Bahagian 1: Kursus Indeks Buku Ilmiah: Jumaat 23 Mei 2025

Penceramah: Prof Dr Rosli Hussin (Books Consultant and Commentator), Penerbit UTMPress.

Modul1: Pengenalan kepada Indeks

Indeks merujuk kepada satu sistem atau senarai yang digunakan untuk meyusun, mengatur dan mencari maklumat yang penting yang ingin ditekankan dalam pencarian maklumat oleh seorang pembaca dengan cepat. Indeks yang baik mestilah relevan, tepat dan berguna untuk pembaca.

Contoh-contoh indeks: Dalam buku – kata kunci atau topik penting yang disusun secara abjad dan disertakan nombor halaman. Boleh guna perisian https://www.scribendi.ai/cindex/ (Percuma sejak 2024).

Fungsi: Untuk menyusun data secara teratur, memudahkan pencarian maklumat, memberi rujukan cepat dan padat, menjadi penunjuk atau penanda kepada sesuatu perubahan, meningkatkan nilai rujukan buku, menunjukkan struktur dan kandungan buku, membantu dalam kajian atau penyelidikan,

Bilakah digunakan: Untuk mencari istilah atau topik spesifik, semasa menyiapkan tigasan atau kajian, semasa ulangkaji atau persediaan peperiksaan, semasa menulis atau menyemak fakta, bila menghadapi masalah atau persoalan teknikal,

Buku ilmiah perlu ada indeks sekiranya melebihi dari 45 muka surat.

Modul 2: Komponen indeks

Apa itu entri?: Merujuk kepada istilah/ topik/ tajuk utama/ subjek atau istilah utama (keyword) yang akan dicari oleh pembaca dalam indeks. Entri utama biasanya merujuk kepada konsep, tajuk, subjek, atau istilah yang lebih umum yang dibincangkan dalam buku.

Apa itu sub-entri?: Perincian kepada entri utama. Ianya topik lebih terperinci yang memberikan maklumat tambahan mengenai topik yang dijelaskan dalam entri utama.

Ciri indeks yang berkualiti:

  1. Ketepatan dan kesesuaian istilah
  2. Kelengkapan dan kebersihan indeks (tidak berbelit-belit)
  3. Penyusunan logik dan teratur (susunan abjad)
  4. Ketepatan nombor halaman
  5. Rujukan silang (cross referencing)
  6. Konsisten dalam penggunaan istilah
  7. Istilah yang seragam
  8. Keterbacaan dan aksesibiliti (mudah dijumpai)
  9. Indeks sesuai dengan audiens sasaran
  10. Kesesuaian dan keselarasan gaya penulisan (contoh: APA dsb.)

Bagaimana mengelakkan kekeliruan:

  1. Elakkan terlalu banyak sub-entri, bahagikan menjadi entri baru. Kalau ada tajuk yang tidak mempunyai banyak penerangan terperinci bermula dari abjad A atau B, tetapi ada penerangan terperinci bermula dari C, indeks bermula dari C.
  2. Pertimbangan hierarki entri
  3. Pastikan halaman adalah tepat
  4. Penggunaan sinonim dengan menggunakan rujukan silang (cross reference)
  5. Sub entri mestilah relevan dengan entri
  6. Elakkan menggunakan istilah yang umum seperti kajian, isu, masalah
  7. Menggunakan perisian yang efisien. Penggunaan Words tanpa kefahaman kritis tentang fungsi teknikal dalam Words akan menyebabkan entri atau sub entri yang terlalu banyak.

Contoh:

Ekonomi (entri utama)

  • Ekonomi global (sub entri)
  • Pertumbuhan ekonomi (sub entri)
  • Krisis kewangan 2008 (sub entri)

Cara membezakan entri utama dan sub entri: 1) Skop (entri lebih umum dan luas, sub entri lebih spesifik yang berkaitan dengan entri utama), 2) Kedudukan (entri utama di teltak di bahagian utama indeks, sub entri terletak di bawah entri utama untuk memberi perincian kepada indeks utama),

Rujukan silang (cross reference)

Merujuk kepada penunjuk suapaya dapat menjumpai maklumat untuk mengelakkan duplikasi

Jenis rujukan silang: “See” atau “lihat [Contoh: Bencana Alam lihat Alam sekitar]: Mengarah pembaca untuk topik yang masih lebih kurang sama, “See also” (Lihat juga): Mengarah pembaca kepada topik yang berkaitan yang mengandungi maklumat tambahan atau perspektif yang lebih luas [Contoh: Permeliharaan Alam, Lihat juga Perubahan Iklim], “See” dan “See also” dalam setengah kes, kedua-kedua jenis cross reference [Contoh: Pendidikan, Lihat Pengajaran, Pengajaran, Lihat juga Pendidikan] atau singkatan lih. j. Selain daripada itu, untuk ilustrasi seperti rajah, jadual dan sebagainya boleh guna i – ilustrasi rujuk fota pada entri/sub entri. [Contoh: Pendidikan, Lihat Pengajaran, Pengajaran, Lihat juga Pendidikan, i. ]

Manfaat rujukan silang

  1. Menghubungkan topik berkaitan
  2. Mengelakkan kekeliruan
  3. Meningkatkan pengalaman pembaca

Penunjuk lokasi (locator)

Pendidikan 1-2 (kalau ada nombor macam 12-15 atau 204-20 bermaksud penerangan satu topik yang ada beberapa sub-topik atau penerangan satu sub-topik yang melibatkan beberapa muka surat), Lihat Pengajaran 10, 20, 30

Maksimum 3 hingga 5 locator sahaja disyorkan untuk satu entri atau sub-entri. Sekiranya terlalu banyak locator, ianya akan mengelirukan pembaca. Halaman yang membincangkan konsep, kes, isu berkaitan perlu disertakan.

Modul 3:

Modul 4: Pembinaan indeks

Modul: Penilaian kualiti indeks

Modul 6: Pr

Modul 7: Etika

Modul 8:

Kesalahan umum

  1. Muka surat sukar dicari
  2. Wrong entry

Ciri yang baik

  1. Ada (See also) menunjukkan ada kaitan
  2. Rajah juga perlu diindeks

Bahagian 5: Kursus Asas Pembacaan Pruf Untuk Buku Ilmiah dan Surat Rasmi: Khamis 22 Mei 2025

Modul 5: Kaedah dan teknik pembacaan pruf

A) Kaedah tradisional: Salinan cetak teks (hard copy) dan alat penanda seperti pen, pembesar dan pembetulan tulisan secara fizikal.

Ciri-ciri manual:

  1. Salinan cetak
  2. Penanda fizikal: Pen merah. Pensil tidak digalakkan kerana ianya boleh dipadam.
  3. Pembetulan secara langsung
  4. Membaca secara perlahan: secara berhati-hati dan dilakukan dengan teliti. Semak ayat/istilah dalam gambar/graf dan sebagainya.

Kelebihan kaedah manual

  1. Pengalaman
  2. Konsentrasi lebih tinggi
  3. Penggunaan simbol yang jelas

Kekurangan kaedah manual

  1. Proses yang lebih lambat
  2. Tindak balas yang terhad: Perlu dikemas kini pada versi digital
  3. Kos dan sumber: memerlukan kertas dan alat penulisan fizikal.

B) Kaedah digital: Salinan dalam bentuk digital yang mudah untuk diubah atau diedit.

Ciri kaedah digital:

  1. Teks digital
  2. Perisian pembetulan
  3. Kemudahan penandaan digital
  4. Kecepatan pembacaan

Kelebihan kaedah digital

  1. Kemudahan akses
  2. Penyimpanan dan akses mudah
  3. Kolaborasi mudah antara pembaca pruf dan penyunting

Kekurangan kaedah digital

  1. Keterbatasan pembetulan automatik
  2. Gangguan teknologi
  3. Ketergantungan kepada teknologi

Saranan software: InDesign (RM66.50 sebulan), Reedsy Book Editor (USD4.99 per month https://reedsy.com/studio/write-a-book)

Bahagian 3: Kursus Asas Pembacaan Pruf Untuk Buku Ilmiah dan Surat Rasmi: Khamis 22 Mei 2025

Modul 3; Kesalahan dan Jenis: Apa pembaca pruf cari?

Apa yang pembaca pruf cari?

  1. Kesalahan ejaan
  2. Kesalahan tatabahasa
  3. Kesalahan tanda baca
  4. Kesalahan format
  5. Kesalahan konsistensi istilah seperti COVID-19 disebut sebagai COVID19, Covid-19
  6. Kesalahan fakta atau tarikh

Kenapa kesalahan pruf masih berlaku?

  1. Kekurangan fokus
  2. Terlepas pandang
  3. Penggunaan alat bantu: Walaupun menggunakan perisian pembetulan ejaan dan tatabahasa, ia tidak selalu tepat dan dapat terlepas pandang beberapa kesalahan.
  4. Format teks yang sukar dilihat dalam skrin tetapi boleh dilihat dalam cetakan.

Kenapa memahami cabaran dan kesalahan umum itu penting?

  1. Keletihan dan kekurangan fokus: Ambil rehat berkala, guna teknik POMODORO blok masa yang pendek dan diikuti dengan rehat, jaga kualiti tidur,
  2. Terlalu berfokus pada kandungan: pecahkan semakan kepada beberapa peringkat. Contoh: fokus kepada ejaan, habiskan mencari kesalahan ejaan sebelum bertukar kepada fokus format.
  3. Kesulitan dengan teks yang kompleks atau terlalu teknikal: dapatkan bantuan pakar
  4. Kesan kebiasan atau familiarity blindless: Guna pembaca skrin yang besar.
  5. Tidak menggunakan ciri track changes

Kesalahan umum dalam pembacaan pruf

  1. Menjaga perhatian pada tanda baca
  2. Tidak memeriksa konsistensi gaya penulisan: guna panduan gaya
  3. Terlepas pandangan ejaan biasa: baca teks secara perlahan
  4. Latihan: mengenal pasti kesalahan
  5. Ringkasan: Pembacaan pruf penuh dengan cabaran daripada keletihan hingga kepada kesilapan dalam gaya penulisan.
  6. Kesalahan homofone (homophone): bunyi yang sama tetapi makna yang berbeza. Contoh: Advise dan advice.

Bahagian 2: Kursus Asas Pembacaan Pruf Untuk Buku Ilmiah dan Surat Rasmi: Khamis 22 Mei 2025

Modul 2: Pembacaan pruf: Kerjaya, tanggungjawab dan batas

Siapakah pembaca pruf? Pembaca pruf ialah individu yang memastikan sesuatu teks bebas dari kesalahan.

Bagaimana menjadi pembaca pruf? Memerlukan kemahiran dan penguasaan bahasa dengan baik, mengikuti kursus atau latihan, bina portfolio dan menggunakan alat bantu (seperti kecerdasan buatan – Artificial Intelligence), mencari peluang kerja (secara bebas), perlu terus belajar dan perbaiki diri.

Ciri-ciri pembaca pruf yang baik: teliti (perhatian kepada perincian) – accuracy and error-free content, penguasaan bahasa yang mantap – coherence, konsisten, berpengetahuan tentang gaya penulisan – style and flow enhancement, cekap mengurus masa, beretika dan profesional (menjaga kerahsiaan dokumen, menghormati hak cipta, dan memberi maklum balas secara sopan kepada penulis), celik teknologi, mempunyai daya tumpuan tinggi (mampu membac ateks panjang tanpa hilang fokus, agar tidak terlepas kesalahan kecil dalam perenggan yang panjang), sabar dan suka membaca,

Tips: Pengenalan dan penutup perlu konsisten untuk keseluruhan bab (sekiranya menulis buku)

Tanggungjawab pembaca pruf: mengesan kesalahan ejaan dan tatabahasa, memastikan konsistensi format, memeriksan kesalahan topografi (kesilapan pencetakan), memastikan ketepatan fakta (jika diperlukan terutama penerbitan ilmiah), bekerja berdasarkan arahan (garis panduan atau arahan khusus), membuat pembetulan yang jelas dan teratur

Skop kerja pembaca pruf: menyemak ejaan dan tatabahasa, menyesan tanda baca, menyemak format, mengesahkan fakta dan menyediakan laporan atau cadangan pembetulan.

What an honor….

It’s been a long since I’ve posted anything here. I was preoccupied, and an unexpected family tragedy in June left me feeling numb. Writing a blog is therapeutic for me.

One of my colleagues informed me that a highly respected academician whom I admire (aka Prof Dr Abdul Karim Alias) had asked her to send me a message. Me? Does this individual know me? Really? I was in disbelief until today. A tiny anchovy like me would never imagine of being recognised by someone like him.

Additionally, my colleague said to me “I got this message from him. I will send it to your WhatsApp”

Please share my blog with her:
https://profkarim.medium.com/

Note: I am such a stalker. So, I already “stalk” Prof Karim from his blog (other than Facebook).

COVID-19: Bukan salah penyelia tidak menyelia

Setiap semester, pastinya akan ada pelajar unik yang melaksanakan penyelidikan. Semester ini, ada seorang pelajar yang merancang melakukan penyelidikan kuantitatif dan bab 1 dan 3 yang ditulis menerangkan perancangannya. Akan tetapi, bila diteliti bab 4, muncul dapatan dari data kualitatif yang diperolehi dari temubual. Ajaib!

Bila aku lihat kekerapan dia menghantar bab untuk disemak, hanya dua kali sepanjang satu semester. Aku menyemak kembali peringatan yang aku berikan kepadanya setiap minggu melalui WhatsApp yang amat jarang dibalas. Hanya pada minggu ke 11, baru muncul mesej meminta aku menyemak instrumen kajian yang baru diperbaiki meskipun aku telah menyuruhnya berulang kali untuk membetulkan instrumen tersebut.

Bila aku menyemak kembali log dalam GoogleDrive, aku akan memulangkan kerjanya dalam masa sehari. Sekiranya dia menghantar pembetulan yang minima(setakat membetulkan ejaan), aku akan memberikan komen dalam WhatsApp sahaja. Pada 23 Disember 2021, dia ada menghantar bab yang kononnya ingin disemak tetapi bila aku teliti, ada bahagian yang belum ditulis: kajian rintis. Aku memberitahunya dia perlu melengkapkan bab 3 dengan memasukkan bahagian kajian rintisnya. Dia mengambil masa sebulan untuk menambah bahagian itu sahaja.

Pelajar ini memang unik kerana proses penyeliaannya seperti drama yang penuh misteri yang tiada penghujung. Ada sahaja masalah yang dihadapi. Semua jenis masalah yang aku rasa seorang pelajar akan hadapi, dia menghadapi semua masalah tersebut (sekiranya aku boleh kategorikan tema alasan masalah yang dihadapinya, aku boleh kategorikannya kepada kategori: 1) masalah teknikal, 2) masalah kesihatan, 3) mencari masalah yang sepatutnya dielakkan).

Antara contoh keunikan yang ada padanya ialah: Pada hari sepatutnya dia menghantar RS2 (tesis sarjana) pada 4 Februari 2022, dia melangsungkan perkahwinannya dan laptopnya tidak berfungsi. Dia merupakan pelajar pertama yang memberikan kelonggaran kepada dirinya sendiri untuk menghantar RS2 lewat seminggu (11 Februari 2022). Dalam kepala aku muncul kata-kata dalam iklan Panadol “Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?”