Bagi merancang dan melaksanakan strategi memperkasakan budaya positif dalam kelas, pastikan kita ada 2 panduan ini: membina hubungan guru-murid dan proses berterusan.
a) Membina hubungan guru-murid
– Dalam membina hubungan guru dan murid, kita boleh menetapkan perjanjian kelas (class contract) – tetapkan secara bersama-sama apa yang dikehendaki dalam kelas, gunakan bahasa positif dan berfokus, mudah/senang difahami, bersesuaian dengan keadaan, dan mewujudkan suasana yang selamat dan tidak mengancam.
– Perjanjian kelas bukan peraturan kelas kerana perjanjian kelas ditentukan oleh murid bersama guru, bukan guru. Perjanjian dibina dalam bentuk ayat positif, mengandungi tndakan yang mudah diikuti oleh murid, spesifik, sentiasa dipamerkan dan dilihat oleh murid dan diamalkan oleh guru juga. Guru menjadi suri teladan.
b) Proses berterusan dan bukan bersifat “one-off“
4 Strategi memperkasakan budaya positif
- Menentukan perjanjian kelas
- Menintegrasikan rutin
3. Melazimi “positive narration”
4. Memberikan penghargaan
– Kalau PDPC, ganjaran boleh diberikan dengan menggunakan buku ganjaran.
– Dalam konteks PDPR, boleh menggunakan PlusDojo. (I will explore more about PlusDojo).