PENILAIAN PENGAJARAN DAN PENGALAMAN PELAJAR (ePPPK) DAN PELAKSANAAN ‘END OF COURSE SURVEY’ DALAM SISTEM ePPP

EPPP digunakan dengan menilai persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah di akhir semester sejak 2009. Berdasarkan maklumbalas yang diterima, EPPP telah diubah dan ditambahbaik dari segi rubrik penilaian.  Mulai tahun 2023, EPPP ditukar kepada EPPPK (Penilaian Pengajaran dan Pengalaman Pelajar) dan soal selidik akhir kursus atau dikenali sebagai End of course survey akan menggunakan satu capaian yang sama bagi tujuan penilaian.  Pelajar tidak lagi perlu ke dua laman web berbeza untuk mengisi respons mereka.  

Satu sesi taklimat bagi pelajar akan diadakan oleh CDEX sebelum akhir semester ini di mana pelajar akan mengetahui EPPPK yang baru ini.  Bagi kursus sarjana muda, penggunaan AIMS akan dimansuhkan dan akan diganti dengan MyAIMS di mana pensyarah boleh memasukkan markah peperiksaan kursus sarjana muda di MyAIMS, bukan AIMS.  Tetapi buat masa ini, AIMS masih lagi boleh digunakan buat sementara waktu bagi tujuan memasukkan markah.    Bagi kursus sarjana, penggunaan GSMS masih lagi diteruskan bagi tujuan memasukkan markah (tiada perbezaan).  

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk slaid yang diberikan dan juga rakaman WebEx.

Nota: Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak CDEX atau Profesor Madya Dr. Mohd Nihra Haruzuan bin Mohamad Said.  Maklumat yang dinyatakan di sini adalah rumusan dari sesi taklimat yang diadakan pada Isnin, 15 Mei 2023 (pukul 10 pagi).  

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.