■■■■■■■■■■■■■■■■■■
*SYARAT PAKAIAN WANITA*
*KEWAJIPAN JILBAB*
■■■■■■■■■■■■■■■■■■
?Soalan:
Assalamualaikum,
Zaman ni rata-rata wanita pakai seluar, t-shirt dan tudung singkat sudah jadi fenomena umum di mana-mana. Mereka anggap yang penting tutup badan, tak kira macam mana tutup. Ada yg pertahan cara begitu sebab isteri ustaz pun pakai mcm tu. Mereka kata, “Takkan ustaz pun salah kot“
Bahkan setengah ustazah juga buat tu. Jadi kesimpulannya masyarakat memegang contoh sebegini sebagai panduan.
1. Yang penting tutup badan, tak kira pakai apa apa juga sekalipun
2. Bini ustaz pun pakai t-shirt dan tudung ringkas sahaja
3. Ustazah ajar Qur’an pun pakai ringkas
4. Ibubapa pun tak tegur kami.
Tolong bagi pencerahan.
?Soalan:
Assalamualaikum shaikh,
Saya muslimah baru hijrah. Saya ingin berpakaian menutup aurat dengan betul. Tapi apa yang buat saya gusar, pendapat tentang pasal pakaian wanita yang pelbagai. Yang mana satu yang betul. Tolong bagi panduan.
?Soalan:
Assalamu alaikum
Apa pendapat Shaikh, ramai kawan-kawan wanita berpendapat zaman ni tak sesuai pakai mcm jilbab zaman dulu sebab zaman ni serba canggih, mencabar. Pakaian kena sesuai dengan zaman. Contoh yang diberikan “Nak naik bas, nak jogging, nak berkelah, nak jalan-jalan, nak berniaga mana sesuai pakai tutup-tutup semua. Pakai seluar dan t shirt je mudah gerak. Islam tak menyusahkan. Jangan extreme”
Macam mana nak jawab.
Syukran Shaikh
_____________________
Soalan-soalan seperti di atas pernah dikemukakan banyak kali sebelum ini.
Di sini kita simpulkan jawapannya.
Perlu difahami, Agama itu BUKAN ikut pendapat sendiri, nafsu, aqal atau kehendak suatu kelompok atau tuntutan orang tertentu. Tetapi Agama adalah Kitabullah, Sunnah Rasul serta Ijma’ Qias Ulama Ahlus Sunnah . Yang dikatakan Ulama ini adalah bertaraf Auliya Allah.
Maka setiap hukum wajib di rujuk kepada pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah, bukan berpegang kepada pendapat sendiri atau nafsu manusia .
Sambungan huraian terletak di SINI.
Jawapan oleh
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al Kholidiyah
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
???????