JEMPUTAN WEBINAR MEMBUDAYAKAN KESELAMATAN JALAN RAYA

Sukacita dimaklumkan bahawa Syarikat Plus Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat OSHE UTM dan Bahagian Keselamatan UTM akan menganjurkan Program Keselamatan PLUS bersama Komuniti Lebuh Raya yang bertajuk Webinar Membudayakan Keselamatan Jalan Raya.

Webinar ini terbuka kepada semua staf dan pelajar UTM.

Terdapat hadiah menarik untuk dimenangi semasa siaran webinar berlangsung. Ayuh jangan lepaskan peluang dan pendaftaran mata CPD serta sistem Merit Pelajar (ACAD) turut diberikan ketika akhir webinar nanti. Staf dan pelajar boleh menggunakan ‘background’ webinar seperti di lampiran.