HIKMAH COVID – AGROTECHNOLOGIST

Penggunaan bahan-bahan dari kebun mini ku

Ubi Kayu Rebus sesuai dimakan bila- bila masa -Segar dari kebun mini

Ubi kayu merupakan makanan yang kaya dengan sumber kalsium. Kalsium adalah sejenis mikronutrisi yang penting untuk tubuh badan kita terutamanya dalam menjaga kesihatan tulang. Selain itu, kalsium juga penting untuk pengecutan otot, kesihatan sistem kardiovaskular, dan terlibat dalam pembekuan darah. Kekurangan kalsium di dalam badan dapat menyebabkan penyakit osteoporosis, kebas dan kesemutan di bahagian kaki dan tangan, kuku rapuh dan lain-lain. Pada era pasca globalisasi ini, ubi kayu masih tidak dilupakan dan sering digunakan di dalam pembuatan produk makanan seperti tepung ubi, makanan ringan berasaskan ubi dan pembuatan kuih tradisional. 

Kerabu Kacang Botol menambah selera-Segar dari kebun mini

Kacang botol mengandungi banyak kandungan nutrisi yang sangat baik untuk dimakan. Kacang botol boleh dijadikan snek sihat disebabkan kandungan lemak juga kalori yang rendah selain mengandungi protein dan serat yang tinggi. Semua bahagian tanaman kacang botol sebenarnya boleh dimakan. Daun, bunga dan kacang botol boleh dimakan mentah atau dimasak