Pembelajaran Teradun Gantian

Semasa PKP, UTM menggunakan pembelajaran teradun gantian sebagai mod pengajaran. Pembelajaran teradun gantian (atau PTG) berbeza dengan pembelajaran teradun (atau Blended Learning). Perbezaan adalah dari sudut tujuan, cara pelaksanaan dan pemberatan pelaksanaan mod kombinasi bersemuka dan dalam talian.

Cara pelaksanaan bagi pembelajaran teradun dan pembelajaran teradun gantian adalah berdasarkan kombinasi pembelajaran bersemuka dan dalam talian. Sebagai contoh pembelajaran teradun, seorang pensyarah boleh menggunakan kombinasi mod bersemuka dan dalam talian sepanjang satu semester (14 minggu) dalam julat 30 – 79% pembelajaran dalam talian yang menyokong pembelajaran bersemuka. Dalam konteks ini, pembelajaran dalam talian tidak menggantikan sesi pengajaran dan pembelajaran bersemuka. Mod dalam talian berdasarkan bahan pembelajaran, aktiviti dan penilaian yang dilaksanakan mengikut nisbah 1:7:3:2.

Akan tetapi pembelajaran teradun gantian pula ianya dilaksanakan di mana seorang pensyarah akan menggunakan mod pengajaran dan pembelajaran dalam talian sebagai gantian kepada mod bersemuka dalam julat 30-79% dalam satu semester pengajian (14 minggu). Contoh: Dalam tempoh 14 minggu, seorang pensyarah boleh menggunakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian sebanyak 36 jam (30%) bagi kursus 3 kredit (120 jam). Mod dalam talian berdasarkan bahan pembelajaran, aktiviti dan penilaian yang dilaksanakan mengikut nisbah 40:40:20.

Akan tetapi sekiranya terdapat pelajar yang berada di luar kawasan Johor (seperti pelajar yang merupakan seorang guru yang berpindah mengajar ke Kedah ketika dalam pengajian sarjana), hal kes terpencil sebegini membolehkan pensyarah menggunakan mod pembelajaran dalam talian sepenuhnya sepanjang satu semester sekiranya perlu. Tetapi ianya perlulah dimaklumkan ke pihak fakulti atau sekolah.

Untuk maklumat terperinci, boleh rujuk slaid ini.

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.