Syarat Pakaian Wanita_Bahagian 3: Batas dan Syarat menutup Aurat Wanita Beriman

Di sini  berikan sedikit panduan cara menutup aurat dengan betul.

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
*2.0 Batas Aurat Wanita Beriman*
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Batas aurat. wanita dihadapan lelaki ajnabi adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.

Dengan demikian seseorang wanita wajib menutup aurat nya dengan lengkap apabila keluar dari rumahnya atau ketika menghadap  ajnabi. Syarat-syarat pakaian wanita beriman adalah seperti berikut:

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
*3.0 Syarat Pakaian Menutup Aurat Wanita Beriman*
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

ASAS PENTING Pakaian Wanita beriman terkandung didalam Firman Allah ini…

Allah Ta’ala perintahkan setiap wanita yang keluar rumah supaya nemakai _jilbab_.

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, supaya mengenakan _jilbab_ (melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai wanita yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[Al-Ahzab (33) : ayat 59]

Istilah جَلَـٰبِيبِهِنَّ *(“jalabib”)* pada perintah Allah di atas, dalam bahasa Arab adalah bermaksud sejenis pakaian luar yang labuh mulai dari kepala sampai kaki.

Menurut istilah agama, jalabib atau jilbab yang diperintahkan oleh Allah ke atas wanita adalah bermaksud sejenis pakaian diluar yang lain, iaitu lain dari yang biasa di pakai di rumah. Ertinya apabila keluar rumah, hendaklah pakai Jilbab di atas pakaian yang sedia ada. Jangan pakai pakaian biasa saja atau semata-mata pakaian luar jilbab saja. Mesti lah memakai kedua2 nya kerana isyarat ayat tersebut adalah jalabib / jilbab, bermaksud “pakaian luar yang labuh”.

Berdasarkan ayat di atas serta ayat2 sebelum nya, Ulama menarik kesimpulan, Sifat2 jalabibatau jilbab wajib menepati syarat-syarat berikut:

*Pertama*
Jilbab itu wajib menutup seluruh tubuhnya, kecuali muka dan tapak tangan saja diizinkan untuk dibuka. Dengan demikian tidak dikatakan menutup aurat jika lengannya terdedah atau lehernya atau kakinya atau lain-lain terdedah.

*Kedua:*
Jilbab atau pakaian luar itu hendaklah cukup besar yang menutup seluruh tubuh dari kepala sampai kakinya. Ini bermaksud tidak dikatakan menutup aurat jika hanya dilabuhkan sehingga pinggang dan di bawahnya seluar.  Ini jelas berlawanan dengan hukum.

Istilah jalabib mengandungi pengertian khusus berkenaan “melabuhkan” sehingga jika seorang wanita hanya jatuhkan pakainnya sampai pinggang, kemudian memakai seluar, maka ini TIDAK menepati maksud “hulurkan jilbab kamu”

Bahkan dari sirah dapat diperhatikan, menurut contoh-contoh Muslimah di zaman Rasulullah dan para salaf, wanita mereka memakai jilbab yang meleret ke tanah.

*Ketiga*
Jilbab TIDAK boleh sempit ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya, samada dadanya, pinggang, punggung, bentuk paha atau kakinya.

*Keempat:*
Jilbab hendaklah tebal, TIDAK nipis sehingga ternampak warna kulit atau garis tubuhnya.

*Kelima:*
Jilbab tidak berwarna garang atau dihiasi aksesori yang menawan hati lelaki. Ini yang diisyaratkan oleh Perintah Allah “jangan memperlihatkan perhiasannya”

*Keenam:*
Jilbab tidak boleh menyerupai pakaian kafir.

*Ketujuh:*
Jilbab tidak boleh menyerupai wanita fasiq atau wanita2 berbuat keji.

*Bentuk- bentuk Jilbab*
Jilbab boleh terdiri dari 1 helai pakaian besar sekaligus dari kepala sampai kaki. Jilbab jenis ini biasa juga di panggil burqa, abaya dan purdah.

Atau 

Pakai dua helai /lapisan pakaian iaitu ; Tudung labuh dan jubah mulai dari bahu sampai kaki.

Atau 

3 helai pakaian iaitu :
Tubung labuh, baju kurung labuh dan kain labuh seperti baju kurung Melayu. Walau bagaimana pun WAJIB memastikan baju kurung itu menepati semua syarat di atas. Jika memakai baju kurung yang nipis atau ketat atau warna menarik hati seperti yang dilakukan oleh kebanyakan wanita zaman ini, maka ini menyalahi hukum.

Sambungan huraian di SINI

Jawapan oleh
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al Kholidiyah
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
???????

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.