Syarat Pakaian Wanita_Bahagian 2: Pengenalan umum

Wanita yang beriman diperintah tetap tinggal di rumah kecuali ada keperluan yang diizinkan oleh syara’. Ertinya wanita beriman tidak dibenarkan keluar sewenang-wenangnya tanpa suatu keperluan untuk kehidupannya yang halal pada sisi syara’.

Nota: Sila rujuk bab keizinan syara’ atas wanita untuk keluar dari rumah pada Tajuk Risalah :

*” Hukum Wanita Berhubung dengan Ajnabi”*

Hukum ini berdasarkan Perintah Mutlaq Allah Ta’ala.

Firman Allah:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu”

[Al Ahzab (33) : ayat 33]

Dalam Firman Allah yang lain:

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;…… “

[An-Nur (24) : ayat 31]

Allah Ta’ala perintahkan setiap wanita beriman supaya tetap tinggal di dalam rumahnya.

Apabila dia terpaksa keluar kerana suatu urusan yang harus pada syara, maka wajib mematuhi sekalian hukum hakam berkaitan pakaian, pergaulan dan tingkahlakunya.

Di sini kita akan berikan sedikit panduan cara menutup aurat dengan betul.

Sambungan huraian di SINI.  

Jawapan oleh
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al Kholidiyah
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
???????

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.