Category Archives: Announcement

PROGRAM MEMBANGUN PERSONALITI UNGGUL BIL. 4/2017

Assalamualaikum w.r.t. w.b.t. dan Salam Sejahtera,
YBrs. Prof./Prof. Madya /Dr /Tuan /Puan /Saudara,
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Program Membangun Personaliti Unggul Bil. 4/2017  akan diadakan pada ketetapan berikut:-

              Tarikh             : 21 Ogos 2017 (Isnin)


              *Masa               : 2.30 petang – 4.30 petang 

              Tempat            : Dewan Azman Hashim, Menara Razak UTMKL
 
              Tajuk               :  ‘Kemerdekaan Yang Hakiki’
              
              Penceramah   : S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan
  3.      Sehubungan dengan itu seluruh warga kampus adalah dijemput hadir ke program ini. Kehadiran YBhg. Tan Sri/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan dikira sebagai menghadiri latihan dan akan direkodkan dalam UTMSmile.

Sekian, terima kasih.

   * Pindaan masa dari jam 2.00 petang kepada jam 2.30 petang. Harap maklum.

KEMPEN KITAR SEMULA UTMKL SIRI 1/2017

Adalah dimaklumkan Universiti Teknologi Malaysia  Kuala Lumpur (UTM ​KL) akan ​mengadakan ​Kempen Kitar Semula UTMKL Siri 1/2017 
​pada 16 Ogos 2017 (Rabu) ​bermula jam 9.00 pagi di ​Jalan Cantik, UTMKL.
 ​

Beberapa aktiviti telah dijadualkan bersempena dengan Kempen Kitar Semula ini antaranya:

​i. Jualan Bahan Kitar Semula (Cash for Trash / Buy Back)​ di mana seluruh warga UTMKL boleh membawa barang-barang yang boleh dikitar semula seperti yang tertera pada poster di bawah untuk dijual kepada pihak DRB Hicom Environmental Services
ii. Sumbangan Buku, Makanan Kering & Pakaian
iii. Jumble Sale Amal di mana kesemua hasil jualan akan disumbangkan terus ke Tabung Because We Care Chancellor’s Fund (BWCCF).  Seluruh warga UTM dijemput untuk menyumbang pakaian, perhiasan atau peralatan terpakai untuk tujuan jualan ini. Sila rujuk poster di bawah untuk maklumat lanjut.
iv. Pameran Kesedaran Kitar Semula.

​Sehubungan dengan itu, seluruh warga UTMKL dijemput hadir sama bagi memeriahkan lagi program serta mendapat pendedahan tentang Kempen ini. ​

Kehadiran akan direkodkan di dalam UTMSmile.​
​Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr. Pramila Tamunaidu di pramila@utm.my atau 603-22031523​
Sekian, terima kasih.

JEMPUTAN KE JERAYAWARA PENILAIAN PRESTASI STAF AKADEMIK (eLPPT)

 

JERAYAWARA PENILAIAN PRESTASI STAF AKADEMIK (eLPPT)

 

Dimaklumkan Jerayawara (roadshow) Penilaian Prestasi Staf Akademik (eLPPT) akan diadakan pada tarikh berikut :

 

Bil

 

Tarikh & Masa

 

Tempat

 

PTJ Terlibat

 

1. 18.08.2017 (Jumaat)

3.00 petang –

5.00 petang

Dewan Azman Hashim

Menara Razak

UTM Kuala Lumpur

 

Semua staf akademik UTM Kuala Lumpur
2. 20.08.2017 (Ahad)

11.00 pagi –

1.00 tengah hari

Dewan Kuliah 2

Blok E07

FKM

UTM Johor Bahru

 

FKM, FKA, FKT & FC
3. 27.08.2017 (Ahad)

9.00 pagi – 11.00 pagi

Bilik Seminar Al-Dinawari

FBME

UTM Johor Bahru

 

FBME, FTI & FM
4. 30.08.2017 (Rabu)

9.00 pagi – 11.00 pagi

Dewan Seminar, Aras 4, CICT

UTM Johor Bahru

 

FAB, FGHT, FP, FS, FKE & AB

 

Sehubungan itu, semua staf akademik dijemput hadir dan kehadiran akan direkodkan.

Terima kasih.

 

PERFORMANCE APPRAISAL FOR ACADEMIC STAFF (eLPPT) ROADSHOW

Please be informed that Performance Appraisal for Academic Staff (eLPPT) Roadshow will be held as follows:

 

No.

 

Date & Time

 

Venue

 

Faculty

1. 18.08.2017 (Friday)

3.00 pm – 5.00 pm

Dewan Azman Hashim

Menara Razak

UTM Kuala Lumpur

 

All academic staff of UTM Kuala Lumpur
2. 20.08.2017 (Sunday)

11.00 am – 1.00 pm

Dewan Kuliah 2

Blok E07

FKM

UTM Johor Bahru

 

FKM, FKA, FKT & FC
3. 27.08.2017 (Sunday)

9.00 am – 11.00 am

Bilik Seminar Al-Dinawari

FBME

UTM Johor Bahru

 

FBME, FTI & FM
4. 30.08.2017 (Wednesday)

9.00 am – 11.00 am

Dewan Seminar, Aras 4, CICT

UTM Johor Bahru

 

FAB, FGHT, FP, FS, FKE & AB

 

All academic staff are invited and attendance will be recorded.

Thank you.

innovative . entrepreneurial . global

Yours sincerely,

HARIYANI BINTI KHALID

Senior Assistant Registrar

Human Resource Division

Registrar Office

Universiti Teknologi Malaysia

81310 UTM Johor Bahru, Malaysia

Office:+ 607-5530450 / Fax : + 607-5561722

Primary Email: hariyani@utm.my | Secondary Email: hariyaniutm@gmail.com | Site: http://www.utm.my/registrar

Human Resource-PPSM Secretariat-Performance Management-Academic Personnel

 

 

innovative . entrepreneurial . global
*Maklumbalas Anda Amat Diperlukan bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Kami*

INTRODUCTION TO COMPREHENSIVE STEM ONLINE COURSEWARE – 3rd August 2017

Y.Bhg.Prof./Prof.Madya/Dr./Saudara,

  1. Satu taklimat mengenai Introduction to Comprehensive STEM Online Courseware akan diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh     :   3 Ogos 2017 (Khamis)

Masa       :   2.30 petang – 4.30 petang                  
Tempat   :   Dewan UTMLead

2.     Semua staf akademik yang berminat adalah dijemput hadir.

 

Synopsys:

Möbius is built on the notion that people learn by doing. Your students can explore important concepts using engaging, interactive applications, visualize problems and solutions, and test their understanding by answering questions that are graded instantly. Throughout the entire lesson, students remain actively engaged with the material and receive constant feedback that solidifies their understanding.

Today’s students are used to instant results in almost everything they do. Möbius allows you to integrate powerful, dynamic learning and assessment tools throughout your online course materials, so your students receive constant feedback that keeps them engaged and on-track.

It is designed especially for mathematics, science, engineering, and technology courses, Möbius provides the tools you need to author and deliver rich, engaging online offerings for STEM education.

Developing an effective, high-quality online education courses requires the right balance between volume and quality of content, interactivity, and speed and ease of access. Achieving this balance can provide numerous benefits to institutions, instructors and students alike, including but not limited to the following:

  • Reduction in overhead costs
  • More cost-effective delivery of, and access to, education
  • Access to institutions without geographical constraints
  • Increased class sizes
  • Easing the burden on teachers with automatic grading and data analysis tools
  • Increased convenience and ease of accessibility
  • Customized learning experiences

Most institutions realize the inevitability of moving education online, but encounter challenges in practice. It is essential that institutions invest the time and resources to make the move to online education correctly. A significant part of that process is selecting the right courseware platform; one that is effective, interactive, innovative, and designed specifically to meet the particular requirements of STEM courses.

Agenda:

  • Introduction to comprehensive STEM online Courseware – designed by Maple & Mobius
  • Integrating with e-learning.
  • A whole list of available on-line courses
  • complete automated online testing and assessment systems
  • Moodle integrate with Mobius system

Sekian terima kasih.

Priscilla A/P Prapagara

Pembantu Tadbir

Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL)

Pusat Kepimpinan Akademik (UTMLead)

Universiti Teknologi Malaysia

81310 Johor Bahru

Office:075537858

Primary Email: priscilla@utm.my

Soal Selidik Mengenai Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Ruang di Menara Razak UTM Kuala Lumpur tempoh dari 21 – 4 Ogos 2017

Assalamualaikum wrh. wbt. & Salam Sejahtera
Saudari,
 
Dengan segala hormatnya emel bertarikh 20 Julai seperti dibawah adalah dirujuk.
 
Hasil daripada edaran soal selidik sehingga 1 OGOS 2017, jumlah response yang diterima adalah seperti berikut:
Menara Razak : Staf (13), Pelajar (51) & Pelawat (0)
 
Memandangkan jumlah maklum balas yang amat rendah, soal selidik ini akan dilanjutkan sehingga 4 Ogos 2017 supaya lebih banyak data yang dapat dikumpulkan.
 
Berikut adalah link untuk soal selidik yang baru:
 

Mohon kerjasama saudari untuk menghebahkankan soal selidik berikut agar laporan output ruang bagi projek RMK9 dapat dilaporkan kepada pihak KPT.
Sekian, terima kasih
 
 
 
innovative.entrepreneurial.global
 
Fathiah binti Abd Nasir
Secretary to the Deputy Director of Works
Office of Asset and Development
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur
Office:(+603)-261 54987 | Mobile: +6017-5457003 | Fax: (+603)-2691 0737

Primary Email: fathiah@utm.my | Website: http://kl.utm.my/assets/

Tazkirah Budaya Ilmu & Al-Quran UTM Kuala Lumpur 2 Ogos 2017

Assalamu’alaikum w.b.t

Sukacita dimaklumkan bahawa program Tazkirah akan dijalankan seperti biasa pada hari Rabu, 2 Ogos 2017, jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagiBerikut adalah senarai Penceramah bagi setiap PTJ :


Hema & PHB                            : Us. Mohd Azhari bin Yusof 

Bendahari                                  : Us. Fadhil Noor bin Abd Ghaffar

Pendaftar, CASIS,                     : Us. Afifuddin bin Azizan

AUTODESK, PSZ,   

Makmal

Canseleri, HEK, IBS, AIS, : Us Muhamad Bismi bin Abu Bakar 

Perdana School, Razak

School,SPS, UTM

International & MJIIT

CICT, Akedemi Bahasa  : Ust. Shaharina binti Shaharuddin

ICC,RMC, PPD & Ko-ko

Semua staf dengan segala hormat dijemput menyertainya. Kerjasama semua juga amatlah diharapkan untuk sentiasa MENEPATI MASA.

Sekian, terima kasih 

Pusat Islam
UTM Kuala Lumpur

CALL FOR IoT SPECIAL SESSION FOR INDUSTRY PARTICIPANT in APMC 2017

APMC2017

Dear Industry Researchers,

CALL FOR IoT SPECIAL SESSION FOR INDUSTRY PARTICIPANT

APMC2017 seeks 20 – 40 minutes IoT special session from Industry participant proposal, which should provide clear and focused technical material covering new and emerging topics within the scope of microwave hardware enabling IoT and IoT applications. This is a good platform to promote any IoT realted product/ services in the company.

The IoT talk proposal should describe concisely the content, importance and timeliness of the tutorial. It should contain the following sections:
1. Title ;
2. Abstract/ Synopsis (up to 350 words);
3. Keywords;
4. Name of presenter,

All submission shall be written in English. NO FULL PAPER will be eligible in this case. The deadline for submissions is August 3, 2017. The proposal document should be submitted by email to the IoT Special Session PIC, Fauziahanim Che Seman at fauziahs@uthm.edu.my

Best regards,
Fauziahanim Che Seman
IoT Special Session PIC
APM2017

PENGHANTARAN LAPORAN PEMANTAUAN DANA PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI BIL. 2/2017

YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas.

2.         Sebagaimana YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi telah meluluskan projek-projek  Penyelidikan di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), Skim Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS), Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS), Skim Geran Penyelidikan Trans-Disiplinari (TRGS), Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS), Skim Geran Penyelidikan Nic (NRGS) dan Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS).

3.         Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa pihak Kementerian akan menjalankan proses pemantauan bil. 2/2017 terhadap prestasi projek-projek penyelidikan yang diperakukan. Kerjasama dipohon untuk mengisi dan menghantar Laporan Prestasi (data sehingga 31 Julai 2017)atau Laporan Akhir projek penyelidikan secara atas talian menggunakan portal MyGRANTS dengan melayari laman webhttps://mygrants.gov.my mulai 1 Ogos 2017 bagi geran penyelidikan FRGS, PRGS, ERGS, TRGS, RAGS dan Geran Banjir bagi fasa berikut:-

      i.        Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2011 sehingga Fasa 1/2016;

 

    ii.        Skim Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2011 sehingga Fasa 1/2016;

 

   iii.        Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS) Fasa 1/2011 sehingga Fasa 1/2013;

 

   iv.        Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) Fasa 1/2013 sehingga Fasa 1/2016;

 

    v.        Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS) Tahun 2014 sehingga 2015; dan

 

   vi.        Geran Pengurusan Pengurusan Bencana Banjir tahun 2015 (bagi Ketua Projek yang belum membuat revision dan mengisi laporan akhir).

4.         Berikutan pengisian laporan prestasi melalui sistem online, pohon kerjasama pihak RMC untuk menghantar borang-borang pemantauan secara hardcopy mengikut geran penyelidikan masing-masing yang terdiri daripada:

      i.        Borang Laporan Keseluruhan (mengikut fasa);

 

    ii.        Borang Laporan Pencapaian;

 

   iii.        Borang Laporan Kewangan (K1) mengikut fasa bagi setiap IPT/institusi yang disahkan oleh pihak Bendahari; dan

 

   iv.        Borang Senarai Pendaftaran Harta Modal.

5.         Manakala, penghantaran laporan bagi geran LRGS, NRGS dan FRGS Top-Down adalah secara manual (borang hardcopy) yang terdiri daripada Laporan Prestasi Program/Projek (P1-R atau P3-R), Laporan Keseluruhan (P2-RMC), Laporan Kewangan (K1-RMC), Laporan Pencapaian dan Borang Senarai Harta Modal yang lengkap serta disusun mengikut fasa bagi fasa berikut:-

      i.        Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2011 sehingga Fasa 1/2015;

 

    ii.        Skim Geran Penyelidikan Nic (NRGS-KPT) tahun 2013; dan

 

   iii.        Skim Geran Penyelidikan Fundamental Top-Down (FRGS Top-Down) tahun 2011 sehingga 2014.  

6.         Laporan Pemantauan Bil.2/2017 perlu dikemukakan kepada pihak kementerian sebelum atau pada 30 Ogos 2017. Laporan (softcopy) boleh dihantar melalui emel berikut:-

               i.        rndbpki@gmail.com (geran FRGS/PRGS/ERGS/TRGS/RAGS/Banjir);

              ii.        lrgsbpki@mohe.gov.my (geran LRGS);  

            iii.        nrgsbpki@mohe.gov.my (geran NRGS).

7.         Perkara yang dinyatakan di atas adalah untuk perhatian dan tindakan pihak YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan jua.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

(PROF. DR. RAHA BINTI ABDUL RAHIM)

b.p Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi

Jabatan PendidikanTinggi

Kementerian Pendidikan Tinggi

Urus setia
Unit Pengurusan Penyelidikan
Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT (BPKI)
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 7 , No 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 PUTRAJAYA, MALAYSIA
Tel: (603) 8870 6974/75
Faks: (603) 8870 6867

Invitation For Hari Raya Open House

Assalamualaikum wrh. wbt. & Salam Sejahtera

YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Dipanjangkan jemputan daripada pihak AppleBite Catering kepada semua staf UTMKL untuk menghadiri jemputan rumah terbuka mereka mengikut ketetapan berikut:-
Tarikh: 23 Julai 2017 (Ahad)
Masa: 2:00 petang – 6:00 petang
Tempat: Kafeteria MJIIT, UTMKL
Sila hubungi 018-225 1811 (En. Syafran)/012-363 2261 (Pn. Haslinda) atau emailkan ke applebitecatering@gmail.com untuk pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 22 Julai 2017.
Sekian, terima kasih.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dear All,
You are cordially invited to attend the Hari Raya Open House organised by AppleBite Catering 2017, with details as follows:-
Date: 23rd July 2017
Time: 2:00pm – 6:00pm
Venue: MJIIT Cafeteria
RSVP by 22 July 2017 to 018-225 1811 (En. Syafran)/012-363 2261 (Pn. Haslinda) or via email at applebitecatering@gmail.com
Thank You.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017 , WANGI UTMKL

 

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017 , WANGI UTMKL

Sukacita dimaklumkan bahawa WANGI UTMKL  akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017 . Ketetapan adalah seperti berikut :-

 

Tarikh : 24 Julai 2017 (Isnin)

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Foyer A, Aras 1 Bangunan PSZ ,

(Ruang legar Bilik Mesyuarat Al-Ghazali)

 

Untuk makluman, pihak WANGI akan menjemput anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni seramai lebih kurang 40 orang untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis ini.

 

Sehubungan itu dengan rasa besar hati, pihak WANGI  ingin menjemput SEMUA AHLI WANGI UTM KL ke majlis ini untuk menambah lagi kemeriahan majlis.

 

Bersama-sama ini dilampirkan atur cara majlis untuk rujukan YBrs. Prof./Prof. Madya /Dr /Tuan /Puan /Saudara.

 

Terima kasih.