Category Archives: Announcement

PERTANDINGAN MEWARNA WANGI UTM KL KHAS UNTUK ANAK-ANAK AHLI

JOM SERTAI PERTANDINGAN MEWARNA WANGI UTMKL  
    Salam Kemerdekaan Malaysia ke-64

Dalam usaha berterusan mendidik dan memupuk  semangat kemerdekaan kepada generasi masa hadapan sedari kecil lagi, Persatuan Wanita Teknologi – WANGI, UTM Kuala Lumpur akan menganjurkan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak sempena Sambutan Hari Merdeka ke 64 Peringkat UTM Kuala Lumpur khas buat anak-anak ahli WANGI UTM KL. 

Pertandingan ini dibuka mulai

  30 Ogos 2021 sehingga 09 September 2021  

Oleh itu, kami amat berbesar hati menjemput seluruh anak-anak ahli WANGI UTM KL untuk menyertai pertandingan ini. 

Panduan penyertaan  

1)Pertandingan Menconteng Mask

•Terbuka kepada anak–anak ahli WANGI UTM KL berusia 13-17 tahun

•PENSEL WARNA, WARNA AIR,dan KRAYON adalah dibenarkan.

•Tema berkaitan dengan Hari Kemerdekaan Malaysia

•Setiap Penyertaan hanya 1 sahaja design 

•Setelah siap peserta perlu mengambil gambar dengan jelas danmenghantar penyertaan ke emel urusetia beserta nama, alamat dan nombor telefon peserta. 

2) Pertandingan Mewarna

•Terbuka kepada anak–anak ahli WANGI UTM KL berusia 12 tahun dan ke bawah

•PENSEL WARNA,WARNA AIR,dan KRAYON adalah dibenarkan.

•Peserta perlu cetak lukisan yang disertakan seperti di lampiran di atas kertas A4 sebelum diwarnakan

•Selesai mewarna snap gambar dengan jelas dan hantar lukisan penyertaan ke emel urusetia.

   TARIKH TUTUP PENGHANTARAN HASIL LUKISAN :  9.9.2021   

Hasil penyertaan hendaklah diemelkan kepada: fauziahm.kl@utm.my 

Semua peserta yang menyertai akan menerima Sijil Penyertaan.

Keputusan  akan dimaklumkan kepada pemenang dalam tempoh seminggu selepas tarikh tutup penyertaan.

Semua pemenang akan di hubungi untuk Penyerahan Hadiah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Fauziah binti Mail di emel fauziahm.kl@utm.my atau Puan Zuriana binti Sudin di talian 03-26154588.

   ” Mekar & Dinamik ” 

 Yang benar ,

ADMIN WANGI UTM KUALA LUMPUR

“INTERACTIVE ENGLISH PROGRAM” (INTENPRO) OCTOBER 2020

Please be informed that, Talent Development Section, Registrar Department will organize Interactive English Program (INTENPRO). With our greatest pleasure, we cordially invite all staff to join this program.  The details of program are as follows:-

Title           : INTENPRO PECHAKUCHA FORMAT PRESENTATIONS
 
Host            : Faculty of Engineering via webex (https://n9.cl/cql9)
Date         :20th October 2020 (Tuesday)

Time         : 2.30 pm – 3.30 pm 

Target Audience      : UTM Staff
Come and join us! Attendance will be recorded into the UTMSMile system for CPD points. 

3rd WEEK OF THE MONTH AS ENGLISH WEEK IN UTM

3rd WEEK OF THE MONTH AS ENGLISH WEEK IN UTM

We would like to announce that UTM is implementing the following programmes to enhance the use of English among the staff.

All staff of UTM are required to use English regularly in UTM to develop their confidence to communicate with foreigners. This is to provide daily training for UTM staff besides the formal training programmes offered by Talent Development Section (Registrar’s Department).

The implementation will be effective every 3rd week of every month starting from 18th – 22nd October 2020. Heads of Departments are to ensure that the program is successfully carried out at the department level involving all staff.

Your cooperation in ensuring the success of the program is highly appreciated.

Thank you.

KURSUS PERSEDIAAN APEL UTM 12 SEPT 2020

Pusat Penilaian APEL UTM akan mengadakan KURSUS PERSEDIAAN APEL bagi calon yang ingin mengambil Ujian Penilaian APEL. Butiran kursus adalah seperti berikut:

Masa: 9am – 1pm
Tarikh: 12 September 2020 (Sabtu)
Online: Aplikasi Webex

Kursus ini diadakan bertujuan bagi membantu calon APEL yang ingin menjalani penilaian APEL bagi kemasukan ke universiti. Maklumat yang akan dikongsikan adalah berdasarkan langkah-langkah pendaftaran penilaian APEL, format soalan dan konsep APEL khususnya.

Pembayaran adalah secara atas talian menggunakan FPX sama ada debit atau credit (Visa / Master):

1. sila layari laman sesawang berikut untuk pembayaran: https://ecommerce.utm.my/ecommerce/.

2. Pilih kod: Code UTM0396 -Kursus Persediaan APEL

3. Sila mendaftar di pautan PENDAFTARAN dan muat naik bukti bayaran di borang pendaftaran.

Terima Kasih
Regards,
Pusat Penilaian APEL UTM
Bangunan BATC,
Universiti Teknologi Malaysia

Jalan Sultan Yahya Petra

Kuala Lumpur
+603-2180 5319

Distinguished Lecture Series #41 : Prof. Duc Truong Pham, Univ. of Birmingham, UK

Topic : “Robotic Disassembly as an Enabler of Smart Remanufacturing”
 
Guest Speaker : Prof. Duc Truong Pham, Univ. of Birmingham, UK
 
Date : 26 August 2020 (Wednesday)
 
Time :  4:00 PM (Malaysia)
 
Attendance Record (CPD):
Google Form for recording staff attendance will be pinned in the comment during the live session.

Innovative.entrepreneurial.Global


FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Malaysia
0182380806
fk@utm.my

PROGRAM SENAMROBIK PERDANA UTM KUALA LUMPUR – Low Impact Tabata Siri 5/2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Sukan UTM Kuala Lumpur akan menganjurkan SenamrobikPerdana – Low Impact Tabata Siri 5/2020. Program akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh       :  26 Ogos 2020 (Rabu) 


  Masa        : 

          7.30 pagi – Ketibaan Staf dan Jemputan Khas (Staf UTM SPACE,                                      UTM Holding, dan PAUTM) dan Pendaftaran/Imbasan QR                                Code

          7.45 pagi – Penerangan Ringkas S.O.P Senamrobik 

          8.00 pagi – Senaman Low Impact Tabata

          8.45 pagi –  Bersurai

Tempat     :  Dataran Menara Razak UTM Kuala Lumpur    

Tema Pakaian : Kuning

  1. Untuk maklumansemua, di dalam tempoh pemulihan dalam menuju normalisasi yang baharu, Pusat Kecemerlangan Sukan telah membentuk S.O.P bagi Pelaksanaan Aktiviti Senamrobik ini berdasarkan Panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Keselamatan Negara. Setiap individu perlu menggalas tanggungjawab dalam memastikan setiap S.O.P yang digariskan dipatuhi dengan penuh berdisiplin agar kebersihan diri dan persekitaran UTM Kuala Lumpur sentiasa terpelihara.
  2. Semoga dengan program ini memberi impak yang positif kepada aspek fizikal, mental, dan spiritual warga kampus dan seterusnya budaya ini menjadi titik mula kearah kehidupan normalisasi yang baru dan lebih sihat. Kerjasama seluruh warga kampus dalam menjayakan prorgam ini amat dihargai. Untuk makluman, air mineral cuptidak dibekalkan dalam menyokong usaha menjadikan UTM sebagai Kampus Lestari.
  1. Bersama-sama ini dilampirkan S.O.P Pelaksanaan Program Peringkat UTM Kuala Lumpurdan E-Banner Program Senamrobik Perdana sebagai rujukan dan tindakan semua.

Saringan suhu TIDAK akan dilakukan semasa pendaftaran memandangkan dua kali saringan telah dilakukan iaitu di Pos Pengawal dan Jabatan masing-masing

Warga kampus DIGALAKKAN membawa SANITIZER sendiri sebagai langkah kebersihan sebelum, semasa, dan selepas aktiviti.

Sekian, terima kasih

“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”

Saya Yang Menjalankan Amanah,

NABIL HAZWAN BIN MUHAMAD HASIM

Pegawai Belia dan Sukan

Pusat Kecemerlangan Sukan
Pejabat Hal Ehwal Pelajar

Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

CAR FREE CAMPUS@UTM KUALA LUMPUR 1.0 l SERIES 01/2020

Assalamualaikum & Greetings,
 
We are pleased to inform you that Car Free Day@UTM Kuala Lumpur has been rebranded to Car Free Campus@UTM Kuala Lumpur. The programme is scheduled every Wednesday the 3rd week of the month.

For your information, UTM Kuala Lumpur Campus has now been gazetted as a Car Free Campus for the entire area.

Therefore, staff and students are encouraged to park their vehicles at Residensi UTMKL with a minimum charge fee of RM1.00 per entry.

Motorcycles can be parked at the Solar Panel nearby the Maktab 1 entrance.

 
Mark your calendar!
23 September 2020 (Wednesday)

 

MAJLIS BERSAMA NAIB CANSELOR (OGOS) & PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN UTM 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Saudara,

 

 

Sebagai peringatan mesra, seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijemput untuk hadir ke Majlis Bersama Naib Canselor (Ogos) & Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan UTM 2020 seperti perincian berikut:

 

 

Tarikh: 11 OGOS 2020 (SELASA)

Masa: 8.30 pagi

Tempat:

  1. Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru

(terhad kepada 500 orang peserta terawal)

 

[LINTAS LANGSUNG]

  1. Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur

(terhad kepada 200 orang peserta terawal)

 

iii. UTM Kampus Pagoh

 

Pakaian:

– Pakaian korporat UTM

 

 

Siaran langsung secara dalam talian(online) boleh diikuti menerusi pautan:

www.facebook.com/groups/utmcommunity

 

ATUR CARA

8.00 pagi       : Ketibaan tetamu

8.30 pagi         Ketibaan YBhg Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar

Naib Canselor, UTM

: Nyanyian Lagu Negaraku

: Bacaan Doa

: Penyampaian Sijil Pelantikan & Kenaikan Pangkat

: Penyampaian/Slot Khas

: Pelancaran Sambutan Kemerdekaan

: Ucapan oleh YBhg Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor, UTM

: Nyanyian Lagu Keunggulan Terbilang

10.00 pagi     : Majlis Bersurai

Oleh yang demikian, mana-mana Fakulti/Bahagian/Persatuan yang berhasrat untuk memohon slot pemakluman oleh Naib Canselor atau slot khas (perasmian, pelancaran, penghargaan atau yang bersesuaian) di dalam majlis ini perlulah membuat permohonan kepada pihak urusetia (Pejabat Hal Ehwal Korporat) selewat-lewatnya 6 Ogos 2020 (Khamis), jam 5.00 petang di pautan berikut:  https://corporateaffairs.utm.my/corporateevents/slot-mbnc/

 

Hanya slot yang bersesuaian sahaja yang akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam majlis.

 

MAKLUMAN PENTINGSemua staf yang ingin turut serta di lokasi yang dinyatakan di atas, hendaklah mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan serta memakai pelitup muka. Mana-mana staf yang gagal berbuat demikian tidak akan dibenarkan untuk turut serta di dalam dewan.

 

 

 

Sekian, harap maklum.

Pejabat Hal Ehwal Korporat  / Office of Corporate Affairs

Universiti Teknologi Malaysia

Skudai, Johor, Malaysia

Site: http://corporateaffairs.utm.my