Category Archives: Announcement

Tazkirah Budaya Quran 19 Oktober 2016

Assalamu’alaikum w.b.t

Sukacita dimaklumkan bahawa program Tazkirah akan dijalankan seperti biasa pada hari Rabu, 19 Oktober 2016, jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Berikut adalah senarai Penceramah bagi setiap PTJ :

Hema & PHB                             : Us. Wan Ali bin Wan Jusoh 

Pendaftar, CASIS,                      : Us. Afifudin bin Azizan

AUTODESK, PSZ,

Makmal

Bendahari (bermula 8.15 pg) : Ust. Shaharina Shaharuddin 

Canseleri, HEK, IBS, AIS, : Us. Muhammad Bismi bin Abu Bakar 

Perdana School, Razak

School,SPS, UTM

International & MJIIT

CICT, Akedemi Bahasa  :  Us. Khairudin Ramli

ICC,RMC, PPD & Ko-ko

Semua staf dengan segala hormat dijemput menyertainya. Kerjasama semua juga amatlah diharapkan untuk sentiasa MENEPATI MASA.

Sekian, terima kasih 

Shaharina binti Shaharuddin
Pegawai Hal Ehwal Islam
Pusat Islam
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra (Jalan Semarak)
54100 Kuala Lumpur
Office : 03-22031610 I Mobile : 019-6743954
Emel  : shaharina.kl@utm.my

2016/2017 IEEE Signal Processing Society Winter School program

sps-winter-school

IEEE Signal Processing Malaysia Chapter proudly announces the following 2016/2017 IEEE Signal Processing Society Winter School program.

 

Title: Recent Advances in Biomedical Imaging

Date: November 7 – 11, 2016

 

Venue: UTM Razak School, Kuala Lumpur
Speakers: Dave Hawkes (UCL), Metin Gurcan (Ohio State), Mandava Rajeswari (USM), David Bradley (Surrey), Ho Tatt Wei (UTP), Abd Jalil Nordin (UPM)
Please refer to the enclosed flyers or website (http://spsocmalaysia.org/winter/contents/program.html) for details.

To sign-up, please click here and enter your details.

Check out the official IEEE SPS Malaysia website (http://spsocmalaysia.org) for other upcoming events.

 

For further information, contact the organizing chapter at myspsoc@ieee.org or myspsoc@gmail.com
Regards,
Chair,

IEEE Signal Processing Society Malaysia

KESELAMATAN KATALALUAN/ PASSWORD SECURITY

KESELAMATAN KATALALUAN

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Kata laluan adalah satu daripada langkah keselamatan yang digunakan bagi melindungi maklumat peribadi yang disimpan di dalam sesebuah sistem atau aplikasi diinternet.

Kecurian identiti, pengodaman, scam, phising dan lain-lain jenayah siber boleh bermula dengan kelemahan penggunaan kata laluan, selain kecuaian daripada pengguna sendiri.

 

Di sini kami syorkan beberapa panduan untuk bagaimana memiliki kata laluan yang baik dan selamat sekaligus menyukarkan penjenayah siber menceroboh dan menyalahgunakan maklumat peribadi anda.

1. Membuat/ menggunakan katalaluan yang kuat dan kukuh.

 

  1. a) Tidak menggunakan mana-mana bahagian daripada maklumat peribadi anda seperti nama, tarikh lahir, alamat, nombor telefon mahupun haiwan peliharaan di dalam kata laluan seperti “ahmad1902”, “kucingcomel”. Ini adalah cara yang paling utama digunakan oleh penceroboh untuk meneka kata laluan anda.
  2. b) Menggunakan perkataan dan nombor sebagai pengganti kepada abjad. Contoh: “peanut” kepada P3@NU7 “, “isketambola” kepada “1$K3T@MB0L@”.
  3. c) Tidak menggunakan urutan abjad dan nombor seperti “abcdefg” dan “123456”.
  4. d) Tidak menggunakan turutan abjad yang terdapat pada papan kekunci (keyboard) seperti “qwertyu” atau “asdfgh”.
  5. e) Menggunakan sebanyak mungkin variasi abjad (huruf besar/ kecil), aksara dan simbol seperti “d0Nu7_B3s@R”.
  6. f) Menjadikan awalan huruf pada satu ayat mudah sebagai kata laluan seperti “Ada 4 subjek yang menjadi kegemaran saya” kepada “@45ymK5”.
  7. Jadikan sebagai tabiat untuk menukar kata laluan sekerap yang mungkin. Sebaik-baiknya kata laluan ditukar setiap tiga bulan.

 

  1. Jangan sesekali berkongsi katalaluan dengan orang lain.

    4. Jangan dedahkan katalaluan kepada sesiapa pun termasuk melalui panggilan telefon, e-mel, soalan kaji selidik mahupun mereka yang rapat dengan anda.

    5. Jangan sesekali menulis atau menyimpan kata laluan tersebut di dalam beg tangan, nota kecil atau menyembunyikannya di bawah papan kekunci. SENTIASA HAFAL kata laluan tersebut.

    6. Jika menggunakan kemudahan internet di tempat awam seperti kafe siber misalnya, pastikan anda telah keluar (log out) daripada aplikasi yang digunakan sebelum beredar.

    7. Dan akhir sekali, jika anda menesyaki bahawa orang lain mengetahui kata laluan anda, TUKAR SERTA MERTA!

Ini hanya sebahagian daripada tips yang boleh dijadikan panduan. Jika anda ada lagi tips bagaimana memilih dan menjaga keselamatan kata laluan, kongsikan bersama kami. Jadikanlah kepentingan menjaga keselamatan kata laluan ini seperti pentingnya menjaga harta benda yang bernilai.

 

Diharap dengan melaksanakan langkah-langkah pencegahan ini akan dapat membantu meningkatkan keselamatan akaun anda.

 

Harap Maklum.

 

Terima Kasih.

 

Pengurusan Perhubungan Pelanggan,

Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Universiti Teknologi Malaysia.

Emel : aduit@utm.my  | No telefon : 07-5532136

Pembukaan biasiswa UTM National Postgraduate Fund

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa biasiswa UTM National Postgraduate Fund telah dibuka untuk permohonan sehingga 21.10.2016.

Hadiah biasiswa adalah dalam bentuk pengecualian yuran pengajian bagi semester yang ditaja kepada pelajar  tempatan (warga negara Malaysia).

Biasiswa ini terbuka kepada semua pelajar  pasca siswazah PhD dan Sarjana  (semua mode pengajian: penyelidikan,mixed-mode dan kerja  kursus). Permohonan adalah terhad kepada pelajar PhD yang berada pada sem 1-6 manakala bagi pelajar Sarjana pada sem 1-4.

Maklumat lanjut berkaitan  permohonan biasiswa ini boleh diperoleh di http://sps.utm.my/v1/utm-national-postgraduate-fund/

Terima kasih.
Dr Rasimah
Advanced Informatics School
————————————————————–
Level 5, Menara Razak,
Universiti Teknologi Malaysia,
Jalan Sultan Yahya Petra (Jalan Semarak),
54100 Kuala Lumpur, Malaysia.
————————————————————–

Pembukaan biasiswa UTM National Postgraduate Fund

Assalamualaikum warga akademik yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa biasiswa UTM National Postgraduate Fund telah dibuka untuk permohonan sehingga 21.10.2016. Hadiah biasiswa adalah dalam bentuk pengecualian yuran pengajian bagi semester yang ditaja.

Biasiswa ini terbuka kepada semua pelajar pasca siswazah PhD dan Sarjana (semua mode pengajian: penyelidikan,mixed-mode dan kerja kursus). Permohonan adalah terhad kepada pelajar PhD yang berada pada sem 1-6 manakala bagi pelajar Sarjana pada sem 1-4.

Maklumat lanjut dan link kepada permohonan biasiswa ini boleh diperoleh dari link ini: http://sps.utm.my/v1/utm-national-postgraduate-fund/

Mohon kerjasama penyelia untuk mewar-warkan kepada pelajar dibawah penyeliaan anda.

Terima Kasih.

Yang Benar,

—

Assoc. Prof. Dr. Noor Hazarina Hashim, MMIM, MIMM,
Academic Manager Research & Scholarship
School of Graduate Studies

Universiti Teknologi Malaysia

81310 Johor Bahru ,

Malaysia

Office: +607 5537782|Mobile: +6012 7972218|Fax: +607 5610099

Primary Email: m-hazarina@utm.my

Secondary Email: noorhazarina@gmail.com

Site: http://www.management.utm.my/staff/userprofile/hazarina.html

Pekeliling Pentadbiran Bil.30/2016: PENILAIAN PRESTASI STAF SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) TAHUN 2016 (e-LPPT/e-LNPT 360°/ e-LNPT)

Pekeliling Pentadbiran Bil.30/2016:

PENILAIAN PRESTASI STAF SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) TAHUN 2016 (e-LPPT/e-LNPT 360°/ e-LNPT)

Adalah dimaklumkan bahawa Penilaian Prestasi Staf UTM bagi Tahun 2016 akan dilaksanakan melalui sistem dan jadual berikut:-

  1. a) e-LPPT– Penilaian Prestasi Secara Dalam Talian untuk Staf Akademik.
  2. b) e-LNPT 360° – Penilaian Prestasi Secara Dalam Talian untuk Staf Kumpulan  Pengurusan & Profesional (Gred 41 hingga Gred 54).
  3. c) e-LNPT– Penilaian Prestasi Secara Dalam Talian untuk Staf Kumpulan Pelaksana Gred 40 dan ke bawah (termasuk jawatan Tutor Gred DA41).
TARIKH TINDAKAN
1 Oktober 2016 hingga

30 Oktober 2016

Mengenalpasti klasifikasi  kelayakan pengisian borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan PYD/Pegawai Penilai oleh Pengurusan Sumber Manusia (PSM) Pusat Tanggungjawab (PTJ).
 

1 November 2016 hingga

30 November 2016

 

Pemakluman pelantikan Pegawai Penilai dan klasifikasi kepada PYD/PPP/PPK (termasuk urusan pindaan klasifikasi).
1 Disember 2016

hingga

31 Disember 2016

Pengisian borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan pengisian pencapaian kerja sebenar tahun 2016 (Sasaran Kerja Tahunan (SKT)) / Key Amal Indicator (KAI)) secara online oleh PYD.
1 Januari 2017

hingga

14 Januari 2017

a)    Pengesahan maklumat penerbitan oleh Perpustakaan dan webometric oleh Pejabat Hal Ehwal Korporat (Unit Pembangunan Web) (eLPPT).

b)    Penilaian dan pengisian markah 3600 oleh Pegawai Penilai Rakan Sekerja (PPR) dan Pegawai Penilai Subordinat (PPS)(eLNPT 3600).

15 Januari 2017

hingga

4 Februari 2017

a)    Penilaian dan pengisian markah oleh Pegawai Penilai Pertama (PPP).

b)    Pemakluman markah oleh PPP kepada PYD.

5 Februari 2017

hingga

11 Februari 2017

a)    Pengesahan / rayuan / pembetulan markah oleh PYD.

b)    Semakan status penilaian PPP oleh PSM PTJ.

12 Februari 2017

hingga

3 Mac 2016

Penilaian dan pengisian markah oleh Pegawai Penilai Kedua (PPK).
4 Mac 2017

hingga

10 Mac 2017

Semakan status penilaian PYD, PPP, PPR dan PPS oleh PSM PTJ.
Mac 2017 a)    Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) PTJ.

b)    Penyediaan dan penghantaran maklumat untuk PPSM Universiti.

Mac / April 2017 Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Universiti.

Kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi keseragaman tempoh penyelesaian proses keputusan markah bagi memudahkan beberapa urusan penting seperti kenaikan gaji tahunan, kenaikan pangkat, temuduga, pengesahan jawatan dan sebagainya.

Sila ambil perhatian bahawa semua staf tidak dikecualikan e-LPPT/ e-LNPT 360°/ e-LNPT  termasuk juga bagi staf yang telah berada di tahap mata gaji maksimum dan sebagainya. Kegagalan staf mengisi borang dan menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) boleh dikenakan tindakan.

Tindakan juga akan dikenakan kepada mana-mana PPP/PPK/PPR/PPS yang gagal menyelesaikan penilaian yang dipertanggungjawabkan.

Sekian, dimaklumkan.

Sumber:

Seksyen Perkhidmatan,
Bahagian Sumber Manusia,

Pejabat Pendaftar

:: klik sini untuk senarai pekeliling terdahulu ::

 

Nor Qamariah binti Othman

Penolong Pendaftar / Assistant Registrar

Bahagian Pengurusan Organisasi / Organisational Management Division,

Pejabat Pendaftar / Office of the Registrar,

Universiti Teknologi Malaysia,

81310 Johor Bahru, Johor.

Office:07-5530051  I  Fax: 07-5545755

Primary Email: norqamariah@utm.my   Site: http://registrar.utm.my

 

2016 IEEE Young Professionals Malaysia Meetup

Dear IEEE Members,

IEEE Young Professionals Malaysia is organizing the IEEE YP Malaysia Meetup

to be held concurrently with the 2016 IEEE Malaysia Student Congress.

Details of the above mentioned event are as follows:

DATE: SATURDAY, 15 October 2016

TIME: 2.00PM to 5.00PM (Registration starts at 1.30PM)

VENUE: Asia Pacific University, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.

Agenda:

Time Activity
2.00pm – 2.30pm Arrival of participants / Registration
2.30pm – 2.40pm Welcoming Remarks – Dr. Anang Hudaya Muhamad Amin
2.40pm – 3.10pm Sharing Session 1: My YP Experience – Dr. Mohd. Hanif Yaacob
3.10pm – 3.40pm Sharing Session 2: IEEE Entrepreneurship Initiatives – Mr. Simon Yeoh
3.40pm – 4.30pm Hi-Tea / Networking
5.00pm Adjourn

This meetup session aims to gather all young professionals of IEEE Malaysia for the purpose of meeting, sharing experiences and establishing network among each other.

This event is FREE for all participants. However, registration is required for logistics arrangement purposes.

The registration page can be found here (URL – http://bit.ly/2e9Gi5l).

The deadline for registration is THURSDAY, 13 OCTOBER 2016.

For any inquiries, please contact Hussain F. Mahdi (hussain.mahdi@ieee.org).

Best regards,

Anang Hudaya Muhamad Amin, PhD., SMIEEE

Chair

IEEE YP Malaysia

JEMPUTAN CADANGAN PENYELESAIAN PERMASALAHAN KHAS PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) OKTOBER 2016

Assalamualaikum Wrt Wbth dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan,

 

Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Terima kasih diucapkan atas komitmen penyelidik-penyelidik daripada institusi YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan terhadap inisiatif Public-Private Research Network yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mewujudkan knowledge-friendly ecosystem di Malaysia, di mana pihak industri yang merupakan pengguna pengetahuan dihubungkan dengan pengeluar pengetahuan iaitu institusi pengajian tinggi (IPT) dan institusi penyelidikan (RI) bagi meningkatkan lagi daya produktiviti negara melalui aktiviti inovasi dan penyelidikan gunaan.

 

  1. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan, bagi permasalahan khas ini pihak Kementerian menetapkan tiada pembentangan akan dibuat. Penyelidik perlu menghantar cadangan penyelesaian kepada Sekretariat sahaja. Pihak Sekretariat akan mengumpulkan kesemua cadangan permasalahan ini dan diangkat terus kepada Jawatankuasa Penelitian dan Pemadanan PPRN sebelum mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Teknikal PPRN. Penyelidik boleh menghubungi terus syarikat untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi penyediaan cadangan penyelesaian.

 

  1. Sukacita sekiranya Pegawai dan penyelidik YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan dapat merujuk dokumen yang dilampirkan dan mengemukakan maklumbalas tersebut kepada sekretariat selewat-lewatnya pada 12 Oktober 2016 (Rabu) sebelum jam 3.00 petang melalui emel: pprn@mohe.gov.my atau faks: 03-8870 6900

 

 (i) Kertas Cadangan Lengkap (Lampiran C2);

pprn-c2-project-proposal-1

dan

(ii) Non-Disclosure Agreement (Lampiran C1).

pprn-c1-nda-form-1

workshop-schedule-10-11-oktober-2016_lampiran-b

Justeru, kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai.

KHAIRILANUAR BIN MOHD HANIM

RMC