Tatacara solat duduk_Bahagian 6: Cara solat duduk di atas kerusi

6.0 Cara Solat Duduk Atas Kerusi :

Sebagaimana telah disebutkan sebelum ini solat sambil duduk atas kerusi hanya dibenarkan bagi orang yang benar-benar tidak mampu solat berdiri setelah berusaha sungguh-sungguh, dan juga tidak mampu duduk di bawah disebabkan suatu penyakit berat yang ditanggungnya atau kakinya tidak mampu dilipat sehingga menyukarkan dia duduk di bawah. Maksudnya dia hanya mampu duduk atas kerusi, maka ketika itu barulah dibenarkan duduk di atas kerusi. Fahamilah asas ini dengan sungguh-sungguh

Jika seseorang sengaja mencari kemudahan untuk Solat atas kerusi sedangkan dia mampu solat berdiri atau mampu solat duduk atas lantai, maka ketika itu solat nya TIDAK sah.

Cara-cara Solat di atas kerusi bagi orang yang tidak mampu berdiri dan tidak mampu duduk atas lantai:

(1) Duduk tegak (jangan sandar jika mampu duduk tegak)

(2) Takbir Ihram berserta niat seperti biasa

(3) Baca Surah Fatihah

(4) Untuk ruku’ bongkokkan badan sedikit

(5) Duduk tegak semula — niat i’tidal

(5) Untuk sujud bongkokkan lebih dari paras ruku’

(6) Duduk tegak — isyarat duduk antara dua sujud

(7) Sujud kedua sama seperti pada perkara (5) diatas

(8) Duduk tegak — isyarat untuk raka’at kedua

Ulangi semua sampai akhir nya tahiyyat akhir dan salam.

Nota: Sambungan huraian bahagian 1, bahagian 2, bahagian 3, bahagian 4, bahagian 5, bahagian 7 dan bahagian 8. 

Jawapan:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al Kholidiyah
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
???????

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.