Pesuruhjaya sumpah UTM

Kenangan menguruskan urusan selepas arwah emak meninggal lebih dari lima tahun dahulu memang tidak dapat dilupakan.  Ada beberapa dokumen yang memerlukan pengesahan pesuruhjaya sumpah.  Bermulalah pencarian pesuruhjaya sumpah di sekitar Johor Bahru.  Bukan mudah.  Dalam hati terdetik, kalau ada pesuruhjaya sumpah di UTM, mungkin urusan lagi mudah.  Tidak perlu pergi ke merata tempat untuk mendapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah.

Alhamdulillah mulai 1 Disember 2022, warga UTM (semua PTJ, kakitangan, pelajar) dan individu yang memerlukan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah boleh mendapatkan perkhidmatan ini secara terus di UTM.  Anda digalakkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu di :

 
Lokasi  :  Pejabat Penasihat Undang-Undang
                     Aras 3, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim
                     Universiti Teknologi Malaysia
                     81300 Johor Bahru, Johor
Talian Telefon Bimbit : 013-6970685 (Puan Ida Shazreen) 
Talian Am Pejabat : 07-5530789

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.