Mata CPD (terkini mulai 2 Mei 2023)

CPD bagi tahun 2023 telah diubah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil.8/2023 bertarikh 2 Mei 2023. Matlamat asal Pelaksanaan CPD bagi Staf Akademik dan Staf Pengurusan, Profesional dan Pelaksana (PPP) masih lagi sama iaitu ianya selaras dengan Latihan Berasaskan Kompetensi (Competency Based Training) di Universiti Teknologi Malaysia.

Matlamat pelaksanaan CPD

Pelaksanaan CPD berasaskan kompetensi untuk staf UTM diwujudkan bertujuan untuk memastikan staf menghadiri latihan mengikut komponen CPD yang telah ditetapkan selaras dengan keperluan kompetensi yang diperlukan oleh staf UTM.  Selain itu, ia juga dapat membentuk staf yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran dan mempunyai sikap positif melalui kehadiran ke program/kursus yang lebih menyeluruh.

Pengiraan mata CPD yang baharu

Universiti telah menambahbaik penetapan Mata CPD dengan pengiraan mata CPD baharu yang lebih terperinci dengan menentukan keperluan CPD tahunan berdasarkan kompetensi yang dibangunkan. Staf hanya perlu menghadiri latihan bagi memenuhi jurang kompetensi serta pemilihan peserta kursus lebih tepat mengikut keperluan kompetensi. Cadangan pengiraan Mata CPD baharu bagi pelaksaan CPD selaras dengan Latihan Berasaskan Kompetensi (Competency Based Training) sebagaimana di dalam pekeliling dilampirkan.

Walau bagaimanapun pelaksanaan Mata CPD bagi Staf Akademik mengikut pecahan pada tahun 2023 ini, adalah separuh daripada 42 mata iaitu 21 mata

Peratus dalam Laporan Penilaian Prestasi Staf Akademik (eLPPT)

Di dalam Laporan Penilaian Prestasi Staf Akademik (e-LPPT) sebanyak lima (5) peratus tanpa mengambil kira komponen CPD yang telah ditetapkan di dalam Jadual 2 akan diberikan kepada staf yang telah mencapai 21 mata. Pengumpulan Mata CPD mengikut pecahan bagi staf akademik akan dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 2024.

Pelaksanaan hari latihan umum peringkat Universiti: Hari Selasa petang

Pelaksanaan penetapan Mata CPD selaras dengan Latihan Berasaskan Kompetensi (Competency Based Training) bagi staf UTM ini berkuat kuasa mulai tahun 2023. Sehubungan dengan itu, seluruh warga Universiti berstatus tetap dan kontrak (lantikan UTM) sahaja adalah diminta mengambil maklum mengenai perkara ini.  Selaras dengan pelaksanaan Latihan Berasaskan Kompetensi (Competency Based Training) ini, hari Selasa petang sebagai hari latihan umum peringkat Universiti kepada semua staf UTM.

Pembatalan MyCPD yang berdasarkan Pekeliling lama (2018)

Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Pentadbiran pada tahun 2023 ini, Pekeliling Pentadbiran pada tahun tentang 2018 Pelaksanaan Sistem Pengumpulan Mata MYCPD Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) UTM adalah dibatalkan.

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.