Inspirasi Kejayaan Pandelela Rinong Kepada Murid Sekolah

Siapa yang tak kenal dengan Pandelela Rinong. Beliau merupakan atlet wanita negara pertama yang meraih pingat dalam Sukan Olimpik iaitu di Temasya London 2012. Di Temasya Rio 2016, beliau sekali lagi meraih pingat iaitu pingat perak dalam acara 10m papan anjal seirama bergandingan dengan Cheong Jun Hoong. Manakala di peringkat sukan SEA, beliau sememangnya tiada tandingan dalam acara terjun. Bagaimana beliau boleh memberi inspirasi kepada kita? Pandelela Rinong bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Bapanya dikatakan bekerja sebagai buruh upahan harian. Tetapi pada hari ini, ibu bapanya boleh tersenyum bangga dengan kejayaan yang diperolehi oleh anak mereka. berkat kesabaran dan pengalaman itulah yang mengajar kita untuk bersemangat untuk berjaya demi mengubah hidup kita. Ingatlah kejayaan tidak akan datang dengan mudah kerana ia memerlukan pengorbanan, keberanian dan kesungguhan. Tidak ada yang mustahil sekiranya kita cekal dan bersemangat untuk berjaya. Setiap daripada kita mempunyai kelebihan masing-masing yang mungkin boleh diketengahkan untuk berada pada tahap yang lebih tinggi. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), salah satu faktor keciciran dalam kalangan murid sekolah ialah kemiskinan. Justeru, apa yang boleh kita pelajari daripada kejayaan Pandelela ialah kemiskinan dan kesempitan hidup bukan penghalang bagi murid untuk menjadi individu yang berjaya dan cemerlang. Sebaliknya kekurangan seharusnya dijadikan pemangkin semangat untuk lebih berusaha mencapai kejayaaan. Begitu juga dengan ibu bapa yang harus memainkan peranan dengan sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi selagi ianya bermanfaat kepada mereka. Sekiranya anak-anak cenderung dalam bidang akademik, maka sokongan, perhatian dan galakan daripada ibu bapa kepada anak-anak untuk belajar dengan bersungguh-sungguh perlu diberikan secara berterusan. Dalam konteks Pandelela Renong, beliau dikatakan telah telah diberikan latihan intensif kecil dalam sukan renang di Sungai Rajang oleh bapanya yang telah mengenalpasti kecenderungannya dalam bidang terjun sejak beliau masih kecil lagi.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=dld1Ctrtfy0[/embedyt]

Comments

  1. Hi Dear, are yօu genuinely visiting this site daily, if so
    then you will witһout doubt obtain pleasant қnow-how.

Speak Your Mind

*