negara.

Bagaimanapun, MKN semalam menafikan kesahihan kenyataan bertulis yang tular itu.

Azam 2021

realiti VS fantasi

Menjelang tahun baru pasti ramai yang sudah memasang azam, menyenaraikan apa yang ingin dicapai pada tahun ini, malah mungkin ada yang bertekad mahu memperbaharui azam yang belum direalisasikan.

Pendek kata, menyenaraikan azam baharu menjelang tahun baru adalah perkara biasa kepada semua orang yang mahukan pembaharuan dalam hidup.

Bermacam-macam azam yang biasa kita dengar. Ada yang mahu menurunkan berat badan, mahu menabung untuk beli rumah, mahu beli kereta mewah dan mahu jadi pekerja cemerlang.

Apa sahaja perkara yang terlintas dalam fikiran akan dijadikan azam, tanpa dikira adakah azam itu dapat direalisasikan.

Perkara ini sering berlaku kepada sesiapa pun termasuk diri saya sendiri apabila impian yang dipasang itu terlalu banyak dan tidak semua dapat direalisasikan dalam jangka masa satu tahun.

Berdasarkan pengalaman diri sendiri, azam yang dapat direa­lisasikan boleh dikira dengan jari.

Ada beberapa lagi azam yang sejak bertahun lamanya belum berjaya ditunaikan.

Bertitik tolak daripada itu, saya sedar saya perlu mencari pendorong yang mampu untuk mendorong saya mencapai segala azam itu.

Menurut Pakar Sosial dan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr. Datuk Mohammad Shatar Sab­ran, apabila menetapkan sesuatu matlamat, jangan sesekali memi­lih untuk menghimpunkan azam terlalu banyak sehingga tidak mampu melaksanakannya.

Katanya, mungkin dengan menetapkan beberapa azam sahaja ia boleh dicapai dengan strategi berkesan.

Malah, dalam beberapa azam yang ditetapkan itu, walaupun tidak mampu untuk mencapai semuanya, tetapi janganlah sampai meninggalkan semua sebaliknya perlu yakin mesti ada yang boleh dicapai.

“Semua orang kalau mahu berjaya, perlu ada destinasi ataupun target. Ianya bagi memastikan kita tidak kecewa apabila impian itu tidak mampu kita capai.

“Ada beberapa langkah yang kita boleh amalkan supaya segala azam yang kita tetapkan itu mampu dicapai. Pertama sekali, perlu realistik. Azam itu perlulah mengikut kemampuan dan mampu dicapai dalam tempoh setahun itu, kerana jika susah hendak dilaksanakan, perkara itu juga boleh menjadikan seseorang itu murung,” katanya.

Katanya, contoh yang boleh diambil ialah apabila seseorang itu menetapkan mahu menurunkan berat badan, individu itu perlu rancang berapa berat badan yang mahu diturunkan dan perlu juga kaji adakah target yang ditetapkan itu mampu dicapai dari sudut kesihatan dan sebagainya.

“Keduanya, setiap impian yang dicapai itu perlu juga dirujuk kepada jangka masa yang sesuai dengan agenda. Jangan sesekali letakkan target yang sebenarnya memerlukan jangka masa yang panjang dalam tempoh yang singkat.

“Setiap target itu juga perlulah selari dengan tindakan yang diambil dalam usaha untuk merea­lisasikan azam yang telah dirancang tersebut. Ini kerana jika tindakan itu tidak sama dengan target, itu yang menjadi faktor kegagalan dan boleh mendorong kepada rasa kecewa atau putus asa,” jelasnya.

Jelasnya lagi, langkah yang perlu diambil dalam mencapai azam ialah mengambil tahu dan faham akan keadaan semasa.

“Dalam usaha mencapai sesuatu, tidak salah untuk mula daripada langkah kecil. Jangan terlalu ghairah, kerana kehidupan kita adalah satu proses dan setiap apa yang dilakukan akan melalui fasa-fasa tertentu sehingga kita berjaya,” katanya.

Pandemik COVID-19

Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus atau wabak koronavirus ialah pandemik penyakit koronavirus 2019 yang sedang berlaku secara global berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2).[9][10] Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan Disember 2019 di bandaraya WuhanHubeiChina, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.[11] Sehingga 28 September 2020, lebih 33.4 juta kes COVID‑19 telah dilaporkan di lebih 188 buah negara dan wilayah, mengakibatkan lebih 1.004 juta kematian manakala lebih 24.7 juta orang telah pulih.[12]

Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan influenza, melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin.[13][14][15] Ia dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin walaupun sebelum gejala muncul.[16] Masa antara pendedahan dan permulaan gejala biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antara dua hingga empat belas hari.[15][17] Gejala umum termasuk demam, batuk, dan sesak nafas.[15][17] Komplikasi mungkin termasuk radang paru-paru dan sindrom kesukaran pernafasan akut. Pada masa ini tiada vaksin atau rawatan antiviral tertentu; Usaha terdiri daripada pengurangan simtom dan terapi sokongan. Langkah-langkah pencegahan yang disyorkan termasuk membasuh tangan, menutup mulut apabila batuk, mengekalkan jarak dari orang lain (terutamanya mereka yang tidak sihat), dan pemantauan dan pengasingan diri selama 14 hari untuk orang yang mengesyaki mereka dijangkiti.[14][15][18]

Usaha untuk mencegah penyebaran termasuk sekatan perjalanan, kuarantin, pengurungan, penangguhan acara dan pembatalan, serta penutupan kemudahan. Ini termasuk kuarantin Hubei, kuarantin seluruh negara ItaliSepanyolPerancisRepublik Czech, dan Jerman,[19][20] langkah-langkah pengurungan di China dan Korea Selatan,[21][22][23] pelbagai penutupan sempadan atau sekatan penumpang yang masuk,[24][25] saringan di lapangan terbang dan stesen kereta api,[26] dan nasihat perjalanan mengenai kawasan dengan penghantaran komuniti.[27][28][29][30][31][32]

Pandemik ini telah membawa kepada gangguan sosioekonomi global,[33] penangguhan dan pembatalan acara kebudayaan, keagamaan dan kesukanan,[34] dan ketakutan yang meluas dalam kekurangan bekalan yang telah mendorong pembelian panik.[35][36] Teori maklumat palsu dan teori konspirasi mengenai virus itu telah tersebar secara dalam talian,[37][38] dan terdapat insiden xenofobia dan perkauman terhadap orang Cina dan orang Timur atau Asia Tenggara lain.[39]

Apa Itu Slip Disc

“Bongkok lama sikit mulalah rasa sakit belakang badan ni bila nak duduk tegak. Sakitnya tangkap sampai ke bawah pinggang. Kalau sapu minyak panas pun sekejap je lega.”

Itu keluhan yang biasa kita dengar di kalangan mereka yang berdepan masalah slipped disc.

Slipped disc terjadi akibat kedudukan postur badan yang tidak betul, dikaitkan juga dengan sejarah keluarga dan lebihan berat badan.

Dalam istilah perubatan, ia dipanggil masalah intervertebral disc (cakera intervertebra) yang semakin menua, kandungan cakera yang terkeluar dan menghimpit saraf di sekeping tulang belakang.

Malah koyakan pada cakera intervertebra mengakibatkan keradangan di sekeliling kawasan saraf tulang belakang dan menyebabkan rasa sakit belakang dan kebas pada kaki.

C:\Users\User\Desktop\penyebab.jpg

Sebagai informasi tambahan, cakera intervertebral berperanan menyerap hentakan, menambah ketinggian individu dan menjadikan tulang belakang fleksibel.

Cakera tersebut diselaputi oleh lapisan fiber annulus fobrosus yang mengandungi nucleus polpopsus.

Nucleus poplopsus boleh terkeluar dan menghimpit saraf di kawasan tulang belakang sekiranya berlaku koyakan di annulus fibrosus.

Masalah Slipped Disc Dan Penyebab Pergerakan Terbatas

Jika dahulu masalah slipped disc banyak dikaitkan dengan faktor usia.

Ini kerana cakera intervertebral mempunyai banyak cecair ketika seseorang itu di usia muda.

Namun, jangan terkejut jika dilaporkan kini golongan muda juga ramai menderita masalah slipped disc sehingga menyukarkan pergerakan seharian.

Di antara punca slipped disc di kalangan golongan muda:

apa itu slip discc
apa itu slip disc
apa itu slip disc

1.Pernah mengalami kemalangan / trauma / jatuh

2.Lebihan berat badan hingga beri tekanan pada disc

3.Kerja berat selepas mengangkat barang

4.Sering membongkok

5.Kurang bersenam

6.Selalu memandu jauh dalam tempoh masa yang lama

Simptom Slipped Disc

Ada beberapa petanda yang menunjukkan anda mungkin berdepan dengan masalah slipped disc.

1.Sakit pada bahagian kaki terutama di bahagian punggung, betis dan peha. Sakit boleh dirasai dalam keadaan bersin atau menunduk.

2.Sindrom sciatica iaitu sering berasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah badan.

3.Rasa kebas dan menyucuk.

7 Punca Sakit Lutut Menjadi Masalah Utama

Masalah sakit lutut atau ‘Knee Osteoarthritis (OA)’ sangat sinonim dengan warga emas atau mereka yang semakin meningkat usia tua. Kajian menunjukkan, seramai 240 juta masyarakat dunia mengalami sakit radang sendi atau ‘Osteoarthritis (OA).

Tahukah anda bahawa masalah ini merupakan penyebab utama kepada kemerosotan keupayaan fizikal. Bukan sahaja ia mengganggu rutin harian, tetapi masalah ini juga lama-kelamaan akan mempengaruhi emosi individu tersebut.

Apa itu Osteoarthritis (OA) Lutut?

Osteoarthritis (OA) Lutut adalah masalah keradangan yang berlaku pada bahagian sendi lutut. Ia berpunca daripada proses penipisan lapisan tulang rawan (cartilage) yang berlaku secara beransur-ansur dan mengakibatkan keradangan. Ia juga dipanggil sebagai proses ‘wear and tear’.

Fungsi utama lapisan rawan ini adalah untuk menyerap daya hentakan. Apabila seseorang mengalami OA pada lutut, pergerakan lutut akan terbatas di mana seseorang itu akan mengalami kesukaran untuk membengkok lutut sepenuhnya. Keadaan ini juga akan menyebabkan kesakitan dan mengehadkan aktiviti harian individu terbabit. Bagi golongan yang berumur, kondisi ini akan bertambah teruk disebabkan oleh pengurangan penghasilan cecair pelincir di dalam sendi.

Masalah OA pada lutut kebiasaannya terjadi pada mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas. Ada juga yang mengalaminya pada usia yang lebih awal, lebih-lebih lagi jika mereka sebelum ini pernah mengalami kecederaan pada lutut.

TAHAP-TAHAP OSTEOARTHRITIS (OA) LUTUT

Apakah punca berlakunya Ostoarthritis (OA) Lutut?

1. Umur: Semakin meningkat usia tua, proses penyembuhan rawan pada tulang untuk sembuh akan semakin perlahan.

2. Berat badan: Semakin tinggi berat badan seseorang, semakin tinggi tekanan yang akan dikenakan pada sendi lutut.

Setiap1 pound berat badan, ini menyebabkan penambahan sebanyak 3 hingga 4 pound bebanan yang akan dikenakan pada lutut.

3. Keturunan: Ini termasuk faktor genetik yang menyebabkan seseorang itu lebih cenderung untuk mengalami osteoarthritis lutut. Ia juga mungkin disebabkan oleh faktor bentuk tulang atau postur kedudukan lutut yang diwarisi dalam keluarga.

4. Jantina: Wanita yang berusia 50 tahun dan ke atas lebih berisiko tinggi untuk mengalami osteoarthritis lutut berbanding lelaki.

5. Kecederaan lutut: Kebiasaannya mereka yang pernah mengalami kecederaan yang berulang kali pada lutut akan cenderung untuk mengalami osteoarthritis lutut. Contohnya, mereka yang terlibat dengan pekerjaan rutin yang banyak melibatkan mencangkung, melutut dan mengangkat barang yang berat (55 pounds dan ke atas), aktiviti ini menyebabkan tekanan yang konsisten diberikan pada sendi lutut.

6. Atlet: Atlet yang terlibat dalam sukan seperti bola sepak, tenis, atau berjalan jarak jauh berisiko tinggi untuk mengalami osteoarthritis lutut. Digalakkan untuk atlet sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan ketika latihan dan bersukan. Walau bagaimanapun, sangat penting untuk seseorang itu sentiasa konsisten dalam mengamalkan senaman yang mempunyai intensiti yang sederhana bagi menguatkan otot dan untuk mengurangkan risiko osteoartritis.

Otot yang lemah pada sekitar lutut akan meningkatkan risiko seseorang itu untuk mengalami osteoarthritis.

7. Penyakit-penyakit lain: Mereka yang mempunyai penyakit ‘rheumatoid arthritis’, dan mereka yang mengalami gangguan metabolik tertentu, seperti berlebihan iron atau hormon tumbesaran dalam badan berisiko untuk mengalami osteoarthritis lutut.

Apakah gejala dan simptom Osteoarthritis (OA) Lutut?

  • Sakit pada lutut semakin meningkat apabila seseorang terlalu aktif, dan lega apabila berehat.
  • Rasa ketat dan keras pada sendi lutut terutamanya apabila bangun pagi dan duduk dalam keadaan yang lama.
  • Bengkak pada lutut disebabkan oleh berlakunya keradangan dalaman pada sendi lutut.
  • Pergerakan lutut yang terbatas menyebabkan fungsi fizikal yang kurang berkualiti dan tidak optimum.
  • Bunyi ‘klik’ dan menyakitkan apabila melakukan pergerakan lutut. Ini disebabkan oleh geseran yang berlaku antara permukaan tulang pada sendi lutut.

Bagaimana cara merawat Osteoarthritis (OA) Lutut?

1. Kurangkan berat badan.

2. Sentiasa melakukan senaman: Untuk meningkatkan mobiliti dan pergerakan serta menguatkan otot.

3. Ubat-ubatan: Ubat tahan sakit dan ubat anti radang seperti acetaminophen (Tylenol), ibuprofen (Advil, Motrin), atau naproxen sodium (Aleve).

4. Rawatan suntikan steroid pada sendi lutut.

5. Memakai ‘knee guard’ atau ‘braces’ pada lutut terutamanya apabila melakukan aktiviti yang melibatkan banyak pergerakan atau dalam keadaan yang lama. Ia berfungsi untuk memberikan sokongan pada sendi lutut.

6. Rawatan fisioterapi: Antara rawatan yang akan diberikan termasuklah rawatan teknik manual yang berfungsi untuk melembutkan otot-otot yang tegang dan juga mengurangkan ketat pada sendi lutut. Senaman juga akan diajar bagi tujuan meregangkan dan menguatkan semula otot yang terlibat.

7. Pembedahan: Pembedahan yang dinamakan sebagai ‘total knee replacement’ akan dilakukan sebagai langkah rawatan terakhir.

Rawatan apakah yang dijalankan oleh Fisioterapi ke atas Osteoarthritis (OA) Lutut?

1. Manual teknik: Antara rawatan yang akan diberikan termasuklah rawatan teknik manual yang berfungsi untuk melembutkan otot-otot yang tegang dan juga mengurangkan ketat pada sendi lutut.

2. Modaliti untuk mengurangkan sakit: Rawatan haba atau sejuk digunakan bagi mengurangkan sakit pada sendi. Stimulasi electrical dengan mesin TENS atau Interferrential dapat mengurangkan sakit dan meningkatkan pengaliran darah yang lancar

3. Senaman: Senaman juga harus dilakukan bagi tujuan meregangkan dan menguatkan semula otot yang terlibat.

4. Latihan keseimbangan: Latihan keseimbangan badan juga penting di dalam meningkatkan stabiliti badan dengan mengekalkan postur yang baik. Latihan ini perlu ditekankan di kalangan golongan warga emas disebabkan keseimbangan badan yang semakin berkurang dengan penuaan.

5. Penjagaan sendi: Fleksibiliti, kekuatan dan deria rasa sendi perlu dikekalkan secara optimum bagi memastikan lutut bebas daripada implikasi trauma, beban dan hentakan yang berlebihan.

6. Nasihat kepada pesakit:

  • Golongan yang berumur dinasihatkan untuk berjalan dengan bantuan tongkat bagi mengurangkan bebanan ke atas sendi dan elak daripada terjatuh.
  • Aktiviti menaiki tangga dan mendaki bukit perlu dikurangkan dan dielakkan supaya kondisi sendi tidak menjadi semakin teruk.

Segera rujuk doktor atau pakar 

Dinasihatkan untuk segara berjumpa dengan pakar dan dapatkan rawatan jika anda mengalami tanda dan gejala seperti yang disebutkan.