Apa Yang Boleh Dipelajari dari Kejayaan Muhammad Zulfahmi Khairuddin

Sukan permotoran mungkin tidak sepopular sukan-sukan lain seperti badminton, bola sepak dan sebagainya di Malaysia. Bagaimanapun, nama Muhammad Zulfahmi Khairuddin sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam sukan ini. Beliau merupakan pelumba motosikal negara yang menunggang Kawasaki ZX-6R dalam Supersport World Championship. Biarpun pada peringkat awal penglibatannya dalam sukan ini dilihat kurang memberangsangkan, Zulfahmi akhirnya menaiki podium Moto3 pertamanya ketika dia tamat di kedudukan kedua di Grand Prix Portugal pada tahun 2012. Pada bulan Oktober 2012, beliau sekali lagi mencatat sejarah apabila menjadi pelumba pertama Malaysia yang menaiki podium ketika perlumbaan diadakan di negara sendiri di kedudukan tempat kedua. Apa yang boleh menjadi inspirasi kepada kita semua daripada kejayaan Zulfahmi ialah, jangan sesekali membelakangkan agama dan budaya kita apabila mengecap kejayaan. Jangan mudah lupa daratan dan ingatlah asal usul kita. Kita boleh lihat Zulfahmi yang melarikan diri daripada semburan arak oleh pelumba lain apabila berada di atas podium. Semburan arak ini merupakan upacara simbolik selepas pemenang-pemenang menaiki podium. Bagaimanapun tindakan Zulfahmi yang tidak ikut serta meraikan kejayaan dengan berpesta arak merupakan sesuatu yang harus dipuji.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=XaiIin3QcKs[/embedyt]

Speak Your Mind

*