Pertandingan Paparan Kreatif Kemerdekaan 31 Ogos 2022

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr /Tuan/Puan/Saudara,

Pertandingan Paparan Kreatif Kemerdekaan 31 Ogos 2022 
Sempena Bulan Kemerdekaan 2022, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak (FTIR), UTMKL menjemput semua warga UTM, iaitu staf dan pelajar-pelajar untuk sama-sama berkongsi paparan kreatif menggunakan gambar asli dan ucapan bagi meraikan tarikh 31 Ogos yang bersejarah ini.  

Semua paparan kreatif terpilih akan diletakkan di Facebook dan Instagram rasmi UTMRazak. Paparan ucapan yang paling kreatif dengan bilangan tanda suka ‘like’ yang paling banyak di media sosial mulai 31 Ogos 2022 hingga 15 September 2022 akan meraih hadiah-hadiah seperti berikut:

Tempat Pertama: RM100.00
Tempat Kedua: RM70.00
Tempat Ketiga: RM50.00
5 Hadiah Saguhati: RM20.00

Syarat-syarat Pertandingan:

1. Penyertaan dibuka untuk semua kakitangan dan pelajar UTM.
2. Pertandingan dibuka dari 11 Ogos 2022 hingga 31 Ogos 2022.  
3. Sila “follow” laman media sosial FTIR dan  ‘like’ post “Pertandingan Paparan Kreatif Kemerdekaan”.
4. Kongsikan post itu di akaun media sosial anda.
5. Tag rakan-rakan anda.
6. Lengkapkan Google Form di pautan berikut:  https://forms.gle/TfhNFruRzzkPX6ZE9.
7. Setelah post anda dimuat naik di laman sosial FTIR, viralkan link tersebut untuk mendapat ‘like’ terbanyak.

Setiap peserta akan mendapat sijil penyertaan.

Nama-nama pemenang akan diumumkan pada 16 September 2022.

#utmrazak
#merdeka2022
#utmrazakmerdeka2022