Taklimat program pementoran UTM Gold

Semua orang memerlukan bantuan dalam kehidupan harian.  Pementoran merupakan salah satu cara menghulurkan bantuan dan juga mendapatkan bantuan.  UTM merupakan universiti penyelidikan yang melibatkan status pemeringkatan.

Penyelidikan bukan sesuatu perkara yang mudah.  Semua staf perlu menyumbang dalam konteks penyelidikan.  Penyelidikan perlukan berkaitan dengan bidang pengkhususan.  

Objektif program UTM Gold ialah

  • Bantu: Staf yang tiada geran dan tiada penerbitan
  • Bimbing: Mendapatkan geran luar, industri, antarabangsa dan komuniti serta menerbit dalam jurnal berindeks tinggi
  • Tingkat: Meningkatkan kompetensi, kepakaran dan sebagainya.
  • Galak: Menggalakkan staf supaya membina niche bidang.

UTM Gold mempunyai 3 kategori: Gold 1, Gold 2 dan Gold 3.

Gold 1: Mempunyai geran, menjadi penulis utama 

Gold 2: Mempunyai geran luar, menjadi penulis utama dalam jurnal berindeks

Gold 3: Boleh memilih trek penerbitan atau geran.  Trek penerbitan bagi penerbitan jurnal Q1/2 dan WOS.  Trek geran sebagai penyelidik utama bagi geran antarabangsa, geran industri dan geran komuniti.

Setiap satu kategori ada KPI yang perlu dicapai.  Sebagai contoh, KPI Gold UTM 2 ialah perlu mempunyai geran kebangsaan dan penerbitan di jurnal berindeks/Q1/Q2.

 

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.