[Bahagian 2] Kepentingan Kesinambungan Penyelidik Muda Di Institusi Pendidikan Tinggi

Sambungan dari https://people.utm.my/halim/bahagian-1-kepentingan-kesinambungan-penyelidik-muda-di-institusi-pendidikan-tinggi/

PIC SOURCE https://www.freepik.es/fotos-premium/joven-cientifico-mira-traves-microscopio-mientras-investiga-laboratorio-cientifico_5826201.htm#page=1&query=chemistry%20laboratory&position=15

UTM juga melaksanakan program mentor-mentee hasil inisiatif Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead). Salah satu matlamat program ini adalah untuk membantu penyelidik baru untuk mempersiapkan diri bagi memohon kelayakan profesional dan seterusnya meningkatkan peratus penyelidik di UTM berkelayakan profesional dalam bidang kepakaran masing-masing. Setiap mentor yang dipilih oleh fakulti dan dilantik oleh UTMLead akan membimbing beberapa orang mentee. Peranan role model atau mentor ini turut dapat memberi inspirasi kepada penyelidik muda. UTM turut mewajibkan penyelidik muda untuk menjalani latihan ikhtisas (LI) di agensi-agensi atau industri-industri tertentu. Matlamat utama program ini termasuklah meningkatkan bilangan staf yang mempunyai pengiktirafan kelayakan professional, mendapatkan pengalaman bekerja dalam bidang masing-masing, meningkatkan pengiktirafan pihak luar terhadap UTM dan meningkatkan jaringan dengan pihak industri. Antara program lain yang disediakan oleh UTM ialah M4E-Mentoring For Excellence. Program ini adalah program mentor-mentee secara berstruktur yang bertujuan memberi bimbingan kepada penyelidik muda dari segi kepimpinan institusi, pengajaran & pembelajaran, penyelidikan & inovasi dan amalan profesional. Program ini juga akan membantu dalam perkembangan bakat penyelidik muda yang menyokong pengembangan bakat kepimpinan akademik di peringkat universiti dan kebangsaan. Sehubungan itu, UTMLead terus berperanan dalam menyediakan program latihan yang berkualiti untuk staf UTM khususnya penyelidik muda. UTMLead berperanan membentuk dan membangunkan kepimpinan akademik ke arah kecemerlangan yang berterusan. UTMLead juga memperkayakan kepemimpinan semasa dengan pengetahuan baru dan terkini supaya peningkatan bakat dalam kalangan pemimpin masa hadapan dapat dipupuk. Pusat ini turut melatih ahli akademik muda untuk menyertai program CEO@Faculty. Program CEO@Faculty adalah inisiatif di bawah Lonjakan 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu Kecemerlangan Bakat.

Bersambung…

Speak Your Mind

*