PEMBUKAAN PERMOHONAN – GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TIER 1 & TIER 2 FASA 1/2018

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kepada semua Penyelidik

Pembukaan permohonan – Geran Universiti Penyelidikan (GUP) Tier 1 & Tier 2 Fasa 1/2018

Dimaklumkan permohonan bagi Geran Universiti Penyelidikan (GUP) Tier 1 dan Tier 2 Fasa 1/2018 telah dibuka. Tempoh permohonan adalah pada1 hingga 31 Oktober 2017.

 Semua permohonan perlu dihantar secara atas talian melalui sistem RADIS https://radis.utm.my sebelum 31 Oktober 2017 (Selasa)

Kriteria :

 Tier 1

Kriteria permohonan adalah seperti berikut :

·         Pemohon mestilah terdiri daripada staf akademik tetap atau kontrak UTM.
·         Bilangan minimum keahlian dalam projek penyelidikan ini adalah DUA (2) orang staf akademik termasuk Ketua Projek.
·         Peruntukan maksimum RM 50,000.00 (S&T) & RM30,000.00 (Non S&T)
·         Permohonan perlu  berkonsepkan  penyelesaian  masalah  industry/komuniti/agensi kerajaan.
·         Pemohon perlu menyertakan bukti kolaborasi seperti surat atau email rasmi setuju kerjasama daripada rakan industri/komuniti/agensi kerajaan/antara bangsa.
·         Rakan industri/komuniti/agensi kerajaan/antarabangsa digalakkan untuk memberi sumbangan berbentuk tunai atau ‘in-kind’.
·         Tarikh mula projek pada  1 Februari 2018
·         Tempoh projek : 24 bulan, pelanjutan tempoh hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh projek


Tier 2

Kriteria permohonan adalah seperti berikut :

·         Pemohon mestilah terdiri daripada staf akademik tetap atau kontrak UTM.
·         Bilangan minimum keahlian dalam projek penyelidikan ini adalah DUA (2) orang staf akademik termasuk Ketua Projek.
·         Peruntukan maksimum bagi RM20,000.00 (S&T) & RM10,000.00 (Non S&T)
·         Pemohon mestilah terdiri daripada staf akademik UTM (tetap & kontrak) yang TIDAK mempunyai geran aktif pada tahun semasa (Ketua Penyelidik baru).
·         Tarikh mula projek pada  1 Februari 2018
·         Tempoh projek : 12 – 15 bulan, pelanjutan tempoh hanya dibenarkan sekali sahaja bagi projek 12 bulan (maksima 3 bulan). Tiada perlanjutan tempoh dibenarkan       bagi projek 15 bulan.

Proses penilaian proposal akan dijalankan secara atas talian melalui sistem RADIS, bermula 8 November hingga 15 Disember 2017. Dalam tempoh ini, penyelidik adalah diminta untuk mengambil perhatian pada sebarang emel daripada RADIS, membuat pembetulan proposal mengikut komen dari panel dan membuat penghantaran semula dalam sistem RADIS.

Bersama-sama ini disertakan garis panduan Tier 1 dan Tier 2 Fasa 1/2018 sebagai rujukan.

Sekian terima kasih,

Hartini binti Darsono
Deputy Registrar
Research Management Centre
UTM, Johor Bahru
Tel: 07-5537837

RMC Portal : http://rmc.utm.my

RMC Facebook : http://www.facebook.com/tmcutm

RADIS : http://radis.utm.my/rmc/

RMC Helpdesk : http://rmconline.utm.my/Helpdesk.html

BIG DATA WEEK BY KNOWLEDGE GROUP 2-8 OKTOBER 2017

ssalammualaikum & Greetings,
 
Dengan hormatnya 

​merujuk ​

kepada perkara di atas dan emel daripada Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pendidikan Tinggi adalah berkaitan.

 
Sukacita dimaklumkan bahawa ‘Knowledge Group’ akan menganjurkan Big Data Week pada 2-8 Oktober 2017 yang akan diadakan di KLCC

​ ​

yang meng

​h​

impunkan pakar-pakar bidang IT dari pelbagai pihak termasuk Google, Facebook dan lain-lain. 

 
Selain daripada itu, satu bengkel percuma akan diadakan pada 4 hingga 6 Oktober 2017 yang dihoskan oleh ADAX, Bangsar dan terbuka kepada kakitangan / pelajar semua IPT.

Perincian mengenai program tersebut boleh diekses melalui www.nextbigtechasia.com/workshops . 
 
Susulan daripada bengkel tersebut terdapat satu program terbuka yang dipanggil Tech Jam akan diadakan pada 7 dan 8 Oktober yang boleh disertai juga dan perician program boleh diakses melalui www.nextbigtechasia.com/techjam
 
Untuk maklumat lanjut berkaitan Big Data Week boleh menghubungi Mr. Vel Muruga di talian 03 – 2170 1588/016 – 482 3528.
Sehubungan itu, pihak YBhg. Prof/ Prof. Madya/ Dr/ Tuan/Puan adalah 

DIJEMPUT HADIR ke bengkel tersebut.
 
Sekian, kerjasama dan keperihatinan pihak YBhg. Prof/ Prof. Madya/ Dr/ Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih
Pusat Jaringan Komuniti dan Industri | Centre for Community and Industry Network (CCIN)

Taman Tropika, Universiti Teknologi Malaysia, 

81310, Skudai, Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Tel : 07-5537556 / 37884 / 37819   |    Faks    : 07-5537630  

Promote your research with us

The Office of Corporate Affairs (HEK) has established the university news, websites and social media channels for UTM , aiming to actively brandpromote and feature all works and products of UTM especially the research work of UTM dedicated researchers.
We would be pleased to share how our researchers are contributing to the community in meaningful ways and consequently changing lives for the better. 
 

We need you to share with us a few paragraphs on the story of your significant research work, with photos captured about your research as well as video promotions of your research products or applications. 

 
Your research story will be featured in UTM Facebook and the full story and profile will be put on :

Pembukaan Biasiswa Zamalah, NPF dan IDF bagi Semester 1 2017/2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga Akademik  UTM,

1. Pihak Sekolah Pengajian Siswazah dengan sukacitanya memaklumkan tentang pembukaan permohonan biasiswa Zamalah, National Postgraduate Fund dan International Doctoral Fund bagi pelajar pasca siswazah tempatan dan antarabangsa bagi Semester 1 2017/2018. 
2. Permohonan bagi ketiga-tiga biasiswa ini masih dibuka sehingga 18 September 2017. 
3. Maklumat berkenaan syarat kelayakan dan bentuk biasiswa boleh diperoleh dari laman web SPS dan seperti pada banner yang disertakan dalam email ini.
4. Bagi pelajar tempatan, mereka boleh memohon untuk biasiswa Zamalah dan National Postgraduate Fund serentak. Walau bagaimanapun, selepas saringan kelayakan, hanya satu biasiswa sahaja akan diberikan.
5. Permohonan bagi ketiga-ketiga biasiswa tersebut boleh dibuat pada link  ini: http://sps.utm.my/scholarships/.
6. Sebarang pertanyaan berkenaan dengan hal ini boleh hubungi Unit Penyelidikan dan Biasiswa SPS. Staf yang terlibat dalam pengendalian urusan ini adalah:
PM Dr Nazri Bin. Ali
Pengurus Akademik Penyelidikan & Biasiswa
email: nazriali@utm.my
ext: 37282
Pn Norhaidah Bt. Ramli
Penolong Pegawai Tadbir
email: norhaidah@utm.my
ext: 37769
7. Mohon penyelia membuat hebahan kepada pelajar dibawah seliaan masing-masing.
Terima Kasih.
Yang Benar,
Assoc. Prof. Dr. Noor Hazarina Hashim, MMIM, MIMM,
Deputy Dean (Research & Scholarship)
School of Graduate Studies

Universiti Teknologi Malaysia

81310 Johor Bahru ,

Malaysia

Office: +607 5537781|Mobile: +6012 7972218|Fax: +607 5610099

Primary Email: m-hazarina@utm.my

Secondary Email: noorhazarina@gmail.com

Site: http://www.management.utm.my/staff/userprofile/hazarina.html

Editor-in-Chief The Grads Magazine: www.sps.utm.my/thegrads

4 harumkan nama negara di Jepun

11 September 2017 3:00 AM
Dari kiri, Hafiz Maznan, pengiring pelajar, Syed Uthman Affan
Dari kiri, Hafiz Maznan, pengiring pelajar, Syed Uthman Affan Syed Abdul Halim, Danial Faiz Mokhtar, Kishan Kumar dan Muhammad Hariz Mohamad Tarmidzi yang mewakili Malaysia dalam WRS Junior School Robot Challenge Trial Competition 2017 di Tamagawa Academy & University, Jepun, baru-baru ini.

Mereka dipilih mewa­ki­li negara oleh Universiti Tek­nologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) melalui Pusat Ja­ringan Komuniti dan Industri (CCIN) dan Malaysia Japan International Institute Of Technology (MJIIT) untuk menyertai WRS yang diadakan sempena Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun pada tahun 2020 nanti.

“Walaupun pasukan kami baru ditubuhkan namun dapat bekerjama dengan baik sehingga berjaya di peringkat antarabangsa,” kata pelajar Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Padang Tembak, Kuala Lumpur ini.

Hafiz dan Danial Faiz dari sekolah yang sama manakala Muhammad Hariz adalah pelajar SMK Aminuddin Baki dan Kishan di SMK St. John’s.

Pasukan ini diselia dan dibimbing oleh Pensyarah Kanan MJIIT, Dr Mohd Azizi Abdul Rahman dan guru SMK Padang Tembak, Ruhil Nazian Nawang.

Sementara itu, Pengetua SMK Padang Tembak, Zubidah Md. Yunos berkata, kejayaan dua pelajarnya merupakan kesi­nambungan menyertai pelbagai pertandingan berkaitan inovasi dan penyelidikan di peringkat zon, negeri mahupun kebangsaan.

Artikel Penuh diperolehi daripada: http://www.utusan.com.my/pendidikan/4-harumkan-nama-negara-di-jepun-1.524947#ixzz4sVmOmuYJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

MONTHLY ENGAGEMENT WITH THE VICE CHANCELLOR OF UTM – Sept. 2017

 

Sukacitanya, seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijemput untuk hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan (September) bersama YBhg. Datuk Naib Canselorpada Isnin, 11 September 2017.

Mana-mana Fakulti/Bahagian/Persatuan yang berhasrat untuk menyertai slot (perasmian, pelancaran, penghargaan atau yang bersesuaian) di dalam perhimpunan bulanan ini perlulah memaklumkan kepada pihak urusetia (Pejabat Hal Ehwal Korporat) selewat-lewatnya 5 hari sebelum majlis berlangsung. Hanya slot yang bersesuaian sahaja yang akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam majlis.

Bagi permohonan slot,  sila e-melkan permohonan bersama maklumat berkaitan dan cadangan pengisian kepada En Mohd Faizal Abd Jalal (faizaljalal@utm.my).

Bagi sebarang pemakluman (dalam bentuk slaid), mohon e-melkan bahan dan keterangan (dalam 1-2 slaid) kepada En Ahmad Hilman bin Borhan (ahilman@utm.my) untuk dipertimbangkan bagi dimasukkan ke dalam slaid YBhg Datuk Naib Canselor.

Perincian Perhimpunan Bulanan (September) adalah seperti berikut:
Tarikh : 11 September 2017 (Isnin).
Masa : 8.00 pagi
Tempat :

i. Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru

[LINTAS LANGSUNG]

ii. Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur.
iii. UTM Kampus Pagoh.
Atur cara:
7.40 pagi : Staf mengambil tempat
8.00 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Naib Canselor
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Pembentangan oleh YBhg. Datuk Naib Canselor

: Slot / Penghargaan Khas (jika berkaitan)
: Penyampaian sijil kenaikan pangkat, dll (UTM JB & UTM KL)
: Lagu Keunggulan Terbilang
: Bersurai

Segala sokongan dan komitmen YBhg. Prof/Saudara untuk hadir amatlah dihargai.

Sekian dimaklumkan.