Tahun baru 2020

Hari ni dah 4 Jan 2020. Seminggu akhir tahun 2019 dipenuhi dengan banyak cuti kerana menguruskan keperluan anak-anak. No 4 masuk Tadika 5 Tahun. 31 Dis ada hari orientasi di Tadika dan No 2 daftar Tingkatan 1. Separuh hari di sekolah, sebelah petang uruskan sampul buku yang baru diterima.

Hari pertama seperti biasa uruskan keempat-empat anak… dah lama cuti pastinya hari pertama sekolah paling susah nak bangun awal. Kena uruskan bas sekolah pagi dan petang. Beli apa-apa yang tertinggal.

Hari kedua terus mak dia demam hihi… nampak sangat badan dah tua. Baru 2 hari dah tumbang… No 4 abah dia yang perhatikan daripada jauh. Mengamuk taknak naik bas sebab nampak kelibat abah dia… nasib drama tak berapa panjang…

End up, masa saya fully occupied dan sangat sedikit sempat saya jengah kerja-kerja pejabat yang tak pernah habis. Tapi… I luv every single moment. Semoga kesibukan tugas selepas ini tidak mengurangkan perhatian saya terhadap mereka.

Misi 2020

#Sihat mental dan fizikal

#Family come first

Istimewanya Hari Raya

Raya Aidilfitri ada satu keistimewaan yang sukar untuk dilafazkan. Namun salah satu yang paling istimewa adalah ukhuwah persaudaraan.Pada waktu inilah, yang muda bertemu yang tua, yang jauh bersua yang dekat. Walau masa tak panjang… namun seboleh mungkin disusun jadual supaya dapat singgah ke rumah2 keluarga yang jarang bertemu.. kadang-kadang hanya bertanya khabar dalam sistem pesanan ringkas… selalunya tidak…Aku… setiap tahun akan cuba bertemu wajah-wajah yang uzur dan semakin di mamah usia… bimbang tak ketemu lagi tahun kemudian. Walau ceritanya tak banyak beza.. darah tinggi, kencing manis, jantung… kisah-kisah biasa, nikmatnya melihat senyuman di bibir mereka.Satu lagi istimewanya adalah dapat menemui keluarga dekat yang sukar bertemu muka… masing-masing sibuk dengan kerja dan keluarga. Dapat bercerita apa berlaku sepanjang tidak bersua, mendengar kisah yang tak dikongsi dalam media sosial, bermaafan bimbang ada terdetik dihati mana-mana prasangka. Semoga diterima kemaafan… andailah esok aku tiada lagi dimuka bumi ini.Semoga diterima Ibadat kita sepanjang Ramadhan, dan semoga dieratkan ukhuwah persaudaraan kita hingga ke akhir hayat.Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Selamat tahun baru 2017

2016 dah pun berakhir. Bertambah setahun lagi usiaku. Entah selesai atau tidak tanggungjawab terhadap tugas di UTM dan keluarga. 

Tahun 2016, lebih banyak tumpuan pada menyelesaikan KAI di pejabat baru. Banyak benda yang rasanya boleh diperbaiki lagi… jika dapat diulang semula. Namun masa tidak menanti kita… 

Tahun 2017 menanti dengan pelbagai liku terutamanya melibatkan kewangan bagi semua staf UTM. Perlu mengekalkan momentum kerja dengan dana yang semakin mengecil. Bukannya mudah…

Mengeluh bukanlah jalan penyelesaian. Menyalahkan orang lain takkan membawa kita ke mana-mana. Mengelak daripada melaksanakan tugas bukan pula jalan terbaik. Semoga janji yang dibuat awal tahun ini dapat dicapai akhir tahun nanti… 

Sebagai ibu… tahun ini bertambah satu lagi tugas. No 1 akan ambil peperiksaan UPSR. Kerjasama dengan pihak sekolah akan bertambah. Dia kumasukkan ke pusat tuisyen kerana format peperiksaan yang berubah. Dengan satu lagi harapan agar dapat fokus dan lebih cemerlang. Tapi pengajian agama juga tak boleh dilewa… masih pening menguruskan jadual dan masa dia dan aku sendiri. 

2 hari ini, menguruskan bas dan menyusunatur jadual ketiga-tiga hero kecilku. Kepala fikir kerja… hati fikir anak. Risaunya terutama No 3… dah darjah 2 tapi masih lagaknya tak berubah.

No 1 dan no 2 pula… tahun ni pertama kali berjalan kaki balik daripada sekolah. Dah hari kedua masih lagi adik hilang abang.. abang hilang adik. Risau makin bertambah2 lagi di hati ini.

Semoga kau mudahkanlah urusan kami Ya Allah. Mendidik manusia menjadi hambamu yang berilmu, beriman, bertakwa dan beramal soleh. 

    Kursus Teaching and Learning using BLOG

    Hari ini, CTL UTMLead mengadakan Kursus “Teaching and Learning using Social Media dan Blog”.

    socialmedia

    Kursus melibatkan 2 orang Fasilitator iaitu Dr Noor Dayana Halim dan saya sendiri Dr Norah Md Noor. Peserta yang terlibat adalah daripada pelbagai fakulti seperti Fakulti Sains, Fakulti Pengurusan, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga, Fakulti Pendidikan, UTM Razak dan lain-lain.

    Nota bagi kursus ini boleh dicapai pada link berikut:

    1. Blog for Teaching and Learning
    2. Introduction to Social Media in Education

    Sinopsis Kursus . aturcara-kursus-web-2-0-social-media-blog-oktober

    Sinopsis KSave