Cara membuat potongan zakat di UTM

Mari kita renung bersama, adakah kita :

telah wajib menunaikan zakat tetapi belum melaksanakannya??? 

  telah melaksanakan bayaran zakat secara potongan gaji namun belum membuat taksiran/kiraan semula melebihi 2 tahun???

tidak pasti sama ada sudah/belum wajib melaksanakannya???

telah dinaikkan pangkat atau berlaku kenaikan gaji???

telah membuat bayaran di luar UTM namun ingin membuat potongan ke UTM pada tahun ini? 

Sekiranya saudara termasuk salah satu daripada list di atas, mari sama-sama kita taksir pendapatan bagi mengetahui status kewajiban berzakat. Ikuti langkah-langkah mudah seperti berikut: 

Langkah 1 : Dapatkan borang taksiran zakat seperti di bawah atau boleh membuat kiraan secara online di http://www.maij.gov.my/cal/index.html

***Info khas : Kadar nisab terkini ialah RM 15,501.64 (Pendapatan setahun – perbelanjaan yang dibenarkan = RM 15,501.64  atau lebih)

Langkah 2 : Setelah kiraan dibuat dan saudara mendapati bahawa telah berkewajiban melaksanakan zakat atau terdapat perubahan pada amaun zakat, saudara boleh membuat permohonan bayaran zakat secara potongan gaji / perubahan potongan zakat secara online di my.utm.my 

(daftar log masuk, kemudian lihat di paparan skrin bahagian kiri dan klik ‘caruman zakat‘).

Langkah 3  : Pastikan tertera pada slip gaji saudara potongan ‘Zakat & Fitrah Johor’ dengan amaun yang diingini bermula pada bulan pertama potongan yang ingin dilaksanakan. Sekiranya tiada potongan zakat dibuat pada bulan tersebut, sila hubungi 07-5537508.

(Menerusi Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3), seseorang yang membayar zakat layak mendapat rebat cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri)

Laksanakanlah kewajiban berzakat anda kerana zakat bukanlah satu pilihan. Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang berkah dan dilindungi oleh ALLAH SWT dari sebarang kesulitan.    

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.