Bihun PAMA homemade

Lama tak menulis. Banyak sangat laman web nak kena jaga. Sampaikan blog ni terabai sedikit. Nasib baik tak banyak lagi sawang hihihi.

Saya suka sangat group fb Masak apa hari ni. Bila kepala weng tak tau nak masak apa… senang nak cari idea.

Pagi ni… dah blank tak tau nak masak sarapan apa untuk anak2 gi sekolah. Dah start nak buat roti telur… sekali ternampak resepi bihun PAMA homemade. Biasanya masak bihun sup aku pakai ikan bilis buat rencah… tapi no 2 komplen yg dia tak suka. So… 15 minit siapppp.

Resepi (Penyediaan utk 2-3 org makan)

  • 5 ulas bwg putih(ditumbuk)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 sk garam
  • 1sk lada sulah
  • Sayur sawi
  • Bawang goreng dan daun sup (kalau ada)
  • 1liter air (agak2 nak kuah banyak… tambahlah)
  • secubit gula ( ni memang dah terbiasa )
  • bihun
  • Hirisan sosej atau isi ayam (kalau ada)

Cara masak:

*panaskan minyak

*tumis bwg putih dan bawang besar sampai layu

*masukkan air,kiub pati ayam,lada sulah,

*bila dah mendidih, masukkan  rencah ayam atau sosej

* lepas tu masukkan bihun, rasakan dgn garam, gula dan lada sulah

* bila bihun dah lembut.. siap

No 2 sangat suka sebab dia budak sup. No 1 makan habis… tak banyak cerita. No 3 bising sebab panas… tak habis kuah, cuma habis sosej dan half portion je mi dia.

Takpalah nak… asalkan sampai sekolah perut berisi. Mission Mommy accomplished. >__<

Fail kursus untuk audit

Fail yang sangat penting dalam kisah akademia seperti saya.

Nampak macam 3 fail biasa je. Tapi nak memenuhkan isinya adalah sangat- sangat mencabar. Daripada sebelum cuti raya sampailah minggu ni.

Setakat cetak dan masuk dalam fail memang mudah. Yang sukarnya adalah menyediakan bukti yang membolehkan auditor faham apa yang telah kita buat sepanjang semester hanya dengan melihat 1 fail sahaja.

  • Apa yang kita ajar,
  • Bagaimana kita jalankan proses pembelajaran,
  • Bagaimana pelajar dinilai berdasarkan hasil program yang telah disetkan lebih awal.
  • Apakah kemahiran yang pelajar perolehi setelah selesai kursus ini.

Semoga apa yang diusahakan dan dimasukkan adalah perkara yang tepat dan betul.

Hubungan silaturrahim antara adik-beradik

Saya dikongsikan cerita di bawah melalui whatsapp group pejabat. 

***Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di bangi saya x nak tag nama pnuh dia.. Nama dia haris… Baru umur 40 lebih.. Tapi kaya raya.. Rumah besar sgt wow.. Suka bantu orang.. Banyak bg pendapat dan bantu saya.. Dia kata “Khalil.. Saya dulu agak berkira dengan adik beradik. Walaupun saya kaya.. Tapi bila dah kenal agama sikit2 ni.. Hidup saya berubah banyak.. Saya banyak bantu adik beradik.. RUPA RUPANYA ALLAH BAGI LAGI BANYAK PADA SAYA BILA SAYA START TAK BERKIRA SANGAT DENGAN ADIK BERADIK SAYA… So khalil….. KALAU ADA ADIK BERADIK YG SUSAH BANTULAH MEREKA.. Tengok lah Allah bagi rezeki kat U melimpah ruah..” ***

Tak pasti samada kisah ini benar atau tidak. Namun, saya sendiri percaya bahawa hubungan adik beradik itu sangat penting untuk dijaga. 

  • Ya, adik ada perangainya. 
  • Ya, kakak ada kisahnya.
  • Ya, abang ada kelakunya.

Tapi, saya percaya bahawa bertoleransi antara adik beradik itu adalah salah satu cara untuk kita taat kepada kedua ibu bapa kita. 

  • Jika adik kita bahagia… bahagialah ibu dan bapa
  • Jika abang kita sihat … tenanglah hati ibu dan bapa
  • Jika kakak kita ceria … gembiralah ibu dan bapa

Apa lagi jika kita yang tinggal sebumbung dengan ibu dan bapa kita. Itulah tempat berkumpul adik-beradik. Itulah tempat permainan anak2 saudara. Itulah tempat bercerita ipar dan dan duai.

  • Ada yg kurang tegurlah baik-baik, bukan dikata belakang.
  • Ada keperluan cerita elok-elok, dirungut kemudian.
  • Ada sumbangan niatlah sedekah buat ahli keluarga, jangan diungkit kemudian.

*YA ALLAH……. Jadikanlah kami adik beradik yg akan bersama2 dalam syurga nanti..* 

*YA ALLAH…….. Rapatkan lah kami hubungan kami adik beradik.. Rahmatilah kami adik beradik..* 

*YA ALLAH……. ampunilah dosa adik beradik kami.. Kalau mereka ada buat salah pada kami.. Aamiin* 

Semoga Aidilfitri kali ini semakin mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kita semua sekeluarga. 

Hari Inovasi Fakulti Pendidikan, UTM kali ke 5

Fakulti Pendidikan, UTM telah berjaya mengadakan ย Hari Inovasi buat kali yang ke lima pada 21 Mei 2017, bertempat di Dewan Kolej Tunku Cancelor.

Pertandingan kali ini melibatkan 51 produk inovasi untuk pendidikan yang dibangunkan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus MPPU1003 Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan UTM PM Dr Azlina Mohd Kosnin.

PM Dr Azlina Kosnin

Tahniah kepada semua yang berjaya. Yang tidak berjaya… kami percaya anda telah memperolehi ilmu yang boleh dikongsikan dengan pelajar-pelajar dimasa depan.

Terima kasih juga buat semua Jawatankuasa yang telah berusaha untuk menjayakan majlis pada kali ini.

Anugerah Webometrik kategori Individu 2017

Pada tahun 2016, saya telah terpilih sebagai salah seorang finalis dalam kategori Anugerah Webometrik Kategori Individu ini di Majlis Citra Karisma 2016. Semasa dijemput oleh wakil urusetia Citra Karisma, saya menerima jemputan dengan niat untuk bersama-sama meraikan sahaja. Menang itu sangatlah jauh daripada fikiran saya kerana saya digandingkan dengan mereka yang saya sendiri kenali sangat aktif dalam dunia blog. Salah seorang daripadanya adalah En Fuad Yusof daripada Perpustakaan UTM. Tetapi, mungkin rezeki saya tahun lepas apabila terpilih sebagai pemenang.

Tahun ini, apabila saya melihat nama beliau sebagai calon finalis Anugerah Webometrik kategori Individu, saya tahu bahawa beliau akan menang. Ini kerana, beliau semakin aktif dalam penulisan blog dan pembangunan video montaj serta rakaman temubual sepanjang tahun 2016. Malah, video Keunggulan Terbilang (Lagu Rasmi UTM) yang baru juga adalah hasil kerjasama beliau bersama beberapa staf UTM yang lain.

Credit gambar daripada En Supandi Bunangin.

Tahniah En Fuad Yusof, semoga kerajinan anda berkongsi idea dan cerita di UTM kepada semua akan diikuti oleh rakan-rakan kita yang lain. Siapa kata staf bukan akademik tak boleh menulis blog. He is the living proof.

 

Bengkel Web 2.0 for Teaching andLearning : Social Media and Blog

Pada 15 Mei 2017, UTMLead telah mengadakan bengkel Web 2.0 for Teaching & Learning yang memfokuskan kepada penggunaaan Social Media dan Blog. Bengkel melibatkan pensyarah daripada pelbagai fakulti di UTM. Penceramah bagi bengkel ini adalah Dr Noor Dayana Halim dan saya sendiri (Norah Md Noor)

Image showing few people communicate

Bengkel ini merupakan siri latihan yang disediakan oleh UTMLead dibawah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran, UTMLead bagi membantu meningkatkan kemahiran pensyarah-pensyarah di UTM merujuk kepada penggunaan Teknologi.

Kursus ini pernah dijalankan pada tahun 2016.

 

Cara menulis blog post menggunakan aplikasi mudahalih

Langkah pertama untuk menulis blog formal UTM menggunakan aplikasi mudahalih adalah… kena ada WordPress for Mobile Apps.
Install dalam handphone dan setkan id dan password yang diberikan oleh admin fakulti.

Kemudian, dah boleh mula menulis post terkini.

image

Gambar boleh terus diambil daripada handphone masing-masing.
Kemudian, masukkan kategori dan tag. Dah boleh published.

Kalau nak tahu lebih lanjut, mari masuk kursus Web 2.0 for T&L : Social media and Blog