KESELAMATAN KATALALUAN/ PASSWORD SECURITY

KESELAMATAN KATALALUAN

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Kata laluan adalah satu daripada langkah keselamatan yang digunakan bagi melindungi maklumat peribadi yang disimpan di dalam sesebuah sistem atau aplikasi diinternet.

Kecurian identiti, pengodaman, scam, phising dan lain-lain jenayah siber boleh bermula dengan kelemahan penggunaan kata laluan, selain kecuaian daripada pengguna sendiri.

 

Di sini kami syorkan beberapa panduan untuk bagaimana memiliki kata laluan yang baik dan selamat sekaligus menyukarkan penjenayah siber menceroboh dan menyalahgunakan maklumat peribadi anda.

1. Membuat/ menggunakan katalaluan yang kuat dan kukuh.

 

  1. a) Tidak menggunakan mana-mana bahagian daripada maklumat peribadi anda seperti nama, tarikh lahir, alamat, nombor telefon mahupun haiwan peliharaan di dalam kata laluan seperti “ahmad1902”, “kucingcomel”. Ini adalah cara yang paling utama digunakan oleh penceroboh untuk meneka kata laluan anda.
  2. b) Menggunakan perkataan dan nombor sebagai pengganti kepada abjad. Contoh: “peanut” kepada P3@NU7 “, “isketambola” kepada “1$K3T@MB0L@”.
  3. c) Tidak menggunakan urutan abjad dan nombor seperti “abcdefg” dan “123456”.
  4. d) Tidak menggunakan turutan abjad yang terdapat pada papan kekunci (keyboard) seperti “qwertyu” atau “asdfgh”.
  5. e) Menggunakan sebanyak mungkin variasi abjad (huruf besar/ kecil), aksara dan simbol seperti “d0Nu7_B3s@R”.
  6. f) Menjadikan awalan huruf pada satu ayat mudah sebagai kata laluan seperti “Ada 4 subjek yang menjadi kegemaran saya” kepada “@45ymK5”.
  7. Jadikan sebagai tabiat untuk menukar kata laluan sekerap yang mungkin. Sebaik-baiknya kata laluan ditukar setiap tiga bulan.

 

  1. Jangan sesekali berkongsi katalaluan dengan orang lain.

    4. Jangan dedahkan katalaluan kepada sesiapa pun termasuk melalui panggilan telefon, e-mel, soalan kaji selidik mahupun mereka yang rapat dengan anda.

    5. Jangan sesekali menulis atau menyimpan kata laluan tersebut di dalam beg tangan, nota kecil atau menyembunyikannya di bawah papan kekunci. SENTIASA HAFAL kata laluan tersebut.

    6. Jika menggunakan kemudahan internet di tempat awam seperti kafe siber misalnya, pastikan anda telah keluar (log out) daripada aplikasi yang digunakan sebelum beredar.

    7. Dan akhir sekali, jika anda menesyaki bahawa orang lain mengetahui kata laluan anda, TUKAR SERTA MERTA!

Ini hanya sebahagian daripada tips yang boleh dijadikan panduan. Jika anda ada lagi tips bagaimana memilih dan menjaga keselamatan kata laluan, kongsikan bersama kami. Jadikanlah kepentingan menjaga keselamatan kata laluan ini seperti pentingnya menjaga harta benda yang bernilai.

 

Diharap dengan melaksanakan langkah-langkah pencegahan ini akan dapat membantu meningkatkan keselamatan akaun anda.

 

Harap Maklum.

 

Terima Kasih.

 

Pengurusan Perhubungan Pelanggan,

Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Universiti Teknologi Malaysia.

Emel : aduit@utm.my  | No telefon : 07-5532136

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *