Apa itu CPD?
CPD adalah singkatan Continuous Professional Development atau dalam BM ianya dipanggil sebagai Pembangunan Profesionalisme Berterusan. Istilah dalam bahasa Inggeris digunapakai lebih kerap berbanding dengan istilah bahasa Melayu. Tidak kira istilah yang digunakan, ianya merujuk kepada perkara yang sama.
Bagaimana pengumpulan mata CPD dilaksanakan?
Mata CPD dikumpul apabila pegawai menghadiri apa jua bentuk sesi yang mempunyai ciri budaya pembelajaran berterusan.
Apakah bentuk sesi yang dianggap sebagai CPD?
Sesi tersebut boleh dalam bentuk kursus, bengkel dan sebagainya sama ada kursus wajib, kursus khusus, kursus umum, pengkayaaan ilmu, job on training, program gaya hidup sihat, bengkel kursus, bengkel kerja, MyLine, lawatan rasmi/korporat/sambil belajar, dan Epsa (e-pembelajaran sektor awam). .
Berapakah tempoh CPD yang diperlukan bagi setiap tahun perkhidmatan?
Tempoh mata CPD adalah 7 hari latihan setahun bersamaan 42 jam setahun bagi tujuan meningkatkan prestasi pegawai dari sudut pengetahuan dan kemahiran.
Bagaimana menyemak mata CPD di UTM?
Mata CPD dipaparkan di UTMSmart.
Nota: Mata CPD bukan BTSA (Beban Tugas Staf Akademik). Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Pendaftar UTM.
Makluman tambahan: Maklumat tentang CPD ini adalah berkuatkuasa sebelum 2 Mei 2023. Mulai 2 Mei 2023, pelaksanaan mata CPD telah bertukar.