Selamat tahun baru 2017

2016 dah pun berakhir. Bertambah setahun lagi usiaku. Entah selesai atau tidak tanggungjawab terhadap tugas di UTM dan keluarga. 

Tahun 2016, lebih banyak tumpuan pada menyelesaikan KAI di pejabat baru. Banyak benda yang rasanya boleh diperbaiki lagi… jika dapat diulang semula. Namun masa tidak menanti kita… 

Tahun 2017 menanti dengan pelbagai liku terutamanya melibatkan kewangan bagi semua staf UTM. Perlu mengekalkan momentum kerja dengan dana yang semakin mengecil. Bukannya mudah…

Mengeluh bukanlah jalan penyelesaian. Menyalahkan orang lain takkan membawa kita ke mana-mana. Mengelak daripada melaksanakan tugas bukan pula jalan terbaik. Semoga janji yang dibuat awal tahun ini dapat dicapai akhir tahun nanti… 

Sebagai ibu… tahun ini bertambah satu lagi tugas. No 1 akan ambil peperiksaan UPSR. Kerjasama dengan pihak sekolah akan bertambah. Dia kumasukkan ke pusat tuisyen kerana format peperiksaan yang berubah. Dengan satu lagi harapan agar dapat fokus dan lebih cemerlang. Tapi pengajian agama juga tak boleh dilewa… masih pening menguruskan jadual dan masa dia dan aku sendiri. 

2 hari ini, menguruskan bas dan menyusunatur jadual ketiga-tiga hero kecilku. Kepala fikir kerja… hati fikir anak. Risaunya terutama No 3… dah darjah 2 tapi masih lagaknya tak berubah.

No 1 dan no 2 pula… tahun ni pertama kali berjalan kaki balik daripada sekolah. Dah hari kedua masih lagi adik hilang abang.. abang hilang adik. Risau makin bertambah2 lagi di hati ini.

Semoga kau mudahkanlah urusan kami Ya Allah. Mendidik manusia menjadi hambamu yang berilmu, beriman, bertakwa dan beramal soleh. 

    Kursus Teaching and Learning using BLOG

    Hari ini, CTL UTMLead mengadakan Kursus “Teaching and Learning using Social Media dan Blog”.

    socialmedia

    Kursus melibatkan 2 orang Fasilitator iaitu Dr Noor Dayana Halim dan saya sendiri Dr Norah Md Noor. Peserta yang terlibat adalah daripada pelbagai fakulti seperti Fakulti Sains, Fakulti Pengurusan, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga, Fakulti Pendidikan, UTM Razak dan lain-lain.

    Nota bagi kursus ini boleh dicapai pada link berikut:

    1. Blog for Teaching and Learning
    2. Introduction to Social Media in Education

    Sinopsis Kursus . aturcara-kursus-web-2-0-social-media-blog-oktober

    Sinopsis KSave

    perasaan seorang penyelia

    Hari ni, seorang pelajar master saya dicadangkan untuk berhenti oleh saya sendiri. Sedihnya semasa keputusan dibuat… bukan sebab dia tak boleh buat… tapi sebab dia dapat penempatan Guru tetap di Sarawak.

    Saya boleh saja memujuk dia teruskan pengajian… tukar mod separuh masa… dan buat kajian penyelidikan sepenuhnya. Penyeliaan boleh berjalan secara jarak jauh. Tapi ada subjek yg perlu beliau ambil. Bukannya murah nak selalu berulang alik ke Johor.

    Kalaulah tau dia akan posting secepat ni… masa mohon lagi saya dah suruh dia tukar mod pengajian kepada mix mode atau full research.

    Tapi… mungkin ini lebih baik untuk dia. Dapat posting di sekolah yang hampir dgn keluarga… kalau ada rezeki boleh daftar semula di UNIMAS… 

    Semoga perjalanan beliau sentiasa cerah selepas ini dan menjadi guru yg cemerlang.

    Viva pelajar sarjana Teknologi Pendidikan

    Hari ini merupakan kali pertama pelajar saya menjalani ujian viva untuk Sarjana Teknologi Pendidikan. Anak murid yang viva… supervisor yang tak dapat tidur hihi…


    Komen penilai banyak yang telah dijangka… ada sikit2 yang saya tak terfikir semasa menyelia beliau. Alhamdulillah, dapat B2… lulus dengan pembetulan 3 bulan maksimum. 

    Semasa pengerusi tanya ada apa2 yang supervisor nak cakap… saya tak dapat menahan air mata… sama macam selepas saya viva phd sendiri. Orang cengeng memang macam tu hihi…

    Gambar ni masa lunch ( tengah hujan lebat) … Masa dlm bilik viva, tak teringat nak snap gambar dia. 

    Syukur atas nikmatNya kerana memudahkan segala urusan pelajar ini. One more step… InsyaAllahhh… 

    Ole ole dari Bali

    Saya pernah ke Bali pada tahun 2012 kalau tak silap. Masa tu membentangkan kertas kerja mengenai OCW UTM dengan mantan Pengarah CTL, Prof Mohamed Noor Hassan. 

    Bila ke luar negara, memanglah kena beli oleh-oleh untuk dibawa balik. Saya tak berapa tahu apa nak beli. Kalau tak silap, saya belikan lilin wangi, dan dompet kecil untuk isi syiling.

    Minggu lepas, Pengarah kanan UTMLead ke Bali, dan pulang dengan oleh-oleh yang sangat menarik.

    Unik sangat kuih ni… tak.manis sangat, rapuh dan lemak rasanya. Dalam kotak ni ada 9 keping. Sedap… anak2 makan sekali hadap je.

    Jadi, kalau2 nak ke Bali, saya akan cari kuih ini untuk dibawa pulang. Harganya dlm RM6 sekotak. Boleh beli byk2.

    TQ bos for the cake 🙂

    Tahniah Robocon UTM 2016

    ​Team Robocon Malaysia berjaya mengalahkan Team Robocon daripada China sempena pertandian ABU Robocon 2016 peringkat Asia Pasific.

    Sejak pertandingan Robocon ini diwujudkan team dari Malaysia tak pernah mendapat Johan.  Paling tinggi pun hanya berjaya jadi 1st Runner Up sahaja. Itu pun dah sangat hebat!!

    Alhamdulillah, tahun ini, team Robocon Malaysia yang diwakili oleh pelajar dan pensyarah dari  Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysa berjaya mengalahkan Team dari negeri China (Northeaster University) pada peringkat akhir. Tema ABU Robocon tahun ini adalah ” Clean Energy, Recharging the World”. Layari link berikut untuk maklumat lanjut – www.aburobocon2016.com

    Tahniah kepada semua pelajar dan pensyarah yang bertungkus lumus memastikan kejayaan ini. Tahniah UTM!!

    We are UTM.

    RCEE 2016 & IPHEX 2016

    Berkampung di UTM KL mulai hari ini (9 Ogos 2016 – 11 Ogos 2016) untuk membentangkan kertas kerja di seminar RCEE 2016. Dlm masa yang sama, akan terlibat dengan pertandingan inovasi esok di IPHEX 2016. 

    Seminar ini adalah peluang untuk berjumpa dengan pembentang yang mempunyai minat yang sama… dan mungkin berjumpa dengan minat yang baru. Sebagai pensyarah.. kami perlukan program sedemikian untuk keep track trend terkini dalam bidang masing2. 

    Now, in  the first plenary session. Expertise from Philipine, Pakistan, Japan, USA and India are sharing their story on “Current status andd Future direction in Engineering Education”. 

    Till then.