Ringkasan pelepasan cukai ke atas individu bagi tahun taksiran 2020

Merujuk kepada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) seperti yang diumumkan oleh PM Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun 2020,berikut adalah ringkasan pelepasan cukai ke atas individu bagi tahun taksiran 2020:

1.     Tambahan RM2,500 kepada pelepasan cukai gaya hidup sedia ada (jumlah maksima pelepasan gaya hidup yang baru adalah RM5,000)

Pelepasan ini termasuk pembelian smart phone, notebook, tablet dan komputer bagi tempoh pembelian dari 1 Jun hingga 31 Disember 2020.

2.     Pelepasan cukai untuk melancong dalam negeri (terhad kepada RM1,000)

Ianya termasuk perbelanjaan bayaran bilik penginapan serta tiket masuk tempat-tempat pelancongan (bagi premis yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan).

Tarikh perbelanjaan dari 1 Mac hingga 31 Disember 2021.

3.     Tambahan RM1,000 kepada pelepasan bayaran asuhan anak sedia ada (jumlah maksima yang baru adalah RM3,000)

Ianya terhad kepada pembiayaan anak yang berumur di bawah 6 tahun serta dipremis yang berdaftar.

4.     Pengecualian Cukai Pelupusan Harta untuk penjualan rumah kediaman dari tempoh 1 Jun hingga 31 Disember 2021 (terhad kepada 3 unit rumah sahaja).

** Peringatan :  Sila simpan invois, bil dan tiket sebagai bukti dokumen untuk menyokong tuntutan pelepasan cukai yang dibuat.

 Sekiranya diaudit, ketiadaan bukti boleh menyebabkan anda dikenakan penalti.

Nota: Kakak saya (Anisah Sabirin Jaffri) merupakan seorang akauntan.  Dia yang membantu saya dalam urusan mengisi borang LHDN bagi pelepasan cukai tahunan.  Dia yang memberikan saya maklumat ini.

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.