Archives for May 16, 2026

Selamat Hari Guru 2026!

Guru merujuk kepada pendidik, insan yang menyampaikan bukan sahaja ilmu, tetapi setiap aspek yang bermanfaat kepada penerimanya.

Bitara merujuk kepada tiada tandingannya.

Nadi diibaratkan selagi ia berdenyut, selagi itu negara akan ‘hidup’.

Negara, merujuk kepada Malaysia, tanah air kita yang tercinta.

Saya suka tema Hari Guru tahun ini. Ia sangat tepat menggambarkan peranan guru yang sentiasa memastikan kita tidak ketandusan modal insan yang diperlukan untuk memacu kemajuan dan kemakmuran negara kita yang tercinta.

Saya nukilkan dua buah tulisan di Dewan Masyarakat dan UTM NewsHub.

Selamat Hari Guru, cikgu!