COVID-19: Kaedah terapi karakter

WhatsApp Image 2022-02-13 at 10.44.40 AM.jpeg

Hari ini aku dapat tips dari Ustaz Dr Zulkiflee Haron dari sesi perkongsian yang bertajuk “Mengatur jiwa meraih bahagia dengan istighfar dan taubat” berdasarkan Surah Ali Imran: Ayat 131-136. Terdapat 4 langkah:

Langkah pertama

  • Baca surah Al-Fatihah, shahadat dan solawat
  • Istighfar (lafaz dan hadirkan dalam fikiran dan hati)
  • Perlu berada dalam keadaan tenang
  • Nota: Boleh menggunakan lafaz istighfar ringkas atau sederhana atau sempurna.

Langkah kedua

  • Mengingati secara sedar akan kesalahan dan mengakui kesalahan yang telah dilakukan
  • Perlu menghadirkan diri dalam fikiran tentang apa yang telah dilakukan dan menyesali akan perbuatan tersebut

Langkah ketiga

  • Bertekad tidak akan mengulangi lagi kesalahan tersebut
  • Mengingatkan diri dan lebih berhati-hati dalam bertindak agar menjauhi kesalahan tersebut yang telah ditanam dalam fikiran dan hati untuk tidak mengulanginya lagi.
  • Berazam untuk tidak melakukan kesalahan tersebut pada masa akan datang.
  • Nota: Taubat nasuha

Langkah keempat

  • Hubungkan kesalahan dengan penyakit
  • Nota: Merawat jiwa dan fizikal

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.