PROGRAM SENAMROBIK PERDANA UTM KUALA LUMPUR – Low Impact Tabata Siri 5/2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Sukan UTM Kuala Lumpur akan menganjurkan SenamrobikPerdana – Low Impact Tabata Siri 5/2020. Program akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh       :  26 Ogos 2020 (Rabu) 


  Masa        : 

          7.30 pagi – Ketibaan Staf dan Jemputan Khas (Staf UTM SPACE,                                      UTM Holding, dan PAUTM) dan Pendaftaran/Imbasan QR                                Code

          7.45 pagi – Penerangan Ringkas S.O.P Senamrobik 

          8.00 pagi – Senaman Low Impact Tabata

          8.45 pagi –  Bersurai

Tempat     :  Dataran Menara Razak UTM Kuala Lumpur    

Tema Pakaian : Kuning

  1. Untuk maklumansemua, di dalam tempoh pemulihan dalam menuju normalisasi yang baharu, Pusat Kecemerlangan Sukan telah membentuk S.O.P bagi Pelaksanaan Aktiviti Senamrobik ini berdasarkan Panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Keselamatan Negara. Setiap individu perlu menggalas tanggungjawab dalam memastikan setiap S.O.P yang digariskan dipatuhi dengan penuh berdisiplin agar kebersihan diri dan persekitaran UTM Kuala Lumpur sentiasa terpelihara.
  2. Semoga dengan program ini memberi impak yang positif kepada aspek fizikal, mental, dan spiritual warga kampus dan seterusnya budaya ini menjadi titik mula kearah kehidupan normalisasi yang baru dan lebih sihat. Kerjasama seluruh warga kampus dalam menjayakan prorgam ini amat dihargai. Untuk makluman, air mineral cuptidak dibekalkan dalam menyokong usaha menjadikan UTM sebagai Kampus Lestari.
  1. Bersama-sama ini dilampirkan S.O.P Pelaksanaan Program Peringkat UTM Kuala Lumpurdan E-Banner Program Senamrobik Perdana sebagai rujukan dan tindakan semua.

Saringan suhu TIDAK akan dilakukan semasa pendaftaran memandangkan dua kali saringan telah dilakukan iaitu di Pos Pengawal dan Jabatan masing-masing

Warga kampus DIGALAKKAN membawa SANITIZER sendiri sebagai langkah kebersihan sebelum, semasa, dan selepas aktiviti.

Sekian, terima kasih

“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”

Saya Yang Menjalankan Amanah,

NABIL HAZWAN BIN MUHAMAD HASIM

Pegawai Belia dan Sukan

Pusat Kecemerlangan Sukan
Pejabat Hal Ehwal Pelajar

Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

CAR FREE CAMPUS@UTM KUALA LUMPUR 1.0 l SERIES 01/2020

Assalamualaikum & Greetings,
 
We are pleased to inform you that Car Free Day@UTM Kuala Lumpur has been rebranded to Car Free Campus@UTM Kuala Lumpur. The programme is scheduled every Wednesday the 3rd week of the month.

For your information, UTM Kuala Lumpur Campus has now been gazetted as a Car Free Campus for the entire area.

Therefore, staff and students are encouraged to park their vehicles at Residensi UTMKL with a minimum charge fee of RM1.00 per entry.

Motorcycles can be parked at the Solar Panel nearby the Maktab 1 entrance.

 
Mark your calendar!
23 September 2020 (Wednesday)

 

MAJLIS BERSAMA NAIB CANSELOR (OGOS) & PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN UTM 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Saudara,

 

 

Sebagai peringatan mesra, seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijemput untuk hadir ke Majlis Bersama Naib Canselor (Ogos) & Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan UTM 2020 seperti perincian berikut:

 

 

Tarikh: 11 OGOS 2020 (SELASA)

Masa: 8.30 pagi

Tempat:

  1. Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru

(terhad kepada 500 orang peserta terawal)

 

[LINTAS LANGSUNG]
  1. Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur

(terhad kepada 200 orang peserta terawal)

 

iii. UTM Kampus Pagoh

 

Pakaian:

– Pakaian korporat UTM

 

 

Siaran langsung secara dalam talian(online) boleh diikuti menerusi pautan:

www.facebook.com/groups/utmcommunity

 

ATUR CARA

8.00 pagi       : Ketibaan tetamu

8.30 pagi         Ketibaan YBhg Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar

Naib Canselor, UTM

: Nyanyian Lagu Negaraku

: Bacaan Doa

: Penyampaian Sijil Pelantikan & Kenaikan Pangkat

: Penyampaian/Slot Khas

: Pelancaran Sambutan Kemerdekaan

: Ucapan oleh YBhg Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor, UTM

: Nyanyian Lagu Keunggulan Terbilang

10.00 pagi     : Majlis Bersurai

Oleh yang demikian, mana-mana Fakulti/Bahagian/Persatuan yang berhasrat untuk memohon slot pemakluman oleh Naib Canselor atau slot khas (perasmian, pelancaran, penghargaan atau yang bersesuaian) di dalam majlis ini perlulah membuat permohonan kepada pihak urusetia (Pejabat Hal Ehwal Korporat) selewat-lewatnya 6 Ogos 2020 (Khamis), jam 5.00 petang di pautan berikut:  https://corporateaffairs.utm.my/corporateevents/slot-mbnc/

 

Hanya slot yang bersesuaian sahaja yang akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam majlis.

 

MAKLUMAN PENTINGSemua staf yang ingin turut serta di lokasi yang dinyatakan di atas, hendaklah mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan serta memakai pelitup muka. Mana-mana staf yang gagal berbuat demikian tidak akan dibenarkan untuk turut serta di dalam dewan.

 

 

 

Sekian, harap maklum.

Pejabat Hal Ehwal Korporat  / Office of Corporate Affairs

Universiti Teknologi Malaysia

Skudai, Johor, Malaysia

Site: http://corporateaffairs.utm.my

HAJI YANG TERTANGGUH

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan UTM sinergi bersama Pusat Islam UTM akan mengadakan sesi perkongsian ilmu pada ketentuan berikut:

Tajuk 
HAJI YANG TERTANGGUH
 
Panel Jemputan
Al-Fadhil Ustaz Ellyeen Amineen Mohd. Salleh 
Pendakwah Bebas
 
Moderator
Puan Hajjah Noor Hadayah Haji Ahmad 
Pegawai Psikologi Kanan, UTM
Pembimbing Ibadah Haji Tanah Air (PEKTA), Lembaga Tabung Haji Malaysia
 
Tarikh
06 Ogos 2020 (Khamis)
 
Masa
11.00 pagi – 1.00 tengah hari
 
Tonton Melalui 
fblive.png
Facebook Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia
 
 
—————————————————————————————————————————————————————————————————————-
Sehubungan dengan itu, semua dijemput menyertai sesi perkongsian ilmu ini.
 
Penyertaan staf UTM akan diambil kira sebagai mata CPD dan direkodkan dalam sistem UTMSmile.
Penyertaan pelajar UTM akan diambil kira sebagai MERIT dan direkodkan dalam sistem UTM ACAD.
Pautan pendaftaran akan diedarkan semasa sesi berlangsung. 
 
Sekian, terima kasih.

Tarikh Permohonan Dilanjutkan Sehingga 31 Ogos 2020 – Program Sarjana Muda (Pengajian Separuh & Sepenuh Masa) SPACE UTM bagi Pengambilan September 2020

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi Malaysia (SPACE UTM) telah melanjutkan permohonan kemasukan ke Program Sarjana Muda (Pengajian Separuh Masa) dan Program Sarjana Muda (Pengajian Sepenuh Masa) bagi pengambilan September 2020.
Maklumat lanjut berkaitan:
Permohonan kemasukan boleh dibuat secara atas talian menerusi laman web: http://space.utm.my/admission/apply-now/ sehingga 31 Ogos 2020. 
Sekian, terima kasih.
Office of Corporate Affairs
Level 16, Menara Razak
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur
 
office +603 21805127 | fax +603 21805602
e-mail: corporate.kl@utm.my |  site: corporateaffairs.utm.my/kl

MAKLUMAT PERTUKARAN PENEMPATAN PEGAWAI DI UTM JOHOR BAHRU

Sukacita dimaklumkan bahawa, terdapat pertukaran penempatan pegawai di UTM Johor Bahru seperti berikut:

Semoga dalam makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr /Tuan/Puan/Saudara,
Sekian, terima kasih.
“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”
 
I, who uphold trust, 

Human Resource Division/ Bahagian Sumber Manusia

Registrar Department/ Jabatan Pendaftar
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Malaysia

Captain of Industry #21 : Andy Seet Tjen Onn, Head of Transformation, South-East Asia, Sonepar

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
To All Staf UTM
You are cordially invited to join “Captain of Industry” (Series 21) FB Live Webinar organised by Faculty of Engineering, Universiti Teknologi Malaysia
Here is a brief biography of the speaker :-
Andy Seet is a proud alumnus of Universiti Teknologi Malaysia (UTM), graduating with Bachelor of Chemical (Bioprocess) Engineering (Hons) from UTM in 2008.

Since graduating, Andy had held multiple Regional and Cross Countries roles at multinational corporations in various domains and industries.

Currently, Andy is the Head of Transformation for South East Asia at Sonepar – an independent French multi-national company with global market leadership in B-to-B distribution of electrical products, solutions and related services. As a leading partner to electrical equipment makers, Sonepar makes life easier for its customers by giving them access to all the latest innovations. In his current role, he reports directly to Global Chief Supply Chain Officer and President of Asia Pacific region at Sonepar and he is responsible to accelerate Transformation programme at various Sonepar operating companies across different countries.

Andy is also currently appointed as President of Sonepar Junior Committee on Supply Chain / Digital Transformation, acting as a think tank and an empowered international network of young leaders in the company. Most recently prior to his current roles, Andy had successfully deployed 10 end-to-end ERP projects to 15 operating companies at Sonepar as the Regional ERP Project Manager.

Prior to Sonepar, Andy was the Asia Pacific Regional Manager for Master Data Management (MDM) at Kerry Group, another multinational corporation. During his tenure at Kerry, he had an opportunity to be working in Dublin, Ireland on international projects for European and Asia Pacific countries.

KULIAH DHUHA PUSAT ISLAM UTM KUALA LUMPUR

Assalamualaikum wrm. wbt.

YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Saudara,

Sukacita dimaklumkan bahawa program Kuliah Dhuha akan diadakan seperti berikut :

Tarikh: 30 Jun 2020 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi – 10.30 pagi
Tajuk: Mencari ketenangan Di Tempat Kerja
Penceramah: Ybhg. Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Semua staf dengan segala hormat dijemput untuk menyaksikan live bersama kami di Page Pusat Islam UTMKL :
Pendaftaran melalui Google form akan dibuka kepada penonton sebaik sahaja program bermula.

Sebagai tanda sokongan usaha merancakkan program Islami, anda juga dialu-alukan membuat sumbangan ke akaun Bank Islam (14032010039005 – Jawatankuasa Tabung Masjid UTM Kuala Lumpur).

Sekian. Terima kasih.

Pusat Islam
UTM Kuala Lumpur

03-2203 1604 / 1606 / 1607