Preparing Mathematics Teachers for the Challenges Ahead

Feel free to write my article for the UTM Newshub via the following link

https://news.utm.my/2026/06/preparing-mathematics-teachers-for-the-challenges-ahead

With my first-year undergraduate students

An Evening with my Anak-anak PA (Penasihatan Akademik)

Today is the last day of the lecture week this semester before the students have a one-week study break. Despite having a very packed schedule this semester and although we keep in touch via our WhatsApp group, I feel incomplete if I do not meet them in person. Therefore, I decided to meet all students under my academic advising (Penasihatan Akademik) at Tasik Ilmu UTM this evening. We started with physical exercises, a rubbish collection competition, and a chit-chat session. We ended the meeting with an early dinner. Alhamdulillah, everything went well as scheduled.

Top Education Journals in the 2026 JCR: SSCI & ESCI Highlights

The recently released 2026 Journal Citation Reports (JCR) provide valuable insights for researchers in the field of Education. In response, I have organised and filtered the latest SSCI and ESCI journal lists for your convenience. Please follow the provided link to view the list.

https://people.utm.my/halim/wp-content/uploads/sites/748/2026/06/SSCI-ESCI-2026.pdf

I have also created a simple infographic to highlight key similarities and differences between SSCI and ESCI in the field of Education for your reference. Click the link to view the infographic as well.

I hope you find this helpful. Please reach out with any questions.

Recognised Research Supervisor dari UK Council for Graduate Education (UKCGE)

https://news.utm.my/2026/06/dua-ahli-akademik-utm-terima-pengiktirafan-penyelia-penyelidikan-antarabangsa-dari-ukcge

Alhamdulillah.

First, I want to express my gratitude to Allah s.w.t for making this possible.

Many thanks to the School of Graduate Studies (SPS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), for nominating me to represent UTM this cycle. When I received a call from SPS, I immediately accepted. I enjoyed completing the reflection form, which required me to write no more than 5,000 words. Thanks to all the professors who reviewed my reflection and offered constructive comments and suggestions.

Thanks to my faculty, the Faculty of Educational Sciences and Technology (FEST), for its ongoing support, not only to me but also to all staff, both academic and non-academic.

Most importantly, I am grateful to all my esteemed students, who have shared the ups and downs, joys and sorrows with me. Without you, I am nothing.

Last but not least, I thank my family, who understand my job, even on weekends, when I invite students to come to our home for supervision.

Congratulations as well to Prof. Dr. Noor Hazarina Hashim. Alhamdulillah, we made it!

Lah, Bah, Ma dan Ek

Sudi-sudikan membaca makalah saya di Dewan Bahasa melalui pautan berikut:

My Experience Supervising Chinese PhD Students

Since 2022, many students from the People’s Republic of China have come to UTM for postgraduate studies. Initially, I noticed only my colleagues supervising students from China. Eventually, I received an email from a prospective Chinese PhD student, and I agreed to supervise her, assuming she had completed the necessary processes. During our first online meeting, I was surprised at her limited English proficiency, which made communication challenging. Since then, whenever I receive requests from prospective Chinese PhD students, I schedule an online interview to assess communication directly. Following several interviews, five students from China were officially assigned to me as their main PhD supervisor.

Su Xiaomei, Wang Qian, Wang Haosheng, Zhao Shan, and Yao Qi—all from China—recently graduated under my supervision, with Yao Qi being the latest to receive her senate letter. Besides these five, I also supervise students from Malaysia and Indonesia, but this article is dedicated to my Chinese PhD students. With their permission, I share their stories in the order they enrolled. Su Xiaomei was the first. Initially, communication was difficult, so I appointed co-supervisors to support her. When she arrived at UTM, her English improved markedly, likely due to classes and time spent on campus. After collecting data back in China, Su Xiaomei was diagnosed with breast cancer and decided not to return to UTM. Despite these challenges, she was the last of the five to defend her viva, earning a B1. Her perseverance inspired me greatly, and I was moved to tears after her success.

Dr. Su Xiaomei

Dr Wang Qian and Wang Haosheng were the second and third Chinese PhD students I supervised. They formed a close partnership at UTM, often working together in the library. Wang Qian, a mother of two, typically stayed at UTM for short periods before returning to China. She was my first Chinese PhD student to graduate under my supervision and publish in a Q1 SSCI journal. Wang Haosheng, working from his hometown, shared similar habits. He became engaged before his proposal defence and married later; unexpectedly, his wife gave birth the day after his viva, which he managed to attend thanks to a quick flight home.

Dr. Wang Qian & Dr. Wang Haosheng

Zhao Shan, my fourth student, also worked in China but visited UTM twice a year, making the most of her time to meet set milestones.

Dr. Zhai Shan

Yao Qi, my fifth student, had just married when she first arrived at UTM. She informed me at our initial meeting that she was pregnant, and I supported her through medical check-ups. She returned to China in her third trimester and safely delivered her baby. She continued her studies, balancing research with family, and delivered her second baby a few months before her online viva.

Dr. Yao Qi

I am proud that all five of my Chinese students have completed their PhDs at UTM. Every PhD journey is unique. Although your studies have ended, the memories remain.

Konstruksi

Saya mungkin pernah menerbitkan beberapa buah esei di Dewan Sastera melalui platform dalam talian Jendela DBP.

Namun, sebagai penulis yang masih bertatih dalam dunia penulisan cerpen, saya terharu apabila melihat karya saya diterbitkan dalam versi bercetak Dewan Sastera edisi Jun 2026.

Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan antara majalah sastera paling berprestij dan berpengaruh di Malaysia.

Bagi saya, melihat cerpen tersiar dalam majalah ini memberikan suatu kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Perasaannya seolah-olah seorang penyelidik berjaya menerbitkan makalah dalam jurnal berimpak kelompok 10 peratus terbaik dunia.

Jangan lupa dapatkannya di pasaran. Juga boleh didapati di PBAKL yang sedang berlangsung.

Alhamdulillah

Loceng Tidak Lagi Berdentang

https://wadahdbp.my/lentera-kreatif/loceng-tidak-lagi-berdentang

Sumber: Wadah DBP

Selamat Hari Guru 2026!

Guru merujuk kepada pendidik, insan yang menyampaikan bukan sahaja ilmu, tetapi setiap aspek yang bermanfaat kepada penerimanya.

Bitara merujuk kepada tiada tandingannya.

Nadi diibaratkan selagi ia berdenyut, selagi itu negara akan ‘hidup’.

Negara, merujuk kepada Malaysia, tanah air kita yang tercinta.

Saya suka tema Hari Guru tahun ini. Ia sangat tepat menggambarkan peranan guru yang sentiasa memastikan kita tidak ketandusan modal insan yang diperlukan untuk memacu kemajuan dan kemakmuran negara kita yang tercinta.

Saya nukilkan dua buah tulisan di Dewan Masyarakat dan UTM NewsHub.

Selamat Hari Guru, cikgu!

Addis Ababa, Cairo dan Muscat

Alhamdulillah, saya selamat tiba di Kuala Lumpur dari Muscat dengan menaiki Oman Air. Perjalanan kali ini bukan sekadar menghadiri konferens, tetapi sebuah kembara yang saya rancang sejak usai menghadiri konferens yang sama tahun lalu. IEEE EDUCON menjadi medan akademik tahunan saya. Setiap kali memilih untuk hadir, saya akan memastikan lokasinya ialah negara yang belum pernah saya jejaki, dan pada masa yang sama saya akan menyusun perjalanan supaya dapat singgah di beberapa negara lain yang juga baharu bagi saya. Satu perjalanan, pelbagai pengalaman.

Apabila saya mengetahui sejak tahun lalu bahawa Cairo akan menjadi tuan rumah, saya terus memasang niat. Saya mula menyimpan sedikit demi sedikit daripada gaji bulanan. Sama ada kertas kerja persidangan saya diterima atau tidak, itu perkara kedua. Yang penting, saya bersedia dari segi kewangan. Sejurus selepas keputusan penerimaan diterima pada awal Januari 2026, saya terus menempah tiket kapal terbang. Laluan kali ini membawa saya dari Kuala Lumpur ke Addis Ababa bersama Ethiopian Airlines, kemudian ke Cairo dengan EgyptAir, sebelum menaiki Oman Air ke Muscat, dan akhirnya dari Muscat ke tanah air. Penutup perjalanan, saya menaiki bas YoYo dari KLIA1 ke Terminal Larkin.

Jika saya susun pengalaman ini dalam bentuk ranking peribadi, tempat ketiga saya berikan kepada Addis Ababa, Ethiopia dengan lima bintang. Ethiopia merupakan pengalaman pertama saya menjejakkan kaki di negara benua Afrika. Kota ini sedang membangun, namun sebagai pelancong, saya perlu lebih berhati-hati. Saya sempat berada di sana selama tiga hari dua malam. Friendship Park sangat indah, tetapi cabaran mencari makanan halal yang benar-benar diyakini agak terasa. Saya memilih makanan vegetarian sebagai langkah berjaga-jaga. Namun begitu, kopi Ethiopia memang luar biasa dan memberikan pengalaman tersendiri.

Tempat kedua saya berikan kepada Muscat, Oman dengan enam bintang. Kota ini tenang, tersusun, dan sangat mesra kepada para pelancong. Penduduknya mudah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan suasananya tidak sesibuk seperti di kota-kota besar yang lain. Namun, kos hidup di sini agak tinggi. Saya sendiri terkejut dengan harga perkhidmatan asas seperti printing. Walaupun begitu, pengalaman di hotel sangat menyenangkan apabila saya dibenarkan untuk check-in awal dan check-out lewat tanpa caj tambahan. Penerbangan bersama Oman Air juga sangat selesa. Betullah kata orang, syarikat penerbangan dari Timur Tengah sememangnya berada pada kelas tersendiri.

Tempat pertama saya berikan kepada Cairo, Mesir dengan tujuh bintang. Pada awalnya, saya mengalami sedikit kejutan budaya dengan trafik yang sangat padat dan tidak teratur. Namun di sebalik itu, Cairo mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Kos hidup yang murah, makanan yang sangat lazat dan pelbagai, serta buah-buahan yang segar menjadikan pengalaman di sini sangat memuaskan. Persidangan berjalan dengan baik dan saya berpeluang membentangkan kajian sambil memperkenalkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Malaysia. Excursion persidangan hanya melibatkan lawatan ke piramid dan muzium nasional. Namun, pengalaman di Cairo menjadi lebih bermakna apabila saya berpeluang melawat Universiti Al-Azhar dan Masjid Al-Azhar. Walaupun berdepan dengan kekangan bahasa, saya berjaya berkomunikasi dengan pemandu tempatan dan perjalanan itu menjadi salah satu kenangan paling berharga. Bahkan pengalaman kecil seperti lif hotel yang rosak akhirnya memberi hikmah apabila saya dibenarkan check-out lewat tanpa caj tambahan.

Sesungguhnya, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Addis Ababa, ke Cairo dan seterusnya ke Muscat memberikan seribu satu pengalaman yang sukar dilupakan. Setiap tempat ada ceritanya, ada cabarannya, dan ada keindahannya yang tersendiri. Benarlah kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tetap negeri sendiri yang terbaik. Semoga Allah terus memberikan saya peluang dan rezeki untuk meneroka lebih banyak negara pada masa akan datang, insya-Allah.

UTM Open Day