JEMPUTAN KE WANGI WELLBEING PROGRAMME 2021 (WELL ’21)

Dalam perkembangan semasa COVID-19 yang perlu ditempuhi masyarakat seluruh dunia,tidak dapat dinafikan sesetengah golongan wanita masih terperangkap dengan perasaan sedih, kesepian, putus asa atau mudah marah yang berpanjangan. Gejala-gejala ini sedikit sebanyak menghalang anda menikmati kehidupan yang lebih ceria dan gembira dalam meneruskan kehidupan anda. Tidak kurang juga terdapat individu yang melihat gangguan atau simptom tersebut sebagai suatu kelemahan diri dan perlu didiamkan tanpa perlu meminta bantuan atau membuat ujian saringan diri bagi mengetahui tahap kesihatan mental diri. Adalah penting  untuk anda  membina self-awareness dan kemampuan mengenal personaliti diri agar anda mampu untuk lebih memahami diri anda yang sangat berharga. Selain daripada itu, pengetahuan tentang tahap kesihatan mental turut membantu anda memahami bagaimana diri anda berhubung dengan orang lain dan memahami respon anda terhadap permasalahan kehidupan seharian yang anda hadapi. 

Oleh yang demikian, Persatuan Wanita Teknologi Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (WANGI UTMKL) menjemput semua ahli WANGI bagi menghadiri WANGI Wellbeing Programme (WELL’21): Saringan Ujian Kesihatan Mental secara atas talian pada 1 Oktober 2021 (Jumaat) bermula pada jam 3 petang bagi mencapai tujuan menjaga kesejahteraan diri anda agar sentiasa menjadi srikandi yang bersemangat dan berdaya saing dalam menyumbang bakti kepada organisasi dan negara.Pautan Pendaftaran Penyertaan Program adalah seperti berikut https://bit.ly/WELL2021atau imbas QR CODE di poster yang disertakan.

Mata CPD disediakan.   

Sekian,terima kasih.   ” Mekar & Dinamik ”   

Yang benar ,

ADMIN WANGI UTM KUALA LUMPUR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *