Program Kerohanian FSSH Siri 136 (12 Januari 2023)

Hakikat Rezeki Dalam Kekayaan ~ Surah Al-Qasas, Ayat 76-84

  • Qarun ialah sepupu kepada Nabi Musa A.S.  Bukan sesuatu yang mudah untuk berdakwah dengan kaum kerabat (yang mempunyai pertalian keluarga) yang tidak mempercayai kewujudan Allah SWT.
  • Qarun juga merupakan seorang yang pintar tentang bidang kimia dan juga kitab Taurat dalam kalangan bani Israel.  Tetapi, dia masih lagi menjadi seorang yang tidak mempercayai ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Musa AS.
  • Kemewahan dan kemiskinan adalah menurut ketetapan Allah.  Tetapi kemewahan bukan alamat seseorang itu diredhai oleh Allah SWT.  Keberkatan seseorang hidup tidak boleh diukur oleh kemewahan atau kemiskinan yang ditetapkan oleh Allah SWT.
  • Rezeki adalah apa jua yang memberi manfaat bagi kita.  Akan tetapi tidak semestinya kemewahan itu adalah rezeki sekiranya ianya mendatangkan mudarat kepada kita.  Contoh:  Kenaikan pangkat adalah manfaat kepada seseorang, dan selalu dilihat sebagai rezeki.  Tetapi dengan kenaikan pangkat, ianya mendatangkan mudarat kepada kita, ianya tidak lagi menjadi rezeki kepada kita.  Oleh yang demikian, rezeki boleh dilihat dari bentuk yang lebih meluas dan tidak semestinya dihubungkan dengan kemewahan dan kesenangan dalam hidup.  
  • Setiap dari kita dilahirkan dengan jaminan rezeki.  Tetapi kita mesti berusaha untuk bekerja dan sebagainya.  
  • Kita tidak perlu bersikap terlalu bimbang soal rezeki kerana
  • 1) ianya boleh menjadi sebab seseorang terputus hubungan dengan Allah SWT
  • 2) ianya boleh menjadi punca kita tidak mempedulikan halal haram dan mengabaikan hak Allah SWT dan hak sesama manusia
  • 3) ianya boleh menjadi salah satu faktor seseorang terhalang dari melakukan banyak kebaikan kerana terlalu bimbang tentang rezeki.
  • Sekiranya kita telah berazam untuk mendapatkan sesuatu dan berusaha dengan bersungguh-sungguh, kita perlu bertawakkal kepada Allah SWT.  
  • Rezeki merupakan pemberian dan kehendak daripada Allah SWT bukan sesuatu yang ditentukan oleh seberapa banyak usaha manusia.
  • Sifat rezeki adalah mendatangi siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT dalam bentuk kesihatan, ilmu yang bermanfaat, anak yang soleh dan ketenangan hati.
  • Rezeki adalah pemberian dari Allah SWT.  Mereka yang memperolehi rezeki mestilah selalu bersyukur dan tidak mengingkari ajaran Allah SWT.
  • Cara mendatangkan rezeki
  • 1) Bertaqwa:  Merasa dirinya sentiasa diawasi oleh Allah SWT.  
  • 2) Bertawakkal:  Menyerahkan segala sesuatu kepada Allah SWT, yakin akan kuasaNya dan hanya bergantung kepadaNya.
  • 3) Bersyukur: Menerima dan redha atas rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. 
  • Kejayaan sejati adalah kekayaan jiwa.  Harta yang dimiliki sebaiknya digunakan untuk meningkatkan amal dan ibadah (dengan niat untuk berkhidmat dan memperkuat agama – jihad ekonomi)
  • Jika kita diuji dengan kesempitan hidup, hanya Allah SWT yang berkuasa meleraikan kesempitan yang kita hadapi.  Oleh yang demikian, kita perlu mempunyai keyakinan tinggi terhadap Allah SWT.  Bantuan dari insan adalah merupakan perantara dengan izin Allah SWT.  Jangan sesekali bergantung kepada insan untuk memberikan bantuan kepada kita.  

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.