Niat

Sesi program kerohanian hari ini disampaikan oleh Dr Aminuddin Hehsan tentang hijrah. Kupasan hadis tentang niat ada maksud tersirat.

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabdaSesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niat. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bergantung sebagaimana) yang dia niatkan.

Apa jua amalan dan perbuatan (besar atau kecil, penting atau kurang penting) yang tidak dimulakan dengan niat, tidak akan dikira sebagai ibadah dan tidak akan diberikan ganjaran meskipun ianya adalah perbuatan dan amalan yang baik. Dalam kehidupan harian kita, adakah kita sentiasa melakukan sesuatu dengan niat? Contoh: Buang air di tandas. Adakah kita detikkan niat dalam hati tujuan kita membuang air besar atau kecil untuk tujuan menjaga kesihatan? Selalunya perkara tersebut menjadi satu kebiasaan sehingga kita tidak terfikir pun akan niat melaksanakan perkara tersebut.

“Buang air besar atau kecil pun nak kena niat ke?” Berdasarkan kupasan hadis yang diterangkan oleh Dr Aminuddin, kesimpulannya sekiranya tiada niat, tiada ganjaran akan diberikan.

Hari ini, aku belajar satu perkara baru dari hadis yang aku telah pelajari sejak zaman sekolah menengah lagi. Sesungguhnya ilmu Allah itu sangat luas. Meskipun kita telah mempelajari sesuatu perkara, belum tentu kita telah memahaminya sepenuhnya.

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.