Mereka dipilih mewakili negara oleh Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) dan Malaysia Japan International Institute Of Technology (MJIIT) untuk menyertai WRS yang diadakan sempena Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun pada tahun 2020 nanti.
“Walaupun pasukan kami baru ditubuhkan namun dapat bekerjama dengan baik sehingga berjaya di peringkat antarabangsa,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tembak, Kuala Lumpur ini.
Hafiz dan Danial Faiz dari sekolah yang sama manakala Muhammad Hariz adalah pelajar SMK Aminuddin Baki dan Kishan di SMK St. John’s.
Pasukan ini diselia dan dibimbing oleh Pensyarah Kanan MJIIT, Dr Mohd Azizi Abdul Rahman dan guru SMK Padang Tembak, Ruhil Nazian Nawang.
Sementara itu, Pengetua SMK Padang Tembak, Zubidah Md. Yunos berkata, kejayaan dua pelajarnya merupakan kesinambungan menyertai pelbagai pertandingan berkaitan inovasi dan penyelidikan di peringkat zon, negeri mahupun kebangsaan.
Artikel Penuh diperolehi daripada: http://www.utusan.com.my/pendidikan/4-harumkan-nama-negara-di-jepun-1.524947#ixzz4sVmOmuYJ
© Utusan Melayu (M) Bhd