Bahan Bengkel EDD 22 – 23 Ogos 2022

Bahan sesi Pembelajaran Aktif (Active Learning) hanya di satu pelantar sahaja iaitu Wakelet.

Saya boleh menambah (atau mengurangkan bahan) di Wakelet tanpa mengubah pautan di Wakelet. Bahan berkenaan adalah bahan yang dibina oleh saya sendiri dan juga bahan yang dibina oleh orang (tetapi ianya boleh digunakan untuk tujuan pendidikan dan penyebaran ilmu yang diambil dari YouTube dan Genially).

Di dalam Wakelet, kita juga boleh meletakkan pautan lain seperti Padlet dan Genially. Sebagai contoh, sekiranya kita ada membina kuiz (tiada memerlukan rekod pelajar), kita boleh menggunakan Genially. Untuk melihat contoh, boleh KLIK DI SINI.

Niat

Sesi program kerohanian hari ini disampaikan oleh Dr Aminuddin Hehsan tentang hijrah. Kupasan hadis tentang niat ada maksud tersirat.

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabdaSesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niat. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bergantung sebagaimana) yang dia niatkan.

Apa jua amalan dan perbuatan (besar atau kecil, penting atau kurang penting) yang tidak dimulakan dengan niat, tidak akan dikira sebagai ibadah dan tidak akan diberikan ganjaran meskipun ianya adalah perbuatan dan amalan yang baik. Dalam kehidupan harian kita, adakah kita sentiasa melakukan sesuatu dengan niat? Contoh: Buang air di tandas. Adakah kita detikkan niat dalam hati tujuan kita membuang air besar atau kecil untuk tujuan menjaga kesihatan? Selalunya perkara tersebut menjadi satu kebiasaan sehingga kita tidak terfikir pun akan niat melaksanakan perkara tersebut.

“Buang air besar atau kecil pun nak kena niat ke?” Berdasarkan kupasan hadis yang diterangkan oleh Dr Aminuddin, kesimpulannya sekiranya tiada niat, tiada ganjaran akan diberikan.

Hari ini, aku belajar satu perkara baru dari hadis yang aku telah pelajari sejak zaman sekolah menengah lagi. Sesungguhnya ilmu Allah itu sangat luas. Meskipun kita telah mempelajari sesuatu perkara, belum tentu kita telah memahaminya sepenuhnya.

Penarafan bintang bagi projek perpindahan pengetahuan (Knowledge Transfer Project – KTP) menggunakan ICESYS

Cara:

  1. Pergi ke laman web https://icesys.utm.my/
  2. Daftar masuk menggunakan UTMID dan kata laluan ACID.
  3. Pastikan anda telah mempunyai bahan yang diperlukan dalam bentuk PDF (dan juga penerangan tentang projek – boleh ditaip terdahulu di tempat lain seperti Words atau Notepad sebelum dimasukkan ke dalam sistem. Ini adalah bagi mengelakkan gangguan teknikal atau capaian internet ketika pengisian maklumat)

Nota: Pastikan laporan projek telah lengkap kerana terdapat beberapa maklumat yang diperlukan untuk dimasukkan dalam ICESYS adalah dari laporan tersebut seperti. Yang berikut adalah sub-tajuk dalam laporan.

a) PENGENALAN PROJEK: Latar Belakang Projek, Objektif Projek, Skop Projek dan Kepentingan Projek.

b) PENERANGAN KAJIAN DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN

c) HASIL KAJIAN DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN: Perlu analisa data dari soal selidik/temubual, gambar (ketika aktiviti dijalankan)

d) PERINCIAN PRODUK HASIL KAJIAN (jika berkaitan): Penerangan secara ringkas produk yang dihasilkan melalui penyelidikan ini contohnya produk/prototaip, model, modul, aplikasi,

e) IMPAK KEPADA PEMEGANG TARUH: komuniti dsbs.

f) ISU, CABARAN DAN CADANGAN PENYELESAIAN: Penerangan ringkas tentang isu, cabaran serta cadangan penyelesaian dalam melaksanakan projek-projek yang dijalankan bagi proses penambahbaikan masa hadapan.

g) KESIMPULAN DAN PENUTUP: Penerangan perlu menyatakan kaitan projek dengan dasar kerajaan