Tips Perjalanan Jauh Bersama Anak Kembar

Perjalanan merentas negeri (dalam kes saya, dari Johor ke Negeri Sembilan melalui Melaka) bersama-sama anak-anak kecil merupakan satu cabaran tetapi pasti akan menjadi momen yang indah pada masa hadapan kelak. Saya, isteri dan anak-anak balik ke kampung saya di Negeri Sembilan pada hari Jumaat yang lalu dan saya ambil cuti hari ini untuk pulang semula ke Johor Bahru. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa tiga jam boleh bertambah berjam-jam lamanya. Ini kali kedua membawa anak-anak balik kampung Negeri Sembilan. Sebelum ini, mereka berusia satu bulan lebih dan kebanyakan masa mereka diisi mereka dengan tidur dalam carrier dalam kereta. Tapi kali ini cabarannya lebih besar kerana mereka sudah pandai membezakan malam dan siang (bagus untuk deria rasa matematik mereka). Jadi siang mereka banyak berjaga daripada tidur sepanjang perjalanan. Saya kongsikan beberapa tips membawa anak-anak kecil berjalan jauh berdasarkan pengalaman saya kali ini:

  1. Bawa plastik untuk lampin terpakai dan lampin yang secukupnya untuk sepanjang perjalanan. Tadi kakak dan adik poo poo banyak dalam kereta. Baunya semerbak dalam kereta. Berhenti di tempat yang selamat untuk menukar lampin mereka kerana kanak-kanak berasa tidak selesa kalau ada poo poo dalam lampin mereka. Pastikan bawa wet tissue juga dalam kereta.
  2. Atas nasihat rakan-rakan dan pembacaan dari sumber internet, bayi sepatutnya duduk di dalam kerusi kereta bayi menghadap ke belakang. Sebaik-baiknya carrier/kerusi bayi berada di tempat duduk belakang. Jangan letakkan kerusi kereta bayi anda di tempat duduk penumpang hadapan yang ada beg udara. Pakaikan tali pinggang keselamatan dengan baik. Dalam kes saya, ada dua carrier kat tempat duduk belakang dan ibu mereka akan duduk di tengah-tengah untuk melayan mereka. Sabar ya ibu.
  3. Bawa bakul yang mengandungi termos, susu formula, air masak dan botol susu mereka. Walaupun ada susu ibu, dalam kes saya, agak merbahaya untuk ibu mereka menyusukan mereka serentak semasa saya sedang memandu. Jadi sekiranya mereka lapar, berhenti di mana-mana kawasan yang selamat untuk susukan mereka. Dinasihatkan juga susukan anak sebelum memulakan perjalanan kerana kebarangkalian mereka untuk tidur sejurus selepas masuk sahaja ke dalam kereta agak tinggi. Ibu dan babah kena kenyang juga supaya tak perlu singgah mana-mana kedai makan semasa dalam perjalanan.
  4. Pasang muzik yang selalunya kita pasang sewaktu malam semasa mereka tidur supaya mereka lama lena diulit mimpi.
  5. Seperti orang dewasa, mereka pun sengal-sengal otot sekiranya duduk atau baring terlalu lama dalam perjalanan. Jadi cuba berhenti beberapa kali untuk dukung mereka, tenangkan mereka dan main dengan mereka. Kemudian letakkan kembali ke tempat duduk mereka untuk menyambung perjalanan.
  6. Sediakan beberapa bentuk hiburan dalam kereta. Dalam kes saya, saya sediakan loceng dan handphone untuk mainkan lagu-lagu Didi & Friends.
  7. Paling penting, babah kena drive dengan tenang. Jangan panik kalau kedua-dua anak mengamuk serentak dalam kereta. Bagi ibu kawal keadaan. Kalau ibu tak dapat kawal keadaan, berhenti di kawasan yang selamat dan tenangkan mereka.
    Sekian, itu sahaja perkongsian babah berdasarkan pengalaman. Lepas ni, kita bercuti di Desaru ya anak-anak.
Gambar babah tengah cuci poo poo kakak

Speak Your Mind

*