Sesi ini diberikan oleh Cikgu Cheryl.
Dalam memilih teknologi yang sesuai, perlu melakukan analisis untuk memahami tahap penggunaan teknologi dalam kalangan murid. Soalan: Adakah murid anda mempunyai bandwidth yang cukup untuk high tech solutions (Google Meet dsb?”, Adakah murid mempunyai bandwidth yang cukup untuk low tech solutions (Whatsapp, Telegram?”. Selain itu, memilih satu atau dua aplikasi yang sesuai yang akan digunakan untuk beberapa minggu sebelum memperkenalkan aplikasi baru. Akhir sekali, pastikan ibu bapa juga sedar tentang penggunaan aplikasi di dalam kelas.
Aplikasi dan amalan yang disarankan menggunakan high and medium tech:
- Pear Deck: Murid perlu log in untuk menggunakan aplikasi ini. Ianya percuma, boleh digunakan bersama Google Meet. Tidak memerlukan muat turun aplikasi. Kena guna Google slides (tidak boleh powerpoint biasa). Boleh digunakan oleh 30 orang murid sahaja dalam masa segerak (synhcronous).
- Sediakan peraturan yang perlu diikuti oleh ibu bapa dan guru. Contoh: waktu berkomunikasi dengan guru (hadkan masa), penghantaran mesej dan sebagainya.
- Sediakan pentaksiran setiap minggu dan hantar kepada ibu bapa/murid supaya mereka tahu apa yang akan dibuat setiap minggu.
- Gunakan # untuk memudahkan pencarian tugasan yang telah dihantar.
- Guna voice note untuk ibu bapa yang kurang literasi teknologi.
- Pastikan ada perancangan untuk semua pentaksiran melalui Whatsapp/Telegram.
Strategi no tech
Membuat pentaksiran melalui panggilan telefon
- membuat jadual ringkas untuk pentaksiran melalui panggilan telefon untuk setiap kelas. Jadual harus dikongsikan dengan ibu bapa.
- Panggilan telefon boleh dilakukan untuk: memberikan pentaksiran ringkas, membimbing murid membaca dsb.
NOTA: Yang paling penting, kita perlu ingat “teknologi hanyalah alat”. Laksanakan pentaksiran mengikut kemampuan kita dan juga murid kita.