Modul 2: Pembacaan pruf: Kerjaya, tanggungjawab dan batas
Siapakah pembaca pruf? Pembaca pruf ialah individu yang memastikan sesuatu teks bebas dari kesalahan.
Bagaimana menjadi pembaca pruf? Memerlukan kemahiran dan penguasaan bahasa dengan baik, mengikuti kursus atau latihan, bina portfolio dan menggunakan alat bantu (seperti kecerdasan buatan – Artificial Intelligence), mencari peluang kerja (secara bebas), perlu terus belajar dan perbaiki diri.
Ciri-ciri pembaca pruf yang baik: teliti (perhatian kepada perincian) – accuracy and error-free content, penguasaan bahasa yang mantap – coherence, konsisten, berpengetahuan tentang gaya penulisan – style and flow enhancement, cekap mengurus masa, beretika dan profesional (menjaga kerahsiaan dokumen, menghormati hak cipta, dan memberi maklum balas secara sopan kepada penulis), celik teknologi, mempunyai daya tumpuan tinggi (mampu membac ateks panjang tanpa hilang fokus, agar tidak terlepas kesalahan kecil dalam perenggan yang panjang), sabar dan suka membaca,
Tips: Pengenalan dan penutup perlu konsisten untuk keseluruhan bab (sekiranya menulis buku)
Tanggungjawab pembaca pruf: mengesan kesalahan ejaan dan tatabahasa, memastikan konsistensi format, memeriksan kesalahan topografi (kesilapan pencetakan), memastikan ketepatan fakta (jika diperlukan terutama penerbitan ilmiah), bekerja berdasarkan arahan (garis panduan atau arahan khusus), membuat pembetulan yang jelas dan teratur
Skop kerja pembaca pruf: menyemak ejaan dan tatabahasa, menyesan tanda baca, menyemak format, mengesahkan fakta dan menyediakan laporan atau cadangan pembetulan.