Archives for January 24, 2019

Pemeriksa Luar Program Matematik Pendidikan Rendah di Institut Pendidikan Guru (IPG)

Alhamdulillah.. Hari ini, 24/1/2019, selesai tugas saya sebagai pemeriksa luar  program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Matematik Pendidikan Rendah di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Pendidikan Teknik di Nilai, Negeri Sembilan. Pemeriksaan ini merupakan tugas saya yang ketiga sebagai pemeriksa di IPG iaitu kali pertama pada Oktober 2018 di IPGK Pulau Pinang, dan kali kedua pada 17 dan 18 Januari 2019 untuk program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Matematik Pendidikan Rendah di IPGK Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Pengalaman dan pendedahan baru kepada saya dan inshaAllah saya telah buat yang terbaik dalam menggalas tanggungjawab ini. Terima kasih kepada pihak IPGM atas kepercayaan yang diberikan dan terima kasih warga IPGK Pulau Pinang, IPGK Tengku Ampuan Fazan dan IPGK Pendidikan Teknik  atas kerjasama dan layanan yang amat baik sekali.

Pemeriksaan di IPGK Pulau Pinang

Pemeriksaan di IPGK Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Pemeriksaan di IPGK Pendidikan Teknik, Nilai, Negeri Sembilan

Pemeriksaan di IPGK Pendidikan Teknik, Nilai, Negeri Sembilan

Pemeriksaan di IPGK Pendidikan Teknik, Nilai, Negeri Sembilan

Pemeriksaan di IPGK Pendidikan Teknik, Nilai, Negeri Sembilan