Archives for March 2021

Tahniah Sekolah Pendidikan UTM

[Bahagian 2] Guru Perlu Kreatif Mentaksir Pelajar Dalam Norma Baharu

Sambungan dari https://people.utm.my/halim/bahagian-1-guru-perlu-kreatif-mentaksir-pelajar-dalam-norma-baharu/

Pic source: https://pubs.asha.org/doi/10.1044/2019_LSHSS-18-0129

Pentaksiran alternatif boleh dibahagikan kepada tiga pendekatan iaitu pentaksiran kognitif, pentaksiran prestasi dan portfolio. Pentaksiran kognitif berfokus untuk mengukur kemampuan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pelajar, penguasaan, sikap dan kemahiran komunikasi. Pentaksiran prestasi ditakrifkan sebagai kaedah yang memerlukan pelajar untuk menunjukkan kemampuan mereka secara langsung menggunakan hasil kerja pelajar dalam aktiviti tertentu. Penilaian prestasi tertumpu kepada kebolehan pelajar untuk menerapkan pengetahuan, kemahiran, dan pertimbangan dalam realistik yang tidak jelas konteks. Kriteria pentaksiran prestasi tertumpu pada pembelajaran yang kompleks yang kemahiran menyelesaikan masalah. Pelajar menunjukkan kesungguhan dalam penyelesaian tugasan yang memerlukan pelbagai langkah dan masa. Penilaian portfolio ditakrifkan sebagai kaedah penghasilan karya pelajar berbentuk proses dan akhirnya memperoleh produk. Malah guru kini terdapat pilihan untuk menghasilkan portfolio secara elektronik.

Guru boleh memilih pentaksiran alternatif yang dapat disesuaikan berdasarkan kaedah PdPR. Antara pentaksiran alternatif untuk pembelajaran yang boleh dilaksanakan secara dalam talian ialah kuiz dalam talian, e-permainan (gamification) dan aktiviti soal jawab semasa kelas dalam talian. Kuiz dalam talian menggunakan konsep yang sama seperti kuiz konvensional semasa pembelajaran bersemuka. Bezanya pelaksanaan kuiz adalah menggunakan media dalam talian. Bentuk kuiz yang boleh dijalankan secara ujian subjektif atau ujian objektif. Ujian subjektif merupakan ujian untuk pelajar dapat menunjukkan jalan kerja dalam soalan berbentuk penyelesaian masalah. Beberapa teknologi pendidikan yang boleh diaplikasikan oleh guru seperti spreadsheets, Geogebra, tools graphing, Computer Algebra Systems (CAS), Dynamic Geometry Software (DGS) dan applets.

Selain itu, ujian objektif boleh dijalankan dalam empat bentuk. Pertama, bentuk ujian benar salah. Ujian benar salah terdapat kenyataan yang perlu ditentukan kebenarannya. Kedua, multiple choice test merupakan ujian memerlukan jawapan dipilih daripada pilihan jawapan yang diberikan. Ketiga, ujian padan suai iaitu satu pernyataan perlu dipadankan dengan pilihan jawapan yang sesuai. Keempat, ujian isi tempat kosong. Soalan berbentuk ayat yang tidak lengkap. Jawapan yang tepat perlu dipilih untuk diisi dalam tempat kosong untuk melengkapkan ayat diberi. Antara aplikasi dalam talian yang boleh diaplikasikan ialah kuiz dalam talian Quizizz. Kuiz dalam talian dan e-permainan menggunakan pelantar Quizizz dapat digunakan oleh guru kerana aplikasi pembelajaran ini dilihat mudah penggunaan dan guru dapat mengaplikasikan untuk pentaksiran. Pada masa yang sama, permainan komputer yang dirancang dengan betul dapat memainkan peranan yang berguna dalam membantu pelajar yang belajar dari rumah. Di samping itu, penyelesaian masalah dan pengutaraan masalah (problem posing) merupakan aktiviti kognitif yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru boleh menjalankan aktiviti soal jawab dalam talian dengan melaksanakan aktiviti pengutaraan masalah dalam kalangan pelajar. Pendekatan mengutarakan masalah dan penyelesaian masalah dalam pembelajaran dapat menghasilkan pemahaman yang lebih baik terhadap topik dan proses pembelajaran. Oleh itu, aktiviti pengutaraan masalah dapat memberikan sikap positif terhadap sesuatu konsep pelajaran.

Bersambung…