PERTANDINGAN MEWARNA WANGI UTM KL KHAS UNTUK ANAK-ANAK AHLI

JOM SERTAI PERTANDINGAN MEWARNA WANGI UTMKL  
    Salam Kemerdekaan Malaysia ke-64

Dalam usaha berterusan mendidik dan memupuk  semangat kemerdekaan kepada generasi masa hadapan sedari kecil lagi, Persatuan Wanita Teknologi – WANGI, UTM Kuala Lumpur akan menganjurkan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak sempena Sambutan Hari Merdeka ke 64 Peringkat UTM Kuala Lumpur khas buat anak-anak ahli WANGI UTM KL. 

Pertandingan ini dibuka mulai

  30 Ogos 2021 sehingga 09 September 2021  

Oleh itu, kami amat berbesar hati menjemput seluruh anak-anak ahli WANGI UTM KL untuk menyertai pertandingan ini. 

Panduan penyertaan  

1)Pertandingan Menconteng Mask

•Terbuka kepada anak–anak ahli WANGI UTM KL berusia 13-17 tahun

•PENSEL WARNA, WARNA AIR,dan KRAYON adalah dibenarkan.

•Tema berkaitan dengan Hari Kemerdekaan Malaysia

•Setiap Penyertaan hanya 1 sahaja design 

•Setelah siap peserta perlu mengambil gambar dengan jelas danmenghantar penyertaan ke emel urusetia beserta nama, alamat dan nombor telefon peserta. 

2) Pertandingan Mewarna

•Terbuka kepada anak–anak ahli WANGI UTM KL berusia 12 tahun dan ke bawah

•PENSEL WARNA,WARNA AIR,dan KRAYON adalah dibenarkan.

•Peserta perlu cetak lukisan yang disertakan seperti di lampiran di atas kertas A4 sebelum diwarnakan

•Selesai mewarna snap gambar dengan jelas dan hantar lukisan penyertaan ke emel urusetia.

   TARIKH TUTUP PENGHANTARAN HASIL LUKISAN :  9.9.2021   

Hasil penyertaan hendaklah diemelkan kepada: fauziahm.kl@utm.my 

Semua peserta yang menyertai akan menerima Sijil Penyertaan.

Keputusan  akan dimaklumkan kepada pemenang dalam tempoh seminggu selepas tarikh tutup penyertaan.

Semua pemenang akan di hubungi untuk Penyerahan Hadiah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Fauziah binti Mail di emel fauziahm.kl@utm.my atau Puan Zuriana binti Sudin di talian 03-26154588.

   ” Mekar & Dinamik ” 

 Yang benar ,

ADMIN WANGI UTM KUALA LUMPUR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *