Ketahanan Mental Datuk Nicole Ann David dan Dato’ Lee Chong Wei

Nama Datuk Nicole Ann David dan Dato’ Lee Chong Wei sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Datuk Nicole Ann David merupakan pemain nombor satu dunia selama 108 bulan berturut-turut, sebelum menyerahkan kedudukannya pada September 2015. Beliau diakui oleh ramai pihak sebagai pemain skuasy wanita paling hebat sepanjang zaman. Antara pengiktirafan tertinggi Nicole termasuk permain terbaik Persekutuan Skuasy Wanita (Women’s Squash Association) sebanyak tujuh kali, iaitu pada tahun 2005 hingga 2010 dan 2012. Dato’ Lee Chong Wei pula menduduki ranking pertama dunia selama 199 minggu berturut-turut iaitu dari 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. Lee Chong Wei merupakan Olimpian terbaik Malaysia apabila memenangi pingat perak sebanyak tiga kali di tiga Sukan Olimpik iaitu di Temasya Beijing 2008, Temasya London 2012 dan Temasya Rio 2016. Hari ini Nicole David berusia 34 tahun dan Lee Chong Wei berusia 35 tahun, namun kedua-dua masih terus bersemangat beraksi dalam sukan skuasy dan badminton demi mengharumkan nama negara. Justeru usia bukan penghalang untuk terus berjaya. Ketahanan mental perlu kuat apatah lagi berhadapan dengan pemain-pemain yang lebih muda, ditambah lagi dengan tekanan dan harapan berjuta rakyat Malaysia. Justeru walau apa pun matlamat kita ke arah kebaikan, ketahanan mental sangat penting untuk berjaya. Kesimpulannya, kita tidak mungkin boleh berada di kedudukan di mana mereka berada sekarang. Sekurang-kurangnya kejayaan, semangat dan usaha yang mereka pamerkan mampu memberi inspirasi kepada kita semua khususnya murid-murid sekolah untuk terus berjaya dalam bidang yang kita semua impikan.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=HHhcxLGGBXc[/embedyt]

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=r2Z78BFZNJY[/embedyt]

Comments

  1. Ƭhanks very interesting Ьlog!

Speak Your Mind

*