Bahagian 1: Kursus Asas Pembacaan Pruf Untuk Buku Ilmiah dan Surat Rasmi: Khamis 22 Mei 2025

Penceramah: Prof Dr Rosli Hussin (Books Consultant and Commentator), Penerbit UTMPress.

Soalan yang sering ditanya:

  1. Apakah maksud pruf (semakan) & pembaca pruf (proof reader)?
  2. Mengapakah pembaca pruf penting dalam penulisan?
  3. Apakah peranan seorang pembaca pruf?
  4. Apakah kesilapan pembaca pruf cari?
  5. Apakah kesilapan pembaca pruf yang biasa berlaku?
  6. Apakah itu tanda/simbol semakan (proofreading marks) dan apa maksudnya?
  7. Apakah alat pembaca pruf dalam talian yang percuma dan berguna?
  8. Bagaimana boleh mencari perkhidmatan pembaca pruf profesional?

Kandungan

Modul 1: Pengenalan

  • Pembacaan pruf ialah penyuntingan terakhir sebelum sebuah buku atau dokumen dicetak. Contoh: Indexing. Indexing ialah cara memudahkan pembaca untuk mencari maklumat dalam kandungan buku dengan cepat dan mudah.
  • Tujuan: Mencari, membetulkan sebarang kesalahan dalam ejaan, tatabahasa, tanda baca, format atau gaya penulisan yang mungkin terlepas pandang semasa penulisan atau penyuntingan. Memastikan bahan yang diterbitkan bebas daripada sebarang kesalahan.
  • Pembaca pruf tidak bertanggungjawab mengubah kandungan atau idea dalam teks, tetapi mereka memastikan bahawa bahasa yang digunakan tepat dan konsisten.
  • Perkataan Proofreading = penerbitan tradisional. Sebelum penerbitan digital, penerbit akan mencetak salinan awal teks dikenali sebagai Proof copy or galley proof.

Kedudukan pembacaan pruf dalam proses kerja penerbitan

  • a) Penulisan dan penyediaan manuskrip: Penulis mencipta dan menulis draf pertama. Manuskrip boleh berupa artikel, buku, kerja kajian, atau teks ilmiah bergantung kepada jenis penerbitan. Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, penyelidikan dan penulisan isi kandungan. Manuskrip lengkap perlulah dilakukan pengeditan kendiri (self-editing)
  • b) Penyuntingan Penerbit (substantive editing): Selepas manuskrip disiapkan, ia dihantar kepada penyunting, yang bertujuan memperbaiki struktur, gaya, ejaan, tatabahasa dan keselarasan. Penyuntingan boleh dibahagikan kepada i) penyuntingan struktur, ii) penyuntingan gaya, iii) pentyuntingan teknikal
  • c) Reka bentuk dan tata letak (design and layout): Pereka grafik atau designer akan mengubah manuskrip menjadi format yang sedia untuk dicetak termasuk menyusun teks, menambah ilustrasi, grafik dan jadual, serta menyesuaikan format (font, saiz)
  • d) Penerbitan dan cetakan
  • e) Pembacaan pruf: Selepas penyuntingan, manuskrip dihantar kepada pembaca pruf. Pembaca pruf akan memeriksa teks untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, tanda baca, kesalahan format, dan konsistensi istilah.
  • f) Penyebaran dan pengedaran
  • g) Penilaian dan maklum balas

Rumusan: Proses penerbitan adalah rangkaian langkah yang melibatkan proses kolaborasi dari penulisan, penyuntingan dan pembaca pruf.

Apakah jenis pembaca pruf?

a) Traditional proofreading

b) Copy editing

c) Structural proofreading

d) Technical proofreading

e) Academic proofreading

f) Website proofreading

g) Legal proofreading

h) Business proofreading

i) Medical proofreading ….. continue…

Perbezaan penyuntingan dan pembacaan pruf

Penyuntingan: Proses menyemak dan memperbaiki kandungan, gaya, struktur, dan bahasa secara menyeluruh. Penambahbaikan idea, kandungan, struktur ayat, kesinambungan isi dan gaya penulisan. Awal hingga pertengahan proses penulisan. Boleh mengubah ayat, membuang atau menambah isi. Perubahan besar yang boleh diubah, tambah ayat, potongan perenggan. Kemahiran bahasa dan pemahaman isi kandungan. Menyusun semula perenggan, mengubah gaya penulisan, gaya bahasa, rujukan fakta, perisian penyuntingan. Fokus kepada isi dan gaya penulisan.

Pembacaan pruf (penyunting terakhir): Peringkat akhir sebelum dicetak. Tidak mengubah kandungan. Salah ejaan, koma tertinggal. Perubahan minimum, hanya pembetulan kecil. Kemahiran ralat teknikal dengan teliti. Fokus kepada kesalahan teknikal dan penyediaan akhir.

Kepentingan pembacaan pruf: Menjamin kualiti teks, meningkatkan profesionalisme penerbit, mencegah kesalahan mencemarkan reputasi, menjaga ketepatan akademik, meningkatkan peluang penerbitan, membantu pelajar dan penyelidik, menjaga ketepatan maklumat, meningkatkan kefahaman pembaca, menjaga etika dan imej organisasi,

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.