Category Archives: Life Long Learning

SIRI MESEJ INTEGRITI 3 : JEALOUS TAK SALAH !

Jika anda iri hati dengan rakan anda kerana dia mampu melaksanakan ibadah dengan kusyuk, itu tidak mengapa, kerana usaha anda untuk mengatasi beliau, akhirnya akan memenangkan anda, dan beliau selaku pesaing, turut menang sama. 
 
Namun, jika anda jealous itu adalah kerana harta, pangkat dan darjat, berhati – hatilah wahai rakan, kerana takut kita tergolong di dalam golongan yang tidak mensyukuri. 
 
Maka, jadikanlah orang yang lebih hebat beribadah sebagai pemangkin semangat untuk anda terus berjuang dalam mengerjakan ibadah. Dan, jadikanlah mereka yang tidak berkemampuan, terutama ketika menjalankan ibadah di bulan mulia ini, sebagai sumber anda merasai kesyukuran dan tempat untuk anda menghulurkan bantuan. 
 
Contohilah sifat Rasullullah SAW, yang dijelaskan melalui Ibnu Abbas, katanya : “Rasulullah SAW adalah manusia yang pemurah, dan lebih pemurah lagi pada bulan Ramadan”. 
 
Justeru, sama – samalah kita jealous pada mereka – mereka yang teguh beribadah di bulan mulia ini, dan membuatkan kita turut ingin bersaing sama. Semoga pesanan ini menjadi manfaat buat kita semua. 
 
 
AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN – Awalnya Rahmat, Pertengahannya Maghfirah (pengampunan Allah) dan Penghujungnya, pembebasan daripada Api Neraka. 
 
Marilah kita delete dosa – dosa lalu, top  up Iman di dalam diri, dan redeem pahala sebanyak mungkin. 
 
Sekian, yang baik hanya dari Allah SWT, dan yang kurang baik, daripada kelemahan diri saya sendiri. Semoga bermanfaat. Terima kasih. 

RAIHAN BINTI ABD KARIM 
Pegawai Integriti /Certified Integrity Officer (CeIO)
UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.

INTEGRITY MESSAGE SERIES 2 : THE THREE TYPES OF PEOPLE

A teacher shows three toys to a student and asks the student to find out the differences. All the three toys are seemed to be identical in their shape, size and material. After keen observation, the student observes holes in the toys. 1st toy it has holes in ears. 2nd toy has holes in ear and mouth. 3rd toy has only one hole in one ear. 
 
Than with the help of needle, the student puts the needle in the ear hole of 1st toy. The needle comes out from the other ear. In the 2nd toy, when the needle was put in ear, the needle come out of the mouth. And in the 3rd toy, when the needle was put in, the needle did not come out. 
 
First toy represent those people around you who gives an impression that they are listening to you, all your things and care for you. But they just pretend to do so. After listening, as the needle comes out from the next ear, the things you said to them by counting on them, are gone. So be careful while you are speaking to this type of people around you, who does not care for you. 
 
Second toy represent those people who listens to you, all your things and gives impression that they care for you. But as in the toy, the needle comes out from mouth. These peoplewill use your things and the words you tell them against you by telling it to others and bringing out the confidential issues for their own purpose. 
 
Third toy, the needle does not come out from it. These kinds of people, will keep the trust you have in them. They are the ones who you can count on.
 
How to identify these types of people? Trust your instinct and believe your gut feeling. 
MORAL : 
ALWAYS STAY IN A COMPANY OF A PEOPLE WHO ARE LOYAL AND TRUSTWORTHY. PEOPLE, WHO LISTEN TO WHAT YOU TELL THEM, ARE NOT ALWAYS THE ONES YOU CAN COUNT ON, WHEN YOU NEED THEM THE MOST. REMEMBER OUR MALAY PROVERB, “TELUNJUK LURUS, KELINGKING BERKAIT.”.
Thank you for your time, and till we meet again.
P/S : This message will be brought to you on 9th and 23rd of every month. In shaa Allah.

RAIHAN BINTI ABD KARIM 
Pegawai Integriti /Certified Integrity Officer (CeIO)
UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.

SIRI MESEJ INTEGRITI 1

Dalam menjalankan tugas seharian, setiap warga UTM perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan seterusnya menanamkan sikap untuk berusaha dengan baik bagi meningkatkan pencapaian UTM.
 
Selaras dengan itu, sikap mengutamakan pelanggan, bermuafakat dan bekerjasama melalui kerja, amat penting untuk membawa kepada kejayaan dan seterusnya menjaga kepentingan Universiti.
 
Justeru, perilaku yang berikut perlu dijauhi oleh warga dan semua staf Universiti Teknologi Malaysia semasa menjalankan tugas seharian: 
 
1. Melanggar prinsip dan nilai etika yang ditetapkan,
2. Tidak menyempurnakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan,
3. Tidak menyiapkan tugas yang diberikan mengikut masa yang telah diperuntukkan, 
4. Tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri, 
5. Malas berusaha, 
6. Membangkang tanpa cadangan untuk memperbaiki, 
7. Tidak mahu memperbaiki kelemahan diri yang ditegur, 
8. Dendam dan hasad dengki, 
9. Khianat dalam menjalankan tugas, 
10. Menghina dan merendahkan usaha orang lain, 
11. Mengampu untuk mendapatkan pujian dan sanjungan, 
12. Bongkak dan mengejar pangkat dan kedudukan, 
13. Suka mengumpat dan menfitnah rakan sejawat, 
14. Sikap sombong dan suka menunjuk – nunjuk, 
15. Berpura – pura dalam tindakan, 
16. Tidak menghargai masa, 
17. Tidak bekerjasama dengan rakan sejawat, 
18. Mengamalkan rasuah, dan 
19. Mengamalkan amalan ‘mengular’. 
 
Dengan pesanan ini, semoga kita semua dapat sama – sama mengingatkan diri sendiri dan rakan – rakan, seterusnya memeliharaintegriti dan kepentingan Universiti Teknologi Malaysia, yang menjadi medan rezeki kita. 
 
Sekian, terima kasih. 

RAIHAN BINTI ABD KARIM 
Pegawai Integriti /Certified Integrity Officer (CeIO)
UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.

INTEGRITY MESSAGE SERIES 7 : THINK BEFORE YOU JUDGE

A doctor entered the hospital in hurry after being called in for an urgent surgery. He answered the call a.s.a.p, changed his clothes and went directly to the surgery block. He found the boy’s father pacing in the hall waiting for the doctor. 
 
On seeing him, the father yelled, “Why did you take all this time to come? Don’t you know that my son’s life is in danger ? Don’t you have any sense of responsibility?”. 
 
The doctor smiled and said, ” I am sorry, I wasn’t in the hospital and I came as fast as I could after receiving the call, and now, I wish you’d calm down do that I can do my work”. 
 
“Calm down?! What if your son was in this room right now, would you calm down? if your own son dies while waiting for doctor than what will you do?” said the father angrily. The doctor smiled again and replied, ” We will do our best by God’s grace and you should also pray for your son’s healthy life”. 
 
“Giving advises when we’re not concerned is so easy,” murmured the father. 
 
The surgery took some hours after which the doctor went out happy. “Thank goodness! Your son is saved!” And without waiting for the father’s reply he carried on his way running by saying, “If you have any questions, ask the nurse”. 
 
“Why is he so arrogant ? He couldn’t wait some minutes so that I can ask about my son’s state” Commented the father when seeing the nurse minutes after the doctor left. The nurse answered, tears coming down her face. ” His son died yesterday in a road accident, he was at the burial when we called him for your son’s surgery. And now, that he saved your son’s life, he left to finish his son’s burial.”
MORAL NEVER JUDGE ANYONE BECAUSE YOU NEVER KNOW HOW THEIR LIFE IS, AND WHAT THEY’RE GOING THROUGH.  RESPECT AND BE KIND. 
Thank you for your time, and till we meet again.
P/S : I remember Rumi, who said, Gods turns you from one feeling to another and teaches you by means of opposites, so that you will have two wings to fly – not one. 
       Very deep in meaning, don’t you agree? 
RAIHAN BINTI ABD KARIM 
Pegawai Integriti /Certified Integrity Officer (CeIO)
UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.

Ramadhan yang dinantikan

oleh Prof Madya Dr. Farawahida Binti Mohd Yusof

CFiRST

27.05.2016

cropped-ramadan

 

Persiapan untuk Ramadhan agar kita dapat yang lebih baik ialah sepertimana kita bersedia untuk menyambut tetamu.  Di antaranya ialah:

  1.  Hias Rumah – Khususkan Ramadhan untuk beribadah.  Oleh itu, kemaslah rumah sebelum masuk Ramadhan untuk menerima tetamu Agung.
  2. Hias mental dan fizikal – Bagi wanita, tukarlah telekung selalu kerana kita ingin bertemu Allah.  Dari segi mentalnya, kita ingin meraih taqwa dalam bulan Ramadhan.  Taqwa ialah tahap yang paling tinggi dalam agama.

Bila disebut nama Allah, kita tidak gementar – betapa lemahnya ketaqwaan kita.

Jika ingin tahu tahap taqwa kita, kita tidak akan buat maksiat langsung kerana takutnya kita kepada Allah.

Pelihara nama-nama Allah agar rasa kebersamaan dengan Allah.  Nama Allah akan memelihara kita daripada melakukan maksiat.

 

Kenapa kita perlu lihat anak bulan? Hilal-ramadhan

Bulan Qamariah bermula dari Muharram hingga Zulhijjah.

Bulan Qamariah kurang 10 hari dari bulan Syamsiah.  Oleh itu kita dapa merasa semua musim di bulan Ramadhan.  Tidaklah sesuatu penduduk itu hanya puasa di musim panas atau di musim sejuk sahaja.  Ini ialah keadilan Allah swt.

 

Beza puasa umat Musa dan Esa:

  1.  Waktu berpuasa
  2. Syariat tidak boleh ditambah.  Umat Nasara diwajibkan berpuasa sebulan.  Tetapi pendita mereka menambah bilangan tersebut.  Contoh, seorang pendita yang sakit bernazar untuk tambah 10 hari berpuasa jika sembuh.

War-warkan kedatangan Ramadhan dengan:

  1.  Banyakkan bersabar
  2. Meraih ganjaran Allah kerana syurga Allah adalah disebabkan oleh rahmat Allah
  3. Berbelas ehsan pada orang lain
  4. Mengingatkan keistimewaan Ramadhan kepada sahabat dan keluarga.

tumblr_m6istxKON01qltvmgo1_500

Persediaan menyambut Ramadhan:

  1.  Berdoa untuk bertemu Ramadhan.  Tulis siap2 doa yang ingin kita buat.
  2. Siapakah kita kalau tidak terasa ujub dan sombong dalam kehidupan kita.  Oleh itu kita hendaklah sentiasa bertaubat dan berdoa agar Allah terima taubat kita.
  3. Perlu ada ilmu untuk menyambut Ramadhan.  Tidak boleh ikut-ikutan.  Kalau tidak berguru, syaitan akan kacau.
  4. Ilmu adalah motivasi untuk beribadah.
  5. Banyakkan bersedekah, memberi salam dan menyambung siratulrahim kerana ini memanjangkan umur dan mendapat keberkatan usia.  Di antara tanda akhir zaman ialah orang kurang memberi salam.
  6. Persediaan mental – Bulan untuk beribadah.  Kurangkan makan.  Doa agar diberi kesihatan.  Mohon keberkatan usia, rezeki dan amalan.
  7. Persediaan fizikal – sambut Ramadhan dengan rumah yang bersih.
  8. Wujudkan Bi’ah – suasana Ramadhan. Ajak anak-anak baca Quran, hadith dan solat berjemaah.
  9. Mulakan bertahajjud sebelum Ramadhan.
  10. Maafkan orang.
  11. Kengkang nafsu.
  12. Hidupkan malam-malam Ramadhan.
  13. Cari lailatul qadar dari Ramadhan yang pertama.
  14. Doa agar dapat menunaikan haji.

Perancangan menyambut Ramadhan:

  1.  Bagi wanita, sediakan mehrab untuk beribadat di rumah.
  2. Allah tunggu hambanya datang berpakaian cantik.
  3. Susun jadual anak2 supaya rumah2 kita hidup.
  4. Doa mendapat jiran yang baik.
  5. Untuk berubah, kita perlukan sokongan daripada sahabat dan keluarga

Erti Ramadhan:

Apabila berpuasa kita berasa panas dalaman dan luaran.

Panas dalaman inilah yang merisaukan.  Manusia sentiasa dipengaruhi syaita dan nafsu.  Selepas beseru kepada kebenaran, kita perlu terus bersabar.  Bila dalaman kita panas, kita senang buat dosa dan senang melenting.

 

Persediaan menyambut Ramadhan dengan Al Quran:

al-quran-dibuka-cahaya-sendu

Khatam Al Quran dan tadabbur Al Quran.

Bila kita solat, kita bercakap dengan Allah.

Bila kita baca Al Quran, Allah sedang bercakap dengan kita.  Ini akan membuat kita takut untuk buat maksiat.

 

 

Keistimewaan Ramadhan:

  1.  Penghapus dosa.
  2. Bila berdoa kita mengharap dengan cemas doa kita dimakbulkan.  Doa ialah jantung ibadah.  Doa sungguh-sungguh – focus.  Berdoalah terutama pada 1/3 malam terakhir.

 

5 perkara umat Muhammad dapat:

  1.  Allah melihat umat Muhammad.  Nescaya tidak diazab selama-lamanya.
  2. Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi dari kasturi di sisi Allah.
  3. Malaikat memohon ampun sepanjang hari dan malam untuk kita.  5 minit sebelum azan maghrib dan subuh adalah waktu mustajab untuk kita berdoa.
  4. Allah menyuruh syurga untuk bersiap menerima tetamu-tetamunya.
  5. Upah Ramadhan pada malam terakhir.

Lailatul Qadar:

  1.  Doa untuk bertemu lailatul qadar untuk beribadah.
  2. Minta untuk setahun akan datang.
  3. Sujud syukur dalam solat.

Kesan Ramadhan:

  1.  Ahli syurga
  2. Pertahankan aqidah
  3. Menjadi orang yang cintakan Rasul
  4. Cinta saudara-saudara kita
  5. Banyak berinfak
  6. Hebat akhlaknya
  7. Hebat ibadahnya
  8. Hebat berjuang
  9. Meningkatkan amalan

Akhir sekali, bagi yang datang haid semasa Ramadhan:

  1.  Banyakkan berzikir
  2. Banyakkan bersedekah
  3. Beri makan orang berbuka

Terawikh itu berehat-rehat.  Bai’ah dengan suami supaya tidak banyak masa terbuang untuk persediaan makanan dan mengemas.

Galakkan suami ke masjid.

 

Allahu a’lam

 

 

Tadabbur Al Quran – Ustaz Baharuddin Ayudin 06.06.16

Surah Ali Imran [3:110]

 

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

 

Siapakah umat terbaik?

 

Al Quran ialah sumber ilmu.  Ilmu yang mempunyai kekuatan.  [14:1] dalil Al Quran diturunkan untuk mengeluarkan umat manusia dari kegelapan dan kesesatan.

الر ۚ كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ

Alif, Laam, Raa’. Itulah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman – dengan izin Tuhan mereka – ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.

Sumber Al Quran ialah dari luh mahfuz.

Kitab ialah himpunan perkataan yang ditulis oleh Qalam [68:1]:

ن ۚ وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ

Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, –

Apa yang qalam tulis?  Takdir kita.

 

[38:29]  Al Quran ditulis oleh qalam dan diturunkan kepada kita supaya tidak teraba-raba.

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

(Al-Quran itu) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

 

[55:1-2]

Tuhan yang maha pemurah yang mengajarkan kita Al Quran.

الرَّحْمَٰنُ

عَلَّمَ الْقُرْآنَ

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

 

[97:1]

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

Al Quran diturunkan sebagai ketetapan untuk kita jadi umat terbaik.

Kelebihan Al Quran ialah turunnya Al Quran.

Lailatul Qadar ialah malam yang dianugerahkan kepada orang yang Allah sayang.

Orang yang tidak faham Al Quran berada dalam keadaan terumbang ambing.

Sifat pemurah Allah ialah dengan menurunkan Al Quran.

 

[2:185]

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Bulan Ramadhan ialah bulan Al Quran mula diturunkan.

Hudan ada 19 makna dalam bahasa arab.

Hudan di sini bermaksud keterangan bagi semua manusia.  Al Quran bukan untuk orang Islam sahaja.  Ajarlah Al Quran kepada yang bukan Islam juga.

Kita tak faham Al Quran, kita tak rasa berdosa.  Kita nak pegang Al Quran, kita rasa berdosa kerana tiada wuduk.  Kita sebenarnya telah ditipu oleh syaitan kerana [43:36]:

وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

[43:37]  Dan syaitan akan menghalang kita dari jalan yang lurus.

وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُونَ

Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Contohnya:  Kita nak baca Quran tetapi rasa terhalang kerana tiada wuduk.  Sebenarnya tidak perlu wuduk.  Yang suci ialah ajaran Al Quran, bukannya kertas yang ditulis Al Quran itu.

Kita ditipu syaitan dengan 4 perkara:

  1.  Baca Al Quran tanpa faham isi kandungannya sedangkan ia adalah petunjuk ke syurga.
  2. Takut nak pegang Al Quran tanpa wuduk.  Jadinya tidak membaca langsung.
  3. Takut nak ambil Quran apabila terjaga di malam hari kerana Quran kita letak di tempat khas yang tinggi dan mungkin jauh.
  4. Wuran tidak diamalkan.  Hanya di bibir sahaja.

Jika kita tidak beri perhatian kepada Al Quran, syaitan akan perangkap kita.  [58:19] Syaitan telah berjaya memperdayakan mereka hingga mereka lupa akan Al Quran.  Al Quran diturunkan dari Siddatul Muntaha ke Baitul Izzah dan dari situ mengambil masa selama 23 tahun untuk diturunkan ke bumi.  Oleh itu manusia wajib mengambil Al Quran sebagai panduan hidup.

اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.

 

[6:115]

وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا ۚ لَّا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.

Kalimat di sini bererti perintah-perintah.

Allah maha mendengar lagi maha mengetahui.

Perintah-perintah ini membentuk jati diri muslim.

 

[2:138]

صِبْغَةَ اللَّهِ ۖ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً ۖ وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.

صِبْغَةً = acuan

Kalau acuan kita tidak ada ramuan Al Quran, macamana kita nak jadi umat terbaik?

Acuan umat terbaik ialah dari acuan Allah.

Jika kita cakap sahaja kita ikut tapi sebenarnya kita tak buat pun.  Ini bermakna kita berpura-pura.  Yang menakutkan ialah ini sifat munafik kerana tidak terima Al Quran.

Hari-hari kita engkar pada Allah.  Ini ialah sifat munafik.

Patutkah kita engkar pada Allah sedangkan kita duduk di atas bumiNya dan di bawah langitNya.

 

Kalau kita abaikan Quran, kita tidak masuk syurga [7:40]:

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

Sesiapa yang mendustakan ayat-ayat Quran dan sombong dengannya:

  • amalan tidak diterima
  • tidak masuk syurga

Orang yang tidak pedulikan Al Quran ialah seorang penjenayah.  Dia berada di dalam kelumpuk syaitan tanpa disedarinya.

 

Allahu a’lam